Pengarah Suara Rakyat Malaysia
(Suaram), Cynthia Gabriel berkata, dua Hakim Penyiasat Perancis, Roger Le Roire
dan Serge Tounaire ada ‘cara lain’ untuk membawa saksi kes Scorpene ke
mahkamah.
Katanya, ia
berikutan keengganan Malaysia untuk membantu siasatan kes rasuah kapal selam
itu.
“Mereka
mesti ada cara. Kita akan maklumkan dua minggu dari sekarang. Ini kerana salah
seorang daripada dua hakim Paris Tribunal Grande Instance itu sedang bercuti.
“Sepatutnya
polis Malaysia beri kerjasama untuk serah sepina kepada Jasbir. Sehingga kini,
belum ada sebarang perkembangan. Kami pun tak yakin polis Malaysia akan beri
kerjasama,” katanya kepada Keadilan Daily.
Beliau
mengulas sama ada saksi pertama Malaysia yang dinamakan Jasbir Singh Chahl
telah menerima sepina.
Dalam pada
itu, Cynthia memberitahu, antara punca kes bergerak perlahan apabila Malaysia
dan Perancis tidak menandatangani perjanjian ekstradisi pelaku jenayah.
“Jadi, ada
masalah. Tapi ada jalan akhir, iaitu dengan memanggil saksi menggunakan (waran)
Interpol (polis antarabangsa).
“Tapi,
dengan Interpol, Malaysia mempunyai kerjasama,” kata Cynthia.
Beliau juga
yakin, melalui badan itu Malaysia tidak boleh mengelak untuk membantu membawa
saksi ke Mahkamah Perancis.
No comments:
Post a Comment