Oleh : Mohd
Ariff Sabri Abdul Aziz.
Dalam
kumpulan syaitan, penghulu nya ialah Iblis. Maka jika Dr Mahathir kata BN
adalah syaitan, maka Umno sebagai ketua , mestilah Iblis. Bukan saya yang kata,
Dr Mahathir, bekas Presiden Umno yang kata. Oleh kerana ia datang dari Dr
Mahathir, maka ianya mestilah suatu kebenaran. Umno ialah parti Iblis.
Jumlah
penduduk negara ini ialah kira-kira 29 juta orang. Dari jumlah tersebut, Melayu
merupakan 65 peratus, Cina 25 peratus , India 7.5 peratus dan lain-lain
sebanyak 1.3 peratus. Dalam lain perkataan jumlah orang Melayu lebih kurang 19
juta orang.
Ahli
Umno ialah sebanyak 3.2 juta. Atau 1 dari 6 orang Melayu ialah ahli Umno. Kita
ramai dari ahli Umno. Kita ramai, mereka sedikit. Jadi tak perlu takut apa apa
pada Umno. Kalau ahli Umno mati, ada 5 lagi orang Melayu. Jadi tidak benar
kalau Umno mati, maka orang Melayu akan hancur.
Seorang
ahli Umno mati, ada 5 lagi Melayu yang boleh mendukung Islam dan mendaulatkan
Raja2 Melayu. Jadi tidak benar juga kalau Umno mati, maka Islam dan Raja-raja
Melayu akan musnah. Yang mati Dr Mahathir, Najib, Muhyiddin, Noh Omar. Melayu
lain terus hidup. Demikian juga. Kalau MCA mati, orang Cina lagi kuat hidup.
Kalau MIC mati, orang India tetap hidup.
Demikian
juga kita menolak hasutan Umno. Umno kata kalau Umno tewas maka orang Cina akan
ambil alih pemerintahan negara. Kita ada 6 orang, Cina 3 orang dan India
seorang. Bolehkah 3 orang melebihi 6 orang? Kalau India dan Cina bergabung,
adakah 4 orang lebih besar dari 6 orang?
Oleh
kerana Umno cakap dalam bahasa bodoh, maka kita jawablah dalam bahasa yang
bodoh-bodoh. Mungkin kita kena cakap bahasa bodoh-bodoh mulai sekarang sebab Dr
Mahathir kata, ahli Umno semuanya hampas.
Yang
jadi sasaran khianat puak Umno ialah DAP. Sebab Umno iri hati DAP boleh
bermuafakat dengan PAS. Lagi pun orang Melayu merasakan tidak ada masaalah
menyokong DAP sebab mereka tetap Melayu dan tetap Islam. Kita tukar wadah,
bukan tukar aqidah.
Kita
ada 222 kerusi Parlimen. Siapa dapat 112 kerusi, dapatlah membentuk kerajaan
majority mudah. Berapa kerusi yang akan DAP tandingi? Adalah sebanyak 50 kerusi
mungkin. Kalau menang semua pun, takkan boleh menubuhkan kerajaan.
Mengapalah
Umno mahu membodohkan orang Melayu?
Ingat,
dari 6 orang Melayu hanya 1 sahaja ahli Umno. Kita ramai, mereka sedikit. Mati
seorang ahli Umno, ada 5 lagi orang Melayu. Takde hal.
Kalau
Umno mati, maka agama Islam akan musnah? Kita tak perlu jawab kenyataan bodoh
seperti ini. Tidak semua orang Cina kristian. Lebih ramai Cina dan India bukan
beragama Kristian. Lebih elok orang Cina mengkristiankan orang Cina dan India
terlebih dahulu daripada bercakap mengenai mengkristiankan orang Melayu.
Ramai
dikalangan kita di lahirkan waktu malam. Tapi kita tidak lahir malam semalam.
Umno boleh kelentong ahli-ahli mereka jika mereka mahu, tapi janganlah anggap
orang Melayu lain bodoh dan lahabau macam ahli Umno.
Baru-baru
ini, Pemuda Umno membuat lapuran polis kerana ada penyibaran di Internet
mengatakan bahawa kalau kita mahu agama Kristian jadi agama rasmi, maka undilah
Pakatan. Kita tidak tahu sama ada siaran Internet ini dilakukan oleh Pemuda
Umno atau tidak. Tapi ada kemungkinan besar ianya kerja Pemuda Umno yang kian
terdesak. Setelah mendapati menebal muka di stesyen bas, keretapi dan
mengagihkan sogokan barangan dan juadah tidak berhasil, besar kemungkinan
Pemuda Umno tukar kepada tektik jahat. Menghasut. Kalau ia disiarkan melalui
Internet, kita suruh lah MCMC menyiasatnya. Tentu dengan pantas mereka akan
tahu, darimana mulanya penyiaran nya.
Pengalaman
saya dalam Umno mengatakan bahawa tidak mustahil kerja kotor ini dilakukan oleh
Umno. Bukankah Dr Mahathir mengakui bahawa Umno syaitan? Dalam BN, Umno adalah
penghulu syaitan. Penghulu syaitan ialah Iblis. Bolehlah kita sebut Umno
sebagai Tun Iblis. MCA Tan Sri syaitan. Dan MIC Datuk syaitan.
Semenjak
tahun 1981, Umno dipimpin oleh seorang India. Ketika Riz Khan, pengacara
temubual CNN bertanya Dr Mahathir adakah Tuan seorang India? Dr Mahathir
menjawab dia “by definition” adalah seorang Melayu. Apalah yang susahnya nak
jawab dia Melayu atau tidak? Sebab dia bukan Melayu kerana itulah dia
berbelit-belit nak jawab dia Melayu. Definisi Melayu amat mudah, beragama Islam
bercakap Melayu dan berbudaya Melayu adalah Melayu. Maka tidak hairanlah kita
bila Dr Mahathir kata pendatang haram yang masuk ke Sabah adalah Melayu se
Dan
semenjak tahun 1981, dasar ekonomi kerajaan Umno/BN adalah pro kaya. Pro
golongan elit. Umno pegang kuasa, menguasai kerajaan dan setiap struktur
kerajaan. Dengan ada kuasa tentulah munasabah kita sangka bahawa banyak
kepincangan dalam negara kita, terutama yang melibatkan kepentingan Melayu
sudah dibaiki. Rupa-rupanya tidak.
Jurang
pendapatan dikalangan orang Melayu adalah yang terbesar. Jika kita bandingkan
jurang pendapatan di kalangan Cina sama Cina atau India sama India. Apa pasal?
Sebab dasar kerajaan seperti perbelanjaan kerajaan atau public expenditure
adalah pro orang kaya.
Sebab
itu saya kata, dasar Umno ialah BumiPutera. Dalam istilah tersebut terdapat dua
komponen. Bumi mewakili rakyat biasa manakala Putera mewakili Melayu elit,
bangsawan, anak raja, anak pemimpin Umno dan seumpamanya. Yang makin kaya ialah
golongan Putera dan yang makin menderita ialah golongan Bumi.
Kita
ambil contoh. Peneroka FELDA boleh kita anggap sebagai orang Melayu biasa. Ada
112, 655 keluarga FELDA. Bila syarikat FELDA disenaraikan, setiap keluarga
dapat 800 unit. 800 unit kalau di jual dapat wang pendapatan. Isa Samad
mewakili Melayu terpilih. Mengikut cerita dia dapat 180,000 unit saham. Kita
terima ini sebagai benar walaupun kita tahu Isa Samad dapat juta-juta unit
saham FGV.
Kalau
kita banding pendapatan peneroka (Melayu biasa) dengan Isa Samad (Melayu elit),
bagaimana?
Katalah
premium saham ialah RM1. Tanpa menolak kos pembiayaan pembelian saham, Melayu
biasa dapat RM800. Melayu istimewa dan elit dapat RM180,000. Berapa kali ganda
pendapatan tersebut? 225 kali lebih besar.
Jadi
kita tahu dan sedar bahawa penyenaraian FGV adalah satu lagi dasar PM Najib
yang pro Putera dan bangsawan daripada pro rakyat biasa.
Ini
pun masih tidak disedari oleh orang Melayu.
No comments:
Post a Comment