DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, August 18, 2012

MAHATHIR SUDAH NYANYUK @ SUDAH GILA?


Baca Harakahdaily hari ini terkejut beruk saya apabila Mahathir mencadangkan UMNO dan PAS bersatu untuk melaksanakan hudud. Tentulah saya terdetik di hati saya bahawa orang tua ini sudah gila dan nyanyuk. Biasanya orang buang tabiat ini tidak lama.

Sebelum ini Mahathir terlalu benci kepada hukum Allah ini dan juga hina Hadis Soheh Bukhari (Baca SINI). Kini Rakaman Video di Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme (K2P) di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 26 Februari 2012 membuktikan beliau sanggup hina hukum Allah dengan mengatakan hukum hudud tidak adil atas dasar negara kita berbilang kaum. Adakah dizaman Rasulullah dahulu semasa hudud dilaksanakan semua masyarakat dibawah pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W itu Islam?

Antara isi ucapan beliau ialah ?

Hukum hudud ini ciptaan ahli Fekah
Hukum hudud ini tidak dapat dalam Al Quran
Hukum hudud ini tidak adil kerana orang islam dikenakan hudud, bukan islam tidak kena hudud.
Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan dimalaysia kerana kita berbilang kaum

Saya bersetuju dengan pandangan Idris Ahmad AJK PAS Pusat rakyat masih segar surat amaran dan ugutan kepada kerajaan Kelantan yang dihantar oleh beliau ketika menjadi Perdana Menteri dahulu.

Kasihan pada Mahathir, umur semakin lanjut, ingatan dia sekarang, kelihatan sekejab lupa, sekejab ingat, mungkin beliau masih perasan yang dia masih lagi pegang jawatan PM yang berkuasa penuh boleh buat itu-ini ikut suka hati.

Hakikat sebenarnya Mahathir amat takut sekiranya Pakatan Rakyat menang PRU ke-13, pastinya musuh ketatnya Anwar Ibrahim akan menjadi PM Malaysia ke-7. Maka, di kala itu nasibnya belum tentu sama ada kekal di istananya sekarang atau terhumban dan merengkok dalam penjara seperti Presiden Mesir Husni Mubarak.

Banyak skandal dan jenayah yang berlaku di waktu beliau berkuasa 22 tahun yang tidak mampu sesiapa pun untuk membongkarkannya selagi UMNO memerintah Negara ini. Kes-kes skandal kewangan dan kezaliman yang lakukan akan terbongkar sekiranya PR menakluki Putra Jaya.Insya Allah.

1 comment:

Amuraria said...

moga segala kebejatan mamak kutty & geng kaki kelentong ni akan disiasat keakar umbi bila putarjaya dimenangi insyaaLLAH ! ABU jangan lupa !