DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, July 17, 2012

LIWAT III KANTOI-BLOG PRO UMNO BERSEDIH HATI-CIPTA FITNAH LAGI-ANDA SEMUA ADA IMUNITI


Semalam bukan main lagi para blogger UMNO yang dikepalai Wan Mohamad Azri b Wan Deris @ Papa gomo telah mula membuat fitnah jijik dan jahat kononnya DSAI telah meliwat seorang mahasiswa lelaki dari IPTA Utara. Dan Satu Laporan Polis telah dibuat olehnya.

Mereka boleh siap buat skrip lagi bagaimana liwat itu berlaku.


TETIBA HARI INI PDRM MELALUI PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH MENAFIKAN POLIS ADA MENERIMA SEBARANG LAPORAN POLIS MENGENAI SEORANG MAHASISWA DILIWAT OLEH DSAI.

Polis mengesahkan tidak menerima sebarang laporan daripada seorang mahasiswa, mendakwa dia telah diliwat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagaimana dilaporkan oleh sebuah blog semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, setakat ini beliau tidak dimaklumkan berhubung dakwaan tersebut.

"Sepanjang pengetahuan saya, tiada laporan yang diterima berkaitan dakwaan ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Liwat: Tiada laporan libatkan Anwar

SHAH ALAM - Polis mengesahkan tidak menerima sebarang laporan daripada seorang mahasiswa, mendakwa dia telah diliwat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagaimana dilaporkan oleh sebuah blog semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, setakat ini beliau tidak dimaklumkan berhubung dakwaan tersebut.

"Sepanjang pengetahuan saya, tiada laporan yang diterima berkaitan dakwaan ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Kira-kira 10 hari selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan penghakiman bertulis membebaskan Anwar daripada kes liwat, sebuah blog yang pro-Umno mendakwa satu laporan polis telah dibuat kononnya beliau meliwat seorang penuntut institut pengajian tinggi utara Semenanjung.

Sementara blog itu, www.papagomo.com membawa laporan tersebut, penyokong dan pegawai-pegawai Anwar dari PKR melihat ia sebagai konspirasi terbaru dan usaha terdesak pihak Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk terus menyerang Anwar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Anwar telah dibebaskan daripada kes meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan awal Januari lalu. Susulan penghakiman bertulis itu, Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan dengan mengetengahkan sembilan alasan pada minggu lalu.

Saiful membuat laporan polis dia diliwat akhir Jun 2008.

Blog itu menulis, dia mendapat maklumat ada satu laporan polis telah dibuat petang semalam terhadap Anwar, yang juga Ketua Umum PR dan PKR.

"Gomo baru mendapat maklumat bahawa petang tadi (semalam) ada laporan polis telah dibuat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh seorang mahasiswa dari utara yang menyatakan beliau telah diliwat oleh pemimpin PKR pada malam sebelumnya (kelmarin)," kata pemblog itu.

Bagaimanapun entri blog itu menambah bahawa dia tidak pasti sama ada laporan tersebut benar ataupun sebaliknya.
Dalam pada itu, Koordinator Media kepada Anwar, Eekmal Ahmad berkata, pemblog tersebut sewajarnya berhenti daripada meneruskan serangan jijik dan kotor.
"Saya harap pihak-pihak terbabit akan berhenti daripada melakukan serangan-serangan yang jijik dan kotor," katanya lagi.

No comments: