Ada maklumat dari sumber
yang boleh dipercayai, parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat. Arahan
telah dikeluarkan kepada menteri kabinet, khususnya Komponen BN agar siap sedia. Perisik BN
dari SB, Military dan survey yang dibuat ini masa yang sesuai. Laporan telah
dihantar kepada Majlis Keselamatan Negara.
Ikut laporan, sokongan Cina kepada Najib meningkat manakala melayu kekal pada tahap sekarang. Yang menariknya kata maklumat ini, usaha pecah belah PAS-DAP melalui isu hudud mula berhasil. Watak penting seperti Ust Nasharudin Mat Isa, Karpal Singh dan beberapa kepimpinan PAS akan terus di eksploitasikan.
Lepas ini beberapa tokoh ulama seperti Mufti, Ust Fathul Bari, Ulama yang kononnya bebas politik, tok guru pondok dan lain-lain akan diheret secara agresif dalam isu hudud. BN perlukan lonjakan 5% lagi sokongan melayu untuk kekal memerintah.
Saya dedahkan maklumat ini agar semua jentera parti bersiap sedia. Buka Bilik Gerakan dari cuti hariraya. Perkukuh kerjasama PR untuk tolak propaganda yang kita sedang berpecah. Perbanyak Open House dan jemput seramai mungkin rakan taulan semua kaum.
Kalau boleh buat Open House atas nama Pakatan Rakyat. Promosi balik Buku Jingga dan Dokumen Negara Berkebajikan. Tingkatkan info isu-isu utama seperti NFC, FGVH, PTPTN, rasuah, penyelewengan dan lain-lain.
Tutup mulut dari isu kontroversi. Fokus kepada usaha memenangi hati pengundi. Umumnya rakyat nak buat perubahan PRU kali ini. Namun, kemelut isu2 tertentu boleh menjejaskan keyakinan pengundi kepada PR.
PAKATAN RAKYAT lwn BARISAN NASIONAL. Bukan sesama sendiri....
1 comment:
Ya betul tu semua,mainkan bnyk2 kali video2 debat,trutama debat DSAI dgn shabery buih sbb ponit2 penting bnyk ada di situ utk rakya menilai.
Post a Comment