Dalam
politik anak dan bapa juga ada yang tidak sehaluan. Dalam interview Dr Mahathir
Mohamad dengan MobTV, beliau telah menegur anaknya Marina supaya berhati-hati
dengan tindak tanduknya (Marina) kerana tindak tanduk Marina itu akan
menjejaskan parti pemerintah iaitu Umno serta menjejaskan juga politik ahli
keluarga beliau.
Dr
Mahathir begitu sangsi yang tindakan Marina bergiat dan menyokong Bersih 3.0
dan Bersih yang sebelumnya itu akan menjejaskan politik adiknya Muhkriz.
Pandangan
Dr Mahathir terhadap anaknya itu ada benar dan salahnya. Jika Dr Mahathir lebih
memikirkan politik peribadi dan keluarga beliau maka kata-kata beliau itu benar
dan betul seratus peratus.
Memang
banyak pun yang memberi pandangan yang Dr Mahathir ini tidak payah diambil
pusing nasihat dan kata-katanya kerana anak beliau sendiri telah menunjukkan
sikap “anti establishment” dan Marina telah menunjukkan banyak contoh sikap
tidak sehaluan dengan kerajaan Barisan Nasional sekarang ini.
Tetapi
jika Dr Mahathir mampu memandang dari sudut lain, iaitu sudut memperjuangkan
kebenaran, apa yang dilakukan oleh Marina itu patut direstui oleh Dr Mahathir
kerana beliau sepatunya faham yang Marina itu adalah pejuang kepada tuntutan
yang di perjuangkan oleh Bersih dan banyak NGO-NGO yang lain. Dr Mahathir
sepatutnya merasa bangga dengan ketegasan anak perempuannya itu jika beliau (Dr
Mahathir) mengakui kebenaran yang diperjuangkan oleh Marina itu.
Tetapi
nampaknya Dr Mahathir lebih cenderung untuk menjaga kepentingan politik anak
lelakinya, Mukhriz dan beliau tidak pertimbangkan kebenaran yang diperjuangkan
oleh Marina yang mendapat perhatian banyak pihak sambil memberikan sokongan
kepada pejuang reformasi pilihanraya itu.
Bagi
Dr Mahathir kebenaran dalam isu ini ialah menjadikan Mukhriz sebagai pemimpin
politik besar dan sebesar mana pun kebenaran yang diperjuangkan oleh anak
perempuannya Marina itu tidak mendapat perhatian beliau.
Bagi
Dr Mahathir kebenaran itu ialah kuasa dan tidak yang lain. Mahathir semalam
mengakui yang beliau akan menyokong Mukhriz jika Umno menurunkan anak emasnya
itu bertanding disalah satu kawasan DUN di Kedah untuk menjadi Menteri Besar
Negeri Jelapang Padi itu.
Niat
Dr Mahathir untuk meninggalkan warisnya dalam politik tanah air itu sememangnya
telah dihidu oleh semua orang dan pengakuan beliau itu tidak mengejutkan
sesiapa. Malahan mata Dr Mahathir akan tertutup rapat jika beliau meninggal
dunia selepas melihat anaknya itu menjadi orang besar negara seperti beliau.
Tuduhan ramai terhadap Dr Mahathir yang beliau membuat “bising” sekarang ini
adalah untuk kepentigan keluarga beliau.
Dr
Mahathir tentunya mahukan anaknya menjadi seperti Najib dan Hishamuddin yang
kedua-duanya adalah anak-anak kepada bekas Perdana Menteri negara. Jika Dr
Mahathir berjaya untuk menjadikan anaknya itu pemimpin besar dan akhirnya
menjadi Perdana Menteri maka beliau akan berjaya untuk menyambung tradisi yang
pemimpin-pemimpin yang akan datang mesti datang dari keluarga bekas-bekas
Perdana Menteri.
Itulah
sebabnya Dr Mahathir begitu marah apabila Mukhriz mendapat nombor tercorot
dalam pemilihan Ketua Pemuda Malaysia apabila undi beliau jauh kebelakang dari
undi-undi yang diperolehi oleh Khairy dan Khir Toyo dalam pertandingan itu.
Yang Dr Mahathir marah sekali ialah terhadap menantu Pak Lah yang telah berjaya
mendapatkan undi tertinggi dalam pemilihan Ketua Pemuda itu.
Akhirnya
Marina sendirilah yang berhak untuk memilih diantara kebenaran atau politik
adik beradik dalam isu ini. Jika Marina memilih untuk mencari kebenaran maka
tindakan beliau sekarang amatlah benar dan betul.
Tetapi
jika Marina memilih untuk mementingkan politik bapanya dan adik beradiknya
eloklah beliau (Marina) mengikut sahaja kata-kata ayahanda beliau itu. Tetapi
saya yakin Marina akan terus memilih kebenaran kerana saya rasa beliau tahu
yang kebenaran itu akan timbul akhirnya.
Tetapi
jika Marina mengikut kehendak bapanya itu janganlah putuskan hubungan baik
dengan Ambiga Sreenevasan yang telah terjalin begitu rapat selama ini. Marina
dan Ambiga itu bersahabat baik. Baiknya Ambiga dengan Marina itu seperti orang
“bertambat bulu”. Itu kata orang tua-tua dahulu.
Sumber:
aspanaliasnet.blogspot.com
No comments:
Post a Comment