DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, July 26, 2012

KRISIS AIR SELANGOR, PAIP SYABAS YANG TAK CUKUP RUPANYA.


Rupa-rupanya kenapa bekalan air di negeri selangor dikatakan tak cukup bukan sebab empangan tak cukup air, Ahli parlimen kerajaan negeri selangor dah pegi check dah empangan di negeri selangor, semuanya penuh, Syabas pulak kata kurang ( baca sini ).

Bila benda dah terbongar puak Syabas dengan bantuan media umno pusing pulak cerita, kononnya air di empangan memang penuh, cuma air yang dah dirawat je kurang.
Hah, apa bodoh sangat, kalau dah tahu air terawat kurang rawat la air tu yang nak buat empangan langat 2 nak sedut air dari pahang kenapa pulak?. air dari pahang tu dah rawat ke? atau idea nak menghabiskan duit rakyat lagi nei.

Lepas buat empangan boleh la naikkan harga air, pandai puak umno ni nak sedut duit rakyat, nak ambik duit kerajaan negeri selangor yang banyak tu.

Rahsia dah terbongkar, Jawatankuasa Pemantauan Air yang ditubuhkan kerajaan Selangor bagi menjalankan pemantauan terhadap operasi Syabas merumuskan syarikat itu beroperasi dibawah keupayaan

Maksudnya Syabas malas dan tidak serius nak pertingkatkan penghasilan air mentah ( kerja main-main ), Syabas minat nak tingkatkan untung je.

Jawatankuasa yang dah ditubuhkan oleh kerajaan Selangor tu dah hantar laporan pertama kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri  (MMKN) semalam.

Hasil laporan pertama jawatankuasa tu mendapati tiga penemuan utama yang perlu diberi perhatian agar rakyat tahu kedudukan sebenar.

Penemuan ini ialah;

1.      Keupayaan pengeluaran semua 34 loji ialah 4,807 juta liter sehari berbanding  keupayaan agihan SYABAS 4,371 juta liter sehari iaitu lebihan 436 JLH. Ini bermaksud, SYABAS beroperasi di bawah keupayaan sebenar.

2.      Projek Mitigasi I yang telah dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya Mac 2013 akan meningkatkan pengeluaran kepada 5, 139 JLH iaitu penambahan 332 JLH atau lebihan 768 JLH berbanding keupayaan agihan SYABAS.

3.      Fakta peratusan rizab air sebanyak 2 % yang dilaporkan SYABAS tidak tepat dan mengelirukan.  Rizab kapasiti pengeluaran sebenar  pada masa ini adalah 11%  dan akan meningkat kepada 18 % selepas Mac 2013  apabila projek mitigasi siap sepenuhnya.

Faham tak apa maksudnya, macam ni la.

Syabas malas dan tak serius nak selesaikan masalah air dekat selangor, baca fakta pertama, air lebih dari cukup, tapi kalau paip tak cukup, malas nak selenggara memang la air tak sampai dekat pengguna, yang nak catu air pada pengguna tu sebenarnya nak tutup rahsia je kot, rahsia air banyak tapi paip tak cukup.

Sumber : TukangLawan

No comments: