MACHANG-
Belum pun membuat keputusan rasmi meninggalkan Umno tiba-tiba kerajaan Barisan
Nasional (BN) menyekat peruntukan sebanyak RM3 juta kepada anggota parlimen
Beufort, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Bekas
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu mengakui banyak
keistimewaan yang diperolehi ketika berada dalam Umno.
“Namun
saya tetap juga membuat keputusan meletak jawatan sebagai Ketua Umno, anggota
Majlis Tertinggi (MT) dan Pengerusi BN Beufort.
“Selama 18 tahun ini saya berada dalam Umno.
Dua penggal menang sebagai MT, malah ketika itu berada dalam top ten.
“Saya
juga pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dan pemangku
Ketua Menteri. Namun saya meletak semua jawatan itu kerana tidak mahu lagi
bersekongkol dengan kerja-kerja kejahatan,” katanya pada ceramah sulungnya di
Kelantan malam tadi.
Program
tersebut diadakan di Kampung Paloh Rawa, Dun Temangan. Biar pun hujan turun
dengan lebat orang ramai tetap memenuhi perkarangan bangunan Pasti.
Hadir
sama Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff, Setiausaha Agung PKR,
Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan,
Zulkifli Mamat dan anggota Exco, Dr Muhamad Fadzli Hassan.
Turut
mengiringi Lajim ke Kelantan, bekas pemimpin PBS, Datuk Idris Ali. Hari ini
difahamkan beliau menghadiri satu program di Kuala Lumpur.
Lajim
berkata, beliau tidak boleh menerima gejala rasuah yang berleluasa dalam Umno
dan kerajaan serta penderaan yang berlaku secara berterusan terhadap Kelantan.
Sedangkan
kata beliau Kelantan merupakan negeri yang mempunyai jumlah penduduk Melayu
yang paling ramai di Malaysia.
“Sebab
itulah saya tidak nampak lagi Umno mampu membela nasib orang Melayu. Umno tidak
boleh lagi menjamin masa depan orang Melayu.
“Macam
mana mereka mahu menyelesaikan masalah rakyat, sedangkan masalah dalaman Umno
sendiri begitu parah sekali.
“Saya
pernah berada dalam jawatankuasa menyelesaikan isu dalaman Umno. Masalah di
Negeri Sembilan, Perlis, Terengganu, Johor dan Selangor tidak selesai sampai
sekarang.
“Saya
tidak boleh lagi bersikap sebagai yes men, tidak boleh lagi membodek dengan
mencium tangan pemimpin atasan,” katanya yang mempertahankan kerusi parlimen
Beufort sejak 26 tahun lalu.
Beliau
juga berkata, Sabah bukan lagi menjadi deposit tetap bagi BN untuk
mempertahankan kuasa pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau
menjangka 13 kerusi BN akan tergugat antaranya Beufort, Penampang, Tawau,
Sepangar, Papar, Batu Sapi, Tuaran dan Sandakan. Buktinya kehadiran rakyat
begitu luar biasa pada program Pakatan Rakyat sekarang.
Beliau
juga meluahkan rasa hairan Sabah memiliki sumber bumi yang banyak dengan minyak
dan balak, namun masih kekal sebagai negeri termiskin di Malaysia.
Sementara
itu, Saifuddin mendakwa akan berlaku satu lagi kejutan besar pada 15 September
ini di Sabah apabila seorang tokoh korporat terkenal akan mengisytiharkan
menyertai Pakatan Rakyat.
Katanya,
tokoh terbabit akan mengisytiharkan keluar Umno pada himpunan besar-besaran
yang dijangka turut dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Tuan Guru
Abdul Hadi Awang dan Lim Guan Eng.
No comments:
Post a Comment