Dari aksi penangkapan polis inilah, Mustafa
mendapat bayaran gantirugi RM50,000 dari polis dan kerajaan.
KUALA LUMPUR, Sept 7,2009
— Musim para pemimpin PAS menang saman nampaknya semakin ketara kebelakangan
ini. Hari ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menang samannya ke atas
kerajaan dan polis.
Kerajaan bersetuju untuk membayar kepada beliau sebanyak RM50,000
sebagai gantirugi kerana menahan beliau di bangunan Parlimen 11 Julai tahun
2007 lalu.
Persetujuan itu dirakamkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim
P.S. Nathan hari ini.
Mustafa mengemukakan saman kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi,
Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia.
Mustafa yang datang ke Dewan Rakyat untuk mendengar perbahasan
untuk menolak cadangan melanjutkan tempoh jawatan Pengerusi SPR, Tan Sri Rashid
Abdul Rahman dan memorandum Bersih.
Beliau telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis. Di sana beliau telah
ditahan selama tiga jam setengah mulai jam 1 hingga 4.30 petang.
Sebelum Mustafa, Dr Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat juga menang
samannya ke atas polis pada 26 Ogos lepas.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Mariana Yahya memutuskan Dr
Hatta tidak bersalah ketika ditahan oleh polis kerana memberikan satu ceramah
di Bandar Muadzam, Pahang.
Pada 10 Jun 2004, sepasukan anggota polis diketuai Ketua Polis
Daerah Rompin, Hanafi B. Haji Daud telah bertindak menangkap Hatta dan dua lagi
rakannya semasa mengadakan ceramah di Markas PAS Bandar Muadzam Shah kerana
mendakwa ceramah berkenaan tiada permit.
Ekoran penangkapan itu, ketiga tiga mereka telah dibawa ke lokap
Bandar Muadzam Shah sebelum dipindahkan ke lokap Rompin dan ditahan selama 12
jam.
Mahkamah telah mengarahkan Timbalan Pendaftar membuat taksiran
jumlah gantirugi yang perlu dibayar Ketua Polis Daerah Rompin yang menangkap
beliau itu.
19 Ogos lalu, Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS juga menang
samannya ke atas Berita Harian. Mahkamah mengarahkan akhbar itu membayar
RM150,000 kepada Mahfuz.
Mahfuz menyaman akhbar itu ekoran membuat laporan kononnya Mahfuz
mengajak Datuk Shaziman Mansur (ketika itu timbalan menteri) bertumbuk.
Saman fitnah Mahfuz itu dibuat ekoran laporan muka hadapan akhbar
Berita Harian, 9 November 2000 bertajuk “Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk”.
Ketiga-tiga kes di atas diuruskan oleh Pengerusi Lajnah
Undang-undang PAS, Mohamed Hanipa Maidin.
Nota :
Itulah kerja pasukan polis
dari dulu sampailah sekarang. Tidak pernah mahu berubah. Tekan pembangkang
untuk melemahkannya dan sedaya upaya untuk memperkuatkan PAS. Dulu PAS sangat
berpengaruh dan kuat di kalangan masyarakat Melayu dan bukan Melayu, maka
pengaruh PAS disekat disegenap penjuru.
Selepas PRU ke-11 (21 Mac
2008), kedudukan UMNO/BN mulai goyah kerana pengaruh DSAI dan PKR yang
mengetuai PR menjadi saingan BN yang terlalu berpengaruh berbanding UMNO, maka
giliran DSAI pula jadi sasaran seperti mana para pemimpin PAS dulu rasakan.
Buat masa ini PAS dan para pemimpinnya selamat kerana tumpuan UMNO
(memperkudakan pasukan polis) sekarang adalah untuk melumpuhkan PR adalah
dengan melumpuhkan pergerakan DSAI.
Oleh sebab itu,
anjing-anjing dan babi-babi UMNO (termasuk polis, AG,mahkamah, SPR dan pelbagai
agensi kerajaan dipergunakan) untuk menghancurkan pengaroh DSAI. Setiap ceramah
beliau diganggu dengan berbagai perkara buruk seperti baling batu, telor, pukul
kereta, sembur cat dll lagi.
Kini giliran DSAI dan PKR
rasakan, dulu PAS.
Esuk lusa, mungkin parti
lain, mungkin parti KITA dengan syarat ia sebuah parti yang berpengaruh yang
boleh mempengaruhi rakyat menolak UMNO, maka parti tersebut akan merasai apa
yang PAS dan PKR dalam PR rasakan kini.
No comments:
Post a Comment