Kagum dan rasa bersyukur
apabila melihatkan gambar-gambar dalam 'Harakahdaily' yang menunjukkan DYMM
Sultan Kelantan,Sultan Muhammad V membuka pintu Istana untuk bersama-sama
pemimpin dan rakyat menunaikan solat tarawih, mendengar tazkirah dan
qiamulllail.
Apabila Raja membuka pintu Istana untuk bersama rakyat menunaikan ibadah sebagaimana berlaku di Kelantan, maka negeri itu dan rakyatnya akan memperolehi limpahan rahmat dari Allah swt.

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad
V berbeza dengan sultan-sultan dan kerabat lain-lainnya dalam Negara ini,
baginda dari kecil lagi menerima pendidikan Islam dan terus menghayatinya
selaras dengan negeri Kelantan yang lebih dikenali sebagai Serambi Mekah. Islam
berkembang pesat di negeri ini.
Peristiwa ini begitu
mengharukan bukan sahaja kepada rakyat Kelantan tetapi umat Islam di negara ini
juga. Semua rakyat Kelantan tentu sekali berbangga dan bertuah kerana mempunyai
Raja yang alim dan pemimpinnya pula seorang Ulama.
Ribuan
sertai qiam bersama Sultan Kelantan
KOTA BHARU: Ribuan rakyat negeri Kelantan tidak melepaskan
peluang untuk menghidupkan Ramadhan bersama Sultan Kelantan dalam program Qiam
With Me di Istana Negeri di sini malam tadi.
Program julung-julung kali diadakan itu menerima sambutan luar biasa rakyat yang mahu bersama sultan kesayangan mereka Sultan Muhammad V.
Suasana malam tadi menyaksikan Dewan Jubli Perak, di Istana Negeri, Kubang Kerian itu penuh malah kesemua khemah diluar dewan juga sesak.
Program Qiam With Me bermula dengan Solat Isyak kemudian diteruskan dengan solat Terawih bersama Sultan Muhammad V.
Turut hadir pada program itu, saf kepimpinan negeri termasuk Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Selepas solat Isyak, program diteruskan dengan kuliah agama yang disampaikan penceramah popular dari Terengganu Ustaz Azhar Idrus sebelum masing-masing diberikan masa untuk berehat.
Program seterusnya dimulakan pada jam 4 pagi untuk qiamullail sehingga sahur dan kemudiannya solat Subuh secara berjemaah.
Berikut adalah antara-gambar sekitar program itu malam tadi.

No comments:
Post a Comment