WAHAI
TDM, IBLIS DAN SYAITAN ITU ADALAH MUSUH KITA YANG NYATA
Oleh
: Aspan
Alias
“It’s better to work with the devils
you know than with the angels you don’t know” kata Dr Mahathir di dalam usaha
beliau mempertahankan BN. Dengan kenyataan bekas Perdana Menteri ini mengakui
yang UMNO itu adalah syaitan (devil) dan rakyat mesti memihak kepada syaitan
kerana kita semua sudah mengenali syaitan itu. Beliau juga sekali gus
beranggapan yang PR itu adalah malaikat (angel) tetapi meminta kita supaya
menolaknya kerana kita tidak mengenali malaikat itu.
Mengambil seruan beliau itu secara
‘literal’ Mahathir hanya mengenali syaitan sahaja dan beliau tidak mengenali
malaikat dan meminta kita menyokong hanya yang kita kenali, walaupun kita tahu
dan mengenali syaitan itu. Oleh kerana kita mengenali syaitan (BN) maka kita
diminta oleh beliau untuk menyokong syaitan itu.
Sebagai seorang yang beragama suci
ini kita tahu dari kecil lagi yang syaitan dan iblis itu telah berjanji kepada
Allah swt untuk menyesatkan manusia dan iblis tidak patuh kepada perintah Tuhan
untuk tunduk kepada Adam. Maka dalam perjuangan hidup manusia, perjuangan yang
sebesar-besarnya ialah untuk melawan diri sendiri atau dalam kata lain untuk
melawan nafsu amarah kita terus-terusan sehingga akhir kalam kita.
Selepas sahaja Islam memenangi
perang khandak yang sangat sengit dahulu dimana Islam hampir tewas pada
mulanya, Saidina Ali karamallah huwajhah telah bertanya kepada Rasulullah apa
kah peperangan yang lebih hebat dari perang khandak ini. Rasulullah telah menjawab
yang peperangan yang paling hebat dan sengit ialah peperangan melawan nafsu
sendiri.
Sememangnya peperangan yang paling
hebat ialah peperangan melawan iblis dan syaitan kerana peperangan itu tidak
putus-putus sepanjang hayat kita. Itulah sebabnya lahir sahaja seseorang
manusia itu dengan roh yang suci bersih kita akan di hadapkan dengan perjuangan
melawan hawa nafsu kita kerana kita terus sahaja berhadapan dengan elemen
perjuangan hidup iaitu untuk memerangi hawa nafsu kita.
Kalaulah tidak ada iblis dan syaitan
ini maka seseorang itu tidak ada perjuangan dalam kehidupan kita. Itu pun
sebabnya kita di lahirkan kedunia ini untuk menjadi khalifah Allah kerana untuk
kita berperang dengan musuh Allah, iaitu iblis dan syaitan itu. Kita perlu
melawan habis-habisan iblis dan syaitan itu dan itu merupakan amalan untuk
mengtauhidkan kebesaran Allah Maha Pencipta itu.
Itu sebabnya kita mesti dan wajib
mencari dan berusaha untuk meningkatkan makam diri untuk menjadi seorang yang
mukminin bukan setakat menjadi seorang muslim semata-mata. Untuk mencapai tahap
mukminin ini hanya satu sahaja yang memungkinkan kita berjaya mencapainya,
iaitu berjaya melawan hawa nafsu jahat yang di bawa oleh iblis dan syaitan itu.
Barulah kita sebenar-benarnya menjadi khalifah Allah di muka bumi ini.
Dalam kita yang masih lemah ini kita
di tegah untuk memerangi iblis dan syaitan itu, adalah pula manusia yang
menyeru kita memberikan dukungan kepada pihak iblis itu kerana beliau lebih
mengenali iblis dan syaitan itu. Beliau tidak mengenali malaikat (yang haq) dan
kita tidak tahu kenapa beliau menjadi begitu.
Itulah sebabnya ada ulamak yang
zuhud memberikan ingatan yang nilai
kehidupan seseorang itu bergantung kepada rakan dan taulannya. Jika kita selalu
berpeleseran dengan iblis dan syaitan maka kehidupan kita akan terpengaruh
dengan elemen yang di bawa oleh syaitan itu dan dia akan jauh dari elemen yang
haq kerana tidak pernah mendekatinya.
Kalau kita seorang pemimpin dan
selalu berabit denga iblis dan syaitan maka cara kita memimpin akan dipengaruhi
oleh iblis dan syaitan itu. Maka kita akan menjadi pemimpin yang rasuah dan
selalu menyalahgunakan kuasa dan seterusnya memecah belahkan orang-orang yang
kita pimpin.
Iblis selalunya tidak suka kepada
kita bersatu melawannya, tetapi mereka akan bergembira jika semua kita ini
bersatu dan berabit bersamanya. Iblis mahukan semua bani Adam lebih-lebih lagi
umat Muhammad untuk bersama dengannya kerana jika kita terpengaruh dengannya,
maka mereka (iblis) itu berjaya menyesatkan umat manusia seperti janjinya
kepada Allah apabila iblis ingkar perintah Allah untuk tunduk kepada Adam.
Terpulanglah kepada kita semua untuk
memilih satu di antara dua pilihan. Kita boleh memilih untuk mengikut perintah
Allah untuk melawan iblis dan syaitan itu dan menjadi khalifah Allah, atau
bersekutu dengan iblis itu.
Jika kita hendak memilih untuk
bersekutu dengan iblis itu elok di ikut sahaja nasihat Dr Mahathir itu kerana
iblis ini memang senang untuk dikenali dan mudah mesra dengan kita.
Mengenali yang haq memang susah
kerana kita terpaksa melalui ujian besar untuk mengenalinya. Bak kata perpatah
seorang ulamak tersohor, jalan ke syurga itu penuh dengan duri dan onak,
sedangkan jalan ke neraka itu penuh dengan roti dan keju yang enak-enak.
Kalau sesiapa yang ingin mengikut
dan menuruti seruan Dr Mahathir itu silakanlah.
Tetapi kita orang beragama dan
bertuhan ini mengakui yang Iblis itu adalah musuh kita yang nyata kerana ia
akan membawa kerosakan kepada kehidupan manusia.
No comments:
Post a Comment