Written by Christopher Fernandez, Stan Lee, Malaysia
Chronicle
Dalam
bidang politik, setiap ahli politik yang bijak tahu bahawa dia tidak akan
mempunyai kawan sejati mahupun musuh yang kekal, dalam arena politik yang pasti
adalah perubahan dan ini boleh disaksikan hampir saban hari dalam politik di
Malaysia.
Apa
pun boleh terjadi dalam satu hari atau setelah satu tempoh masa dalam politik.
Kita menyaksikan bagaimana selepas 55 tahun sejak pembentukan negara pelbagai
perubahan yang telah berlaku terutamanya sejak sedekad yang lalu setelah
berakhirnya rejim Mahathir.
Tekanan berat ke atas chauvanis Melayu
Sejak
bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad meletak jawatan, terdapat kemungkinan
menarik akan berlakunya permutasi bagi parti-parti politik untuk menguji dan
bekerja dengan satu sama lain.
Dengan
senario baru yang muncul kini, nampaknya ada kemungkin barangkali dalam parti
campuran yang mentadbir Barisan Nasional, UMNO telah menjadi semakin terpencil.
Berkemungkinan
besar, BN akan dipatahkan dalam masa terdekat ini agak jelas. BN bersedia untuk
menyaksikan keluarnya parti bukan UMNO yang terhutang kerana sikap UMNO yang
cenderung pada cauvinisme Melayu yang mula menjadikan rakan kongsi dalam
gabungan nasional itu sengsara.
Apakah
kemungkinan akan muncul dari senario ini, kumpulan pihak bukan UMNO dari BN,
dan kemungkinan kumpulan ini beralih untuk bergabung dengan Pakatan Rakyat yang
dilihat sebagai satu langkah strategik yang mungkin akan berlaku.
Kumpulan baru akan muncul
MCA,
MIC, Gerakan dan parti bukan-UMNO yang lain dalam Barisan Nasional dijangka
mogok pada BN akibat pendiriannya yang sentiasa menyebelahi UMNO dan mereka
diberi hak untuk menguasai dan mempunyai cengkaman ke atas yang lain kerana
mereka mempunyai bahagian terbesar dari bilangan ahli.
Pembulian
rakan-rakan bukan-UMNO oleh UMNO telah mencapai tahap di mana perlakuan kurang
ajar dan keangkuhan semata-mata oleh pemimpin UMNO terhadap parti-parti politik
yang lain di dalam Barisan Nasional telah mencapai tahap yang tidak boleh
dimaafkan lagi.
Pemberi
maklumat dari dalam berkata parti-parti ini berminat untuk bergabung dengan
Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim,
tetapi takut akan tanggapan ekstremisme Islamis PAS.
Walau
bagaimanapun, seperti yang ditegaskan penyokong Pakatan, jika DAP boleh bekerjasama
dengan PAS meliputi pelbagai isu sejak penubuhan Pakatan 3 tahun lalu, perasaan
takut itu tidak perlu wujud.
Sifat ekstremisme pada UMNO dan PAS
Hubungan
di kalangan tiga parti-parti Pakatan iaitu PKR, PAS dan DAP adalah lebih mesra
berbanding dalam BN. Walau bagaimanapun, tidak boleh dinafikan bahawa bagi
rakyat Malaysia kedua-dua UMNO dan PAS telah menunjukkan tanda-tanda
ekstremisme dalam cara mereka sendiri.
Sama
ada mereka boleh menghadapinya ini atau tidak, kedua-dua UMNO dan PAS dianggap
melampau oleh ramai rakyat Malaysia kerana mereka berlegar antara dua spektrum
politik yang bertentangan.
Apabila
UMNO dilihat sebagai sejahat-jahat manusia dalam helah mereka, PAS
kadang-kadang dilihat terlalu baik seperti malaikat.
Apabila
UMNO menarik perhatian orang-orang yang gila kuasa dan tamak, PAS seperti tidak
perasan akan keadaan pemikiran
semasa
kerana lebih suka mencari penyelesaian dari Timur Tengah, yang ironinya di
sebalik kekayaan yang melimpah ruah, amat mundur dari segi sosial dan
demokratik.
Yang
pentingnya sekarang, helah politik dan pendirian kedua-dua UMNO dan PAS telah
menyebabkan mereka akan dipinggirkan
dari arus perdana kehidupan rakyat Malaysia.
Jika
ini berterusan, rakyat Malaysia - kebanyakannya pengundi muda - akan mula
melihat PAS sebagai liabiliti politik pada masa akan datang, sama seperti cara
mereka melihat UMNO sekarang.
Kahwin lagi- oh tidak!
Terdapat
berita baik untuk penyokong PAS kerana parti itu sedang berusaha untuk membuat
perubahan yang menampakkan hasil. Sama ada ia berjaya mengubah sikap lama untuk
yang baru masih belum dapat dipastikan lagi.
Tanpa
mengambil kira kemelut baru-baru ini iaitu mengeluarkan larangan bagi pasangan
belum berkahwin untuk duduk bersama-sama di pawagam - yang sejak itu telah
ditarik balik - rakyat Malaysia perlu sedar bahawa PAS tidak lagi ditakuti
sebagai ‘parti serpihan fundamentalis Islam'.
Walaupun
diakui masih sangat konservatif, PAS telah berjaya memasuki arus perdana
politik Malaysia. PAS telah menunjukkan sisi kemanusiaannya dengan menyokong
beberapa kempen hak-hak sivil dan juga berjuang memerangi rasuah.
Soalnya
ialah sama ada PAS boleh terus berada di dalam arus perdana politik atau ia
akan membenarkan mereka yang ultra-konservatif dalam parti untuk membuat
keputusan.
UMNO
harus ingat bahawa bukan semua orang Melayu tamak dan suka pada rasuah, mungkin
PAS juga harus menerima bahawa tidak semua orang Melayu akan mengikuti cara
mereka dalam menganuti dan mengamalkan Islam.
Terdapat
beberapa orang yang memberi amaran bahawa penyokong Pakatan sedang bersorak
menyaksikan penghijrahan pemimpin BN kepada pihak mereka, PAS mungkin
mengejutkan orang ramai dengan membentuk pakatan bersama UMNO. Ini adalah
perkahwinan pernah dilakukan oleh PAS tetapi perceraian mereka sangat
menyakitkan dan memusnahkan, pelawaan terbaru dari UMNO yang terdesak tidak
boleh diabaikan dalam mana-mana analisis kerana kemungkinan ia berlaku pada
masa hadapan dalam scenario politik Malaysia tidak mustahil.
Walau
bagaimanapun, pemimpin Pakatan Rakyat termasuk dari DAP telah menegaskan, ini
bukanlah sesuatu yang mudah berlaku.
Menarik lebih ramai rakyat Malaysia
PKR-
yang paling neutral dari tiga parti ini- telah dilihat sebagai alternatif yang
lebih praktikal kerana mereka memilih untuk mencari jalan penyelesaian di
tengah-tengah yang juga disukai orang bukan Melayu.
PKR
bukan sahaja dilihat sebagai parti yang lebih diminati lebih ramai orang
Melayu, ia juga cuba menambat hati dua kaum terbesar di Malaysia, Cina dan
India.
Sementara
kaum Cina dan India mula bersatu dan mencari representasi yang lebih kukuh dan
baik dalam kerajaan dan urusan negara, sebahagian besar orang Melayu yang cuba
mencari kebaikan bersama juga bersama mereka.
Walaupun
pada ketika ini, mereka seakan tidak sekufu antara satu sama lain, kerana
perbezaan politik yang kecil dan remeh, realitinya, PKR, DAP, MCA, MIC, Gerakan
dan parti politik yang lain mula menyesuaikan diri antara satu sama lain.
Kemungkinan
mereka akan memberi kejutan besar dan bersatu untuk membentuk satu pakatan yang
mana telah ditubuhkan oleh Barisan Nasional pada zaman perdana menteri pertama
Tunku Abdul Rahman sebelum merdeka nampaknya seperti kemungkinan yang baik dan
kuat. Jika ia berlaku, mungkin juga selepas pilihan raya umum diadakan.
Bagi
Sabah dan Sarawak pula, Pakatan sudah pun menawarkan bantuan kepada parti
politik yang mahu memikirkan kemungkinan untuk bersatu dengan mereka untuk
mendapatkan gengaman yang lebih kukuh pada negeri-negeri di timur Malaysia itu.
Membantu
mereka membuat keputusan ini tanpa disedari, adalah UMNO yang degil dan orang
lama PAS yang mahu melaksanakan ‘hudud’ dan undang-undang kuno yang lain dimana
ia amat digeruni oleh kebanyakkan rakyat Malaysia.
Anwar must seize the opportunity to seal a new order
Nampaknya
Anwar Ibrahim sedang bersiap sedia untuk kembali memainkan peranan utama dalam
melibatkan diri dalam ceramah dan perbincangan dengan pelbagai kumpulan politik
untuk bersama-sama membentuk kesepakatan yang dipersetujui oleh semua.
Pembangkang
mesti merebut peluang ini, susulan dari tsunami politik 2008 dan seterusnya
menjadikan hasrat rakyat untuk reformasi dalam pilihan raya akan datang menjadi
realiti.
Anwar
mesti tegas dan berani untuk memainkan peranan Tunku di era moden ini dan
sanggup membawa Kemerdekaan sebenar kepada rakyat Malaysia dengan memastikan
bahawa rakyat bersatu kembali pada tahun 1957 dengan cita-cita Tunku untuk
keadilan dan kesaksamaan berkembang dengan cara yang sihat dalam negara.
Ia
sudah jelas bahawa Anwar sudah bersedia untuk meneroka beberapa kemungkinan,
jika bukan sebelum PRU ke-13, maka dia akan sentiasa memikirkannya dan membuat
perancangan untuk memuaskan hati semua pihak dalam masa terdekat.
Malaysia
Chronicle
No comments:
Post a Comment