Rentetan
dari dua tuduhan palsu serentak oleh MCA terhadap kerajaan Selangor dan Pulau
Pinang, kedua-duanya pimpinan Pakatan Rakyat, Pemuda DAP hari ini mengutuk
tindakan kotor tersebut dengan menyifatkannya sebagai satu konspirasi politik.
Video Lakonan Chua
Soi Lek
Merujuk
kepada fitnah yang dilemparkan, Ketua Pemuda DAP Kebangsaan Anthony Loke
berkata, Pengerusi MCA Melaka Gan Tian Loo telah menyalah guna imuniti yang ada
di Dewan Undangan Negeri Melaka dengan mengeluarkan pertuduhan terhadap Ketua
Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan isterinya Betty Chew.
“Lim
Guan Eng telah mencabar beliau untuk mengulangi pertuduhannya di luar Dewan
Undangan Negeri tetapi sehinnga sekarang beliau dan MCA gagal untuk
melakukannya.
“Ini
menunjukkan beliau tidak berani untuk mengulangi pertuduhannya kerana tidak
mempunyai sebarang pukti terhadap tuduhannya. Sekali lagi kami mencabar beliau
sekiranya beliau serius terhadap pertuduhannya, sila ulangi pertuduhan tersebut
di luar supaya Lim Guan Eng dan Betty Chew boleh mengambil tindakan
undang-undang terhadapnya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Menurutnya,
sekiranya gagal mengulangi pertuduhan tersebut, Gan Tain Loo akan dilihat oleh
semua pihak sebagai seorang ahli politik yang bacul dan pembohong.
Bagi
Loke, semua dakwaan ini telah diatur kerana telah timbul persoalan bagaimana
sesetengah stesen televisyen dan akhbar (TV3 dan Utusan Malaysia) telah diberi
hak istimewa yang luar biasa untuk masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri untuk
merakamkan keseluruhan prosiding.
Loke
yang juga Ahli Parlimen Rasah turut menjawab kenyataan Presiden MCA Chua Soi
Lek yang menyarankan Guan Eng untuk mengikuti jejak beliau untuk meletak
jawatan.
“Situasi
yang dihadapi Lim Guan Eng tidak sama seperti beliau. Tidak ada video (lucah)
Lim Guan Eng pun. Jangan samakan diri anda dengan Lim Guan Eng,” katanya
merujuk kepada skandal video lucah Chua yang melakukan hubungan seks dengan
seorang waniat ayng bukan isterinya.
“Beliau
(Chua) kelihatan sangat bangga dengan skandal seksnya. Dia meletakkan dirinya
sebagai mempunyai keberanian dan moral politik,” tambah Loke.
Beliau
menjelaskan, MCA yang semakin ditolak oleh masyarakat Cina telah mencipta
fitnah itu kerana terpalit dengan pelabgai skandal kewangan seperti PKFZ dan
penyalahgunaan kuasa serta gagal menepati janji untuk mengumumkan keputusan ke
atas isu sekolah Kuantan Chinese Independent School.
“Mungkin
sebab mereka gagal menyelesaikan masalah ini, mereka terpaksa mengalihkan
perhatian masyarakat dengan melancarkan dua pertuduhan ini serentak,” katanya.
Isu
Kuantan Chinese Independent School merupakan antara isu yang panas dibincangkan
di kalangan masyarakat Cina, malah pada dua minggu lalu MCA telah mengulangi
akan menyelesaikan masalah sekolah terbabit. Tetapi sehingga kini dilaporkan
masih belum berjaya diselesaikan.
Di
Selangor, MCA juga telah membuat tuduhan palsu kononnya kerajaan negeri
Selangor menyalahgunakan wang RM1 bilion tanpa mengemukakan sebarang bukti yang
kukuh.
Sumber– Roketkini.com
Cerita
lanjut baca artikel di bawah :
No comments:
Post a Comment