DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, September 4, 2012

KHIR TOYO KANTOI!! BUKTI SULTAN SELANGOR TIDAK PERNAH HADIR SAMBUTAN AMBANG MERDEKA


Bukti ini diperolehi daripada laman sesawang media rejim Umno, Berita Nasional Malaysia (Bernama) pada 30 Ogos 2007 iaitu tahun terakhir Umno memerintah Selangor yang ketika itu Menteri Besarnya tidak lain tidak bukan adalah Khir Toyo.

Jika Sultan Selangor berangkat hadir ke sambutan Ambang Merdeka, sudah pastilah Bernama akan meletakkan nama baginda mendahului nama Khir Toyo, tetapi langsung tidak ada! Ini membuktikan bahawa Sultan Selangor TIDAK PERNAH MENGHADIRI SAMBUTAN AMBANG MERDEKA PADA 30 OGOS 2007! Jelas di sini ada pihak yang mahu melaga-lagakan hubungan antara Sultan dengan Kerajaan Negeri Selangor! - JALAN PULANG



Setiausaha sulit Sultan Selangor Mohamad Munir Bani hari ini mengulas kenyataan setiausaha politik menteri besar, Faekah Husin bahawa baginda tidak pernah menghadiri sambutan Ambang Merdeka peringkat negeri pada malam 30 Ogos. Namun, jawapannya melalui wawancara disiarkan akhbar Berita Harian itu adalah berhubung kehadiran Sultan Selangor ke sambutan ulang tahun kemerdekaan peringkat negeri pada siang hari 31 Ogos dan bukannya sambutan Ambang Merdeka yang diadakan menjelang detik kira (countdown) kemerdekaan antara jam 11 malam dan 11.59 malam 30 Ogos lalu. "Sultan pernah menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan pada peringkat negeri, cuma saya tidak ingat tahun sambutan berkenaan," katanya seperti dipetik akhbar tersebut.

Ditanya sama ada Istana Selangor pada kebiasaannya perlu dimaklumkan mengenai program rasmi kerajaan negeri, Mohamad Munir berkata pihak Istana selalunya dimaklumkan mengenai sebarang program rasmi kerajaan untuk sambutan Hari Kemerdekaan. Katanya, Istana berkenaan dimaklumkan walaupun tidak ada sebarang jemputan formal diberikan kepada baginda. "...kecuali tahun ini. Istana selalunya dimaklumkan mengenai program kerajaan negeri dan saya akan bertanya kepada baginda Sultan sama ada baginda kelapangan untuk menghadirinya.

"Baginda akan memaklumkan kepada saya sama ada baginda ada kelapangan untuk menghadirinya dan saya akan memaklumkan kepada kerajaan negeri pengesahan berkenaan. "Tahun ini, kita tidak dimaklumkan. Bagaimana kita nak tahu sama ada baginda mahu menghadirinya atau sebaliknya," katanya dipetik. Mohamad Munir turut berkata baginda hairan bagaimana Anwar dijemput dan berucap pada majlis itu sedangkan beliau menang kerusi di Pulau Pinang dan "tiada sumbangan" di negeri itu.

"Baginda tidak gembira dengan perkara ini," kata Mohamad Munir lagi. Faekah dalam kenyataannya semalam berkata, setiausaha kerajaan negeri Mohamad Khusrin Munawi mengesahkan bahawa Sultan Selangor tidak pernah dijemput untuk majlis sambutan ambang kemerdekaan. "Beliau mengesahkan bahawa DYMM Tuanku tidak pernah dijemput untuk malam ambang kemerdekaan kerana Baginda akan hadir pada program rasmi pada sebelah pagi 31 Ogos iaitu Majlis Tahlil dan Doa Selamat di Masjid Negeri," kata Faekah.

Saya kesal tindakan sesetengah pihak yang cuba mencemar kehangatan semangat kemerdekaan dengan isu-isu yang sengaja diperbesarkan. Sejurus isu jemputan kepada DYMM Sultan dimainkan oleh Utusan Malaysia, saya sendiri telah mendapat kepastian daripada Setiausaha Kerajaan Negeri pada Jumaat lalu; 31 Ogos sama ada beliau tersilap pandang dengan tidak menjemput DYMM Sultan untuk mencemar duli pada malam kemerdekaan.

Setiausaha kerajaan negeri, Mohamad Khusrin Munawi adalah pengerusi Jawatankuasa Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan ke-55 dan Hari Malaysia peringkat negeri Selangor yang diadakan pada 30 Ogos lalu di Dataran Kemerdekaan di Shah Alam.

1 comment:

Anonymous said...

Memang telah diduga dari semenjak perlantikan KSU lagi perkara ini akan berlaku sebabnya dia nie memang hendak melaga dan membuat masaalah antara kerajaan negeri dengan istana, yang bercakap bagi pehak tuanku pula semamangnya biawak lidah bercabang bila dah tersepit lain pula jawapan diberi, yang KHir toyo tu pula masih tak sedar diri yang dia tu sudah jadi banduan VIP cumanya tidak duduk dalam sel saja lagi.