Oleh
: Aspan Alias
Semalam genap 55 tahun negara kita
merdeka dan begitu rapi persediaan yang diuruskan untuk merayakan hari
kemerdekaan ini oleh kerajaan. Perayaan ini merupakan satu perayaan yang
termahal sekali dan itu tidak mengapalah kerana memang sudah menjadi budaya kita
berbelanja berlebih-lebihan untuk perayaan. Wang yang dibelanjakan pun bukannya
duit siapa tetapi duit rakyat yang membayar cukai dengan keringat dan darah
mereka.
Perayaan mengingati hari kemerdekaan
di negara kita merupakan perayaan yang terboros sekali. Setahun yang lepas saya
sempat melihat majlis ulang tahun negara Australia melalui kaca TV yang saya
sudah lupa dari saluran mana. Tetapi Australia merayakan secara ‘simple’ tetapi
meriah. Majlis itu yang berlangsung dalam kurang dari dua jam hanya mendengar
ucapan Perdana Menteri yang ringkas. Tidak ada bas disewa oleh kerajaan untuk
mengangkut orang ramai dengan elaun kehadiran sebanyak RM30, baju-T dan
sebagainya.
Semua Ahli Jemaah Kabinetnya hanya
duduk di atas barisan kerusi yang ‘simple’ dan mudah dan kita boleh tahu mereka
tidak menggunakan wang rakyat yang begitu banyak untuk merayakan hari
kebangsaan mereka. Sebaliknya kita di sini membelanjakan wang rakyat
berpuluh-puluh juta untuk merayakan hari kebangsaan kita. Tetapi tak mengapa
juga rakyat kita kebanyakannya tidak kisah harta benda mereka diperkosa seperti
ini dan ada yang masih memberikan sokongan pihak yang membelanjakan wang mereka
dengan boros itu.
Tetapi selain daripada memberikan
komen tentang pembaziran ini saya ingin memberikan pemerhatian saya terhadap
perayaan hari kebangsaan kita yang saya nampak tidak mendapat sambutan rakyat.
Banyak publisiti yang kita dengar dan lihat tentang seruan untuk menaikkan
‘jalur gemilang’, tetapi di mana-mana kita pergi orang ramai tidak nampak jalur
gemilang dikibarkan di premis-premis perniagaan dan rumah-rumah kediaman rakyat
yang ramai.
Keadaan ini lebih jelas lagi dari
keadaan semasa perayaan hari kebangsaan pada tahun 2008 dahulu. Kali ini tidak
nampak semangat mengibarkan jalur gemilang itu lagi. Kereta-kereta serta
teksi-teksi yang baru sahaja mendapat empat biji tayar pun tidak nampak
mengenakan jalur gemilang di kenderaan-kenderaan mereka. Malahan situasi hambar
tentang pengibaran jalur gemilang kali ini adalah yang terburuk dan terendah
sekali penyertaan dari rakyat ramai.
Rakyat nampaknya sedang menjelaskan
lagi sikap dan pandangan serta pendirian mereka terhadap seruan media yang
meluas supaya semua rakyat mengibarkan jalur gemilang pada 31 Ogos ini. Nyata
rakyat ramai tidak bersama memeriahkan hari kebangsaan ini dan elok setiap
orang mengkaji kenapa keadaan ini berlaku. Yang pasti rakyat tidak boleh
dipujuk-pujuk dengan duit-duit raya atau hadiah-hadiah yang tidak boleh
menjamin masa depan negara mereka. Rakyat merasa jemu dengan cara pimpinan hari
ini melayan mereka seperti melayan kanak-kanak ‘kindergarten’: boleh dipujuk
dengan gula-gula dan coklat sahaja.
Kedapatan ramai yang mendapat jalur
gemilang secara percuma pun enggan mengibarkan jalur gemilang di premis-premis
kediaman mereka. Dengan sambutan hambar ini kita boleh membuat penilaian secara
‘conclusive’ yang rakyat tidak lagi menghiraukan perayaan hari kebangsaan ini.
Tentulah situasi seperti ini berlaku dengan bersebab.
Bagi mereka yang serius membuat
pemerhatian ini akan secara automatik berpendapat yang itu merupakan
‘reflection’ atau ‘manifestation’ rakyat terhadap kekurangan keyakinan terhadap
kepimpinan negara.
Dalam kita sedang berada di ambang
pilihanraya, kita sudah boleh menilai dengan agak tepat apa yang akan berlaku
di dalam pilihanraya nanti, dan keputusannya merupakan keputusan yang
‘predictable’. Orang ramai berpendapat perbelanjaan yang terlalu boros itu
merupakan tanda pimpinan sekarang tidak sayangkan negara kerana yang akan
kekeringan adalah perbendaharaan rakyat.
Kepada rakyat kini, cara pimpinan
kita berbelanja wang rakyat untuk majlis-majlis keramaian dan parayaan ini
serupalah seperti tindakan-tindakan makhluk perosak. “Leaders of these days are
bunch of pests,” kata seorang kenalan yang bersama-sama saya minum kopi di
salah sebuah kedai mamak di Subang Jaya semalam.
“Giving Pakatan Rakyat the
opportunity to take over the government is not an option. It’s a must,” kata
seorang lagi bekas pegawai tinggi kerajaan yang baru sahaja bersara sebulan yang
lalu.
No comments:
Post a Comment