Oleh : Aspan Alias
Selangor tidak akan membubarkan
Dewan Undangan Negerinya jika pilihanraya di adakan pada bulan November atau
sebelumnya. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak akan bersama dengan
negeri-negeri lain dengan membubarkan DUN jika Najib mengumumkan pembubaran
Parlimen seperti yang lazim di lakukan oleh mana-mana negeri di masa-masa yang
lalu.
Kita sudah mendengar pendirian dari
Kelantan yang berpendapat tidak mempunyai masalah untuk membubarkan DUNnya
mengikut tarikh yang akan di umumkan oleh Najib. Kita masih lagi menunggu
respon P Pinang dalam hal ini.
Sesungguhnya Selangor adalah salah
sebuah negeri berdaulat yang berada di dalam Persekutuan Malaysia dan negeri
itu berhak untuk membubarkan atau tidak Dewan Legislatifnya. Tidak ada pihak
lain berhak untuk menentukan tarikh pilihanraya bagi negeri yang berdaulat itu.
Pendirian negeri Selangor iru
bersebab dan bukannya membuat keputusan itu semata-mata kerana hendak berlainan
dari negeri-negeri lain. Selangor telah menjadi medan pihak yang inginkan
kembali berkuasa dengan melakukan berbagai-bagai tektik kotor yang tidak pernah
dilihat sebelum ini. Pihak BN telah menambah lebih dari empat ratus ribu
pengundi yang dipersoalkan ‘ligitimacy’nya sebagai pengundi.
Sampai kehari ini masalah itu belum
dapat di selesaikan oleh SPR dan pilihanraya sememangnya tidak patut di adakan
selagi semua pihak berpuas hati tidak ada pengundi-pengundi yang tidak
'legitimate' termasuk di dalam senarai pengundi yang terdaftar dengan SPR.
Jika terdapat ratus ribu pengundi
segera yang di daftarkan dengan pemberian kad pengenalan kepada warga asing
itu, maka ia merupakan satu isu pengkhianatan kepada negara. Kita tidak mahu
negara kita di tentukan politiknya oleh rakyat asing yang di berikan kad
pengenalan segera semata-mata untuk kepentingan pihak yang sedang dalam keadaan
‘desperate’.
Jika ini berterusan maka keadaan akan menjadi berbeza. Ia akan
mewujudkan situasi dalam mana pemilihan adalah di antara rakyat asing yang di
sokong oleh BN dan rakyat Selangor yang di sokong oleh Pakatan Rakyat.
Dalam isu ini apa yang dilakukan
oleh kerajaan Pakatan Selangor amat mudah untuk di fahami. Pakatan rakyat
Selangor mahukan rakyat Selangor yang tulin sahaja yang mengundi dan bukannya
dari rakyat asing yang mendapat kad pengenalan segera yang dikeluarkan oleh pihak
BN.
Ia bermakna kerajaan Selangor
terpanggil untuk mempertahankan kedaulatan negeri Selangor dengan membenarkan
hanya rakyat tempatan Selangor sahaja yang mengundi. Tindakan kerajaan Selangor
itu semata-mata untuk menjaga kedaulatan Selangor sebagai sebuah negeri yang
menganggotai kerajaan persekutuan Malaysia ini.
Perlu di ingat kedaulatan kerajaan
persekutuan itu datangnya dari kedaulatan kerajaan negeri-negeri yang
menganggotai persekutuan kita ini.
Jika tercacat kedaulatan negeri yang
menganggotai persekutuan itu maka ianya akan menjejaskan kedaulatan persekutuan
kita ini.
Tetapi jika akhirnya Selangor
terpaksa juga menghadapi pilihanraya kali ini tanpa dibersihkan senarai
pengundi, maka pilihanraya nanti adalah pilihanraya untuk memilih pendatang
asing yang di sokong oleh BN atau pun memilih kehendak rakyat negeri Selangor
sendiri.
Yang penting rakyat dan pengundi
tulin Selangor mesti mempertahankan kedaulatan negeri mereka dengan memberikan
sokongan kepada Pakatan Rakyat yang benar-benar mahukan hanya rakyat tulin
Selangor sahaja yang mengundi.
Komen :
1.
Kadangkala
memang susah untuk difahami metaliti Melayu (golongan lanun) ni. Contohnya,
Pengerusi/Tim SPR itu sendiri. Kalau dia dah tahu rancangan jahat UMNO/BN untuk
menipu di dalam PRU maka dah tentu UMNO/BN ini adalah parti khianat bangsa dan
negara yang akan juga menyusah dan mengkhianati anak cucu beliau (Pengerusi/Tim
SPR) nanti. Mungkin beliau hanya memikirkan untuk mempertahankan jawatan besar
beliau sahaja atau jutaan wang sogokan yang telah diterima untuk kerja kotor
ini, tetapi kemusnahan dan kebinasaan yang akan terjadi disebabkan perbuatan
dan pengkhianatan tersebut terlalu besar hingga melibatkan keamanan dan
kehancuran kepada rakyat secara besar-besaran di negara ini. Kalau
"spesis" ini ada sedikit keimanan di dalam hati beliau atau mungkin
beliau pernah mengucap dua kalimah shahadah atau pernah solat walaupun 2
rakaat, maka apa salahnya beliau bertindak benar dengan mendahului kebenaran
dan keadilan kerana beliau tahu UMNO/BN akan kalah besar dalam PRU nanti dan
beliau juga mungkin akan didakwa, dipenjara dan disebat sekiranya didapati
mengkhianati amanah rakyat di negara ini. Waima beliau tidak mahu berubah juga,
mari sama-sama kita doakan semoga beliau dan keturunan beliau dihancurkan oleh
Allah SWT dari segenap sudut di muka bumi ini walau dengan apa cara sekalipun,
kerana perbuatan beliau ini terlalu besar kesan dan musibahnya kepada
keseluruhan rakyat di negara ini. Ingatlah, doa orang yang dizalimi dan
dikhianati tiada halangan di antaranya dengan Allah SWT. kecuali
"spesis" tersebut memang tidak pernah percayakan Allah SWT (Mohon
juga Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat bagi mengetuai sembahyang hajat bersama
rakyat di perhimpunan PR di Stadium Bukit Jalil pada 3 Nov 2012 nanti).
2.
Sakit
hati bila tengok terlalu ramai pendatang asing disesuatu tempat dengan sikap
kurang ajar mereka...seolah olah malaysia ini bukan negara berdaulat...
Dengan penarikan kuasa rela untuk menahan pati dan arahan supaya tidak menahan untuk menyoal pendatang asing samaada mempunyai permit atau tidak..sudah di ketahui umum bahwa pendatang asing ini akan digunakan sebagai pengundi hantu dan seterusnya menjadi warganegara malaysia untuk merebut peluang seperti rakyat msia yg lain...
Sikap pemimpin kerajaan ini membuat rakyat malaysia khas bangsa melayu tidak mempunyai maruah...pemimpin bn yg kaya raya tidak mengetaui apa yg berlaku dikeliling kehidupan rakyat jelata..bagaimana pendatang asing membuat rakyat benci pada bn...
Kita ceritakan pada keluarga di kg..tentang apa akan berlaku pada bangsa melayu jika pendatang asing ini memasuki kehidupan kelompok bangsa melayu...umno sememangnya pengkhianat bangsa melayu..dan pakatan rakyat batalkan kad pengenalan kepada bangsa asing dengan membuatkan kad pengenalan dan surat beranak melalui saringan ketat dan melalui proses temuduga untuk mentarbatkan maruah dan kedaulatan rakyat malaysia..
Dengan penarikan kuasa rela untuk menahan pati dan arahan supaya tidak menahan untuk menyoal pendatang asing samaada mempunyai permit atau tidak..sudah di ketahui umum bahwa pendatang asing ini akan digunakan sebagai pengundi hantu dan seterusnya menjadi warganegara malaysia untuk merebut peluang seperti rakyat msia yg lain...
Sikap pemimpin kerajaan ini membuat rakyat malaysia khas bangsa melayu tidak mempunyai maruah...pemimpin bn yg kaya raya tidak mengetaui apa yg berlaku dikeliling kehidupan rakyat jelata..bagaimana pendatang asing membuat rakyat benci pada bn...
Kita ceritakan pada keluarga di kg..tentang apa akan berlaku pada bangsa melayu jika pendatang asing ini memasuki kehidupan kelompok bangsa melayu...umno sememangnya pengkhianat bangsa melayu..dan pakatan rakyat batalkan kad pengenalan kepada bangsa asing dengan membuatkan kad pengenalan dan surat beranak melalui saringan ketat dan melalui proses temuduga untuk mentarbatkan maruah dan kedaulatan rakyat malaysia..
No comments:
Post a Comment