Written by Christopher Fernandez, Malaysia Chronicle
Kesan
buruk daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mengelirukan, telah mula
memuntahkan racun berbisa kerana masyarakat Melayu kini mula sedar bahawa
mereka telah dipergunakan sebagai umpan untuk menjayakan rancangan itu, yang
sebenarnya telah bertukar menjadi penjana faedah dan manfaat kepada hanya
segelintir bumiputera apabila majoriti rakyat jelata yang lain terutamanya
orang Melayu terus ketinggalan dan menderita.
Di
alaf baru ini, masyarakat Melayu Malaysia telah mula untuk bukan sahaja sedar
akan realiti pahit pemerintahan BN yang sudah mencecah 55 tahun itu, mereka
juga sedar bahawa mereka telah lama dimanipulasi oleh segelintir pemimpin
Melayu yang untuk melahirkan golongan elit Melayu.
Memang
diakui bahawa majoriti Melayu sudah keluar dari kemunduran, namun begitu, cara
dan sifat DEB ditubuhkan, dengan menggunakan penduduk Melayu sebagai alasan
untuk menghasilkan lebih ramai elit politik dan peniaga Melayu, telah
meninggalkan perasaan tidak puas hati bagi orang Melayu itu sendiri.
BN mempergunakan DEB, kenyataan pahit buat orang Melayu
Mungkin
pada musim perayaan ini, setelah berakhirnya bulan suci Ramadan, apabila orang
Melayu bersorak gembira meraikan Hari Raya, mereka akan mula merasakan, setelah
bertahun-tahun lamanya, banyak yang telah mula berkurangan dari kehidupan
mereka dan ia juga semakin lenyap.
Ini
telah mendorong orang Melayu untuk menuntut hak keistimewaan mereka melalui
Perkasa yang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap keadaan masyarakat
Melayu dan mahu kerajaan BN memulihkan DEB dan kuotanya yang mengakibatkan
prasangka dan diskriminasi dikalangan kaum-kaum utama di Malaysia.
Tetapi
hakikatnya adalah masa telah berubah dengan adanya globalisasi ia adalah
mustahil untuk menghidupkan semula DEB atau sebarang dasar lain yang
seumpamanya oleh BN kerana takut akan tindak balas oleh masyarakat antarabangsa
yang akan menuduh mereka melaksanakan dasar-dasar seakan apartheid yang
bertentangan dengan pelaksanaan globalisasi.
Orang
Melayu akhirnya sedar bahawa DEB merupakan helah BN selepas tempoh tiga puluh
tahun dan ini adalah realiti yang amat sukar untuk diterima. Mereka menyedari
bahawa pemimpin BN telah bermain wayang dengan menggunakan orang Melayu demi
‘kemakmuran ekonomi negara’, tetapi sebenarnya menggunakan golongan penduduk
yang terramai ini untuk menjayakan agenda peribadi mereka sendiri.
Orang Melayu kini lemah
Dalam
arena politik, ia sudah diterima bahawa orang Melayu juga telah berpecah-belah
dan dalam proses itu, kedudukan mereka telah menjadi semakin lemah. Walaupun
UMNO mengakui dirinya sebagai juara orang Melayu pada suatu masa dahulu, PKR
dan PAS telah berjaya menambat hati dan minda orang Melayu.
Politik
dan dasar-dasar PKR dan PAS telah menjadikan mereka lebih popular dikalangan
orang Melayu yang sudah letih dan bosan akan janji-janji UMNO yang telah gagal
mereka tepati pada orang Melayu.
Cubaan
UMNO untuk menaikkan populari mereka umpama yang dikejar tidak dapat, yang
dikendong berciciran. Dengan sikap berlebihan dalam mencapai keinginan dan
cita-cita yang tamak, pemimpin UMNO, kroni dan pengampu mereka, telah merompak
hasil negara sehingga ia hampir kering.
Dalam
berbuat demikian, mereka telah meninggalkan bukan sahaja majoriti Melayu tetapi
keseluruhan rakyat Malaysia akan bahagian hasil ekonomi negara yang sangat
sedikit. Masalah UMNO adalah ketamakan pemimpin mereka yang tidak mengenal
batas.
Nafsu
pemimpin mereka yang tidak terkawal dalam merompak hasil negara bermula selepas
pelaksanaan DEB yang samar-samar sebenarnya merupakan dasar BN yang seakan
permainan bola sepak di mana tiang-tiang gol kerap beralih apabila ada sesiapa
yang mahu menjaringkan gol.
Sehingga
hari ini, DEB tidak pernah dijelaskan dengan terperinci atau menampakkan hasil
sebenar. Tidak pernah ada percubaan untuk menerangkan bagaimana ia telah
digubal atau sama ada objektifnya pernah tercapai.
Tetapi
dengan mengukur pencapaian masyarakat Melayu secara keseluruhannya sekarang,
agak tepat jika dikatakan bahawa DEB hanyalah sandiwara, helah dan alasan yang
digunakan oleh kepimpinan BN untuk menjayakan agenda mereka sendiri demi
menubuhkan dan memisahkan antara pentadbir dan golongan peniaga elit untuk
memerintah dan menggunakannya demi keseronokan mereka dimana orang Melayu yang
jahil akan kebenaran ini hanya menjadi bahan permainan dalam rancangan mereka.
Ke mana hala tuju orang Melayu?
Dilema
yang dihadapi oleh orang Melayu sekarang adalah sukar untuk ditentukan. Apa
yang paling menghairankan dan sukar untuk diramalkan adalah bentuk dan hala
tuju masa depan politik orang Melayu.
Tetapi
apa yang sudah tentu adalah kesetiaan orang Melayu sudah terbahagi antara tiga
parti iaitu UMNO, PKR dan PAS dan hakikat bahawa UMNO telah kehilangan banyak
sokongan di kawasan orang Melayu dan terpaksa berkongsi sokongan orang Melayu
dengan pembangkang merupakan halangan utama dalam PRU ke-13 ini nanti.
Di
bawah kepimpinan Najib Razak, antara ‘flip-flop’ dan cubaan untuk
menggembirakan rakyat Malaysia adalah dengan berjanji bahawa bulan pun boleh
diberikan kepada mereka, orang Melayu telah sedar bahawa Najib masih lagi
bermimpi di siang hari.
Hakikat
bahawa dunia dalam keadaan kemelesetan, dan keberaniaan Najib menafikan
Malaysia terjejas walau sedikit pun, tidak boleh diterima rakyat Malaysia.
Secara puratanya, orang Melayu mula menyaksikan dan merasakan sendiri bahawa
mereka telah ditolak ke ruang sempit dan sedang digantikan oleh pekerja asing
sama ada yang sah atau haram di tempat kerja.
Melayu
kini menyedari semuanya tidak lagi enak bagi majoriti orang Melayu malah tidak
pernah selesa sejak kemerdekaan daripada British lagi. Orang Melayu yang sering
dimanjakan dan disuap oleh BN, kini menyedari bahawa mereka perlu menyara diri
sendiri dan mendapati bahawa ia agak sukar untuk dilakukan kerana sudah terbiasa
dimanjakan oleh BN.
Apa
yang lebih mengecewakan bagi orang Melayu adalah UMNO telah cukup mempergunakan
dan mengambil kesempatan keatas masyarakat dan telah hampir diabaikan pula
kerana hanya memberi perhatian untuk mengumpul sokongan yang lebih besar
melalui MCA dan MIC daripada kaum-kaum lain.
Apabila
UMNO berpaling dari orang Melayu, mereka mula mencari suara mereka melalui PKR
dan PAS. Ini menjadikan dilema Melayu yang sedia ada bakal menjadi krisis yang
berlarutan.
Penerima
habuan UMNO yang mendajalkan helah mereka sudah pasti memberi keuntungan kepada
PKR dan PAS. Oleh itu, pengundi di kalangan orang Melayu dijangka akan memberi
undi mereka kepada PKR dan PAS sekaligus meninggalkan UMNO dalam keadaan yang
sukar.
Menentukan nasib PRU ke-13
Jika
ada mana-mana peristiwa yang akan dianggap sebagai tempoh penentu sejarah
Malaysia, ia adalah sebelum PRU ke-13. Jika pemilihan yang dijalankan adalah
bebas dan adil seperti yang dijangkakan, sudah pasti, BN akan terkubur akibat
pentadbiran mereka yang lemah.
Selain
Melayu mempermainkan slogan "Janji ditepati" yang diwar-warkan oleh
BN, mereka dijangka memberi sokongan padu kepada PKR dan PAS dalam bentuk undi.
Dengan
MCA yang ditinggalkan oleh orang Cina, kaum India sahajalah menjadi penentu
bagi BN yang percaya mereka akan memberikan kelebihan untuk mengekalkan
majoriti mudah bagi memberi laluan untuk mentadbir Malaysia lagi.
Tetapi
pembangkang juga punya agenda untuk masyarakat India, kerana PKR, PAS dan DAP
sedar mereka perlu menambat hati kaum India dalam pelan mereka untuk mengambil
alih Putrajaya.
Tetapi
andaian yang selamat boleh disimpulakan bahawa kegagalan UMNO yang sebenar
adalah disebabkan kegagalan mereka terhadap kaum majoriti iaitu orang Melayu
dalam percaturan politik mereka dan telah memberi ruang kepada orang Melayu
untuk menjadi bebas seraya memilih untuk memberi sokongan kepada parti
pembangkang.
No comments:
Post a Comment