DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, July 12, 2012

BENARKAH NAJIB DEMOKRAT PALSU?


Oleh : Dr Dzulkefly Ahmad

Setelah disenaraikan dalam kelompok “aukokrat baru” dalam sebuah makalah berjodol “A 21st-century checklist of the new autocrats”, penulisan Mark Mackinnon (terbitan: Jun, Globe and Mail) itu juga mengkategorikan Perdana Mentrei Najib Razak dalam ketegori “Democrat Palsu” atau “False Democrat”.

Tersenarai juga ialah Presiden Russia Vladimir Putin, Palestinian President Palestin Mahmoud Abbas, Presiden Algeria Abdelaziz Bouteflika, Perdana Menteri Ethiopian Meles Zenawi, PM Cambodia Hun Send dan tidak ketinggalan PM Malaysia Najib Razak. Bekas ahli kelab dikatakan terdiri dari Slobodan Milosevic dan Hosni Mubarak.



 Ciri utama kelayakan dalam kelab ini ialah: Pimpinan ini menganjurkan pilihanraya tetapi tidak bersedia untuk melepaskan kuasa sementara menahan serta memenjarakan seteru politik dari pembangkang.

Meskipun pun demokrasi yang mereka amalkan itu palsu dan tempang, tetap pimpinan demokrat palsu ini boleh diturunkan rakyat dalam ruang media dan demokrasi yang sempit itu.
 Di ambang pilihanraya ke-13 yang sangat mencabar buat Najib dan Barisan Nasional, telahan dan “title” barunya tentunya tidak membantu. Sejarah rampasan kuasa di DUN Perak masih segar dalam ingatan umum. Najib wajar mengeluarkan kenyataan bagi membuktkan kesediaan beliau bertarung secara “gentleman” dan seandainya kecundang akan berani berundur secara terhormat sebagai seorang “negarawan” yang disanjung.

Komitmen beliau ke arah ini belum tampak lagi. Sebaliknya segala perhitungan menundakan pembubaran parlimen ditanggapi rakyat sebagai perhitungan licik untuk mengekalkan kuasa. Lebih ngeri lagi apabila rakyat diingatkan dengan retoriknya dengan “biar berkecai tulang dan badan, bercerai jasad dan nyawa Putarjaya tetap akan kita pertahankan”.Komitmen beliau memberikan suara ‘semak-imbang’ dan ‘pertentangan legitimate’ dari pihak pembangkang dan pihak sivil-NGO adalah kunci kepada kayu ukor seorang democrat tulen. Beliau gagal dalam menangani tuntutan dan desakan contohnya BERSIH, Anti-Lynas dan GMI. Kesemua adalah tuntutan yang ‘legitimate’. Beliau tidak perlu teralu gusar bahkan wajar mengurus desakan ini secara ‘engagement’ yang konstruktif bahkan boleh bersekali dalam menganjurkan ‘reformasi’ yang dipinta rakyat.

 Paling jelas kes GMI – Gerakan Mansuhkan ISA. Bertahun-tahun mereka berjuang. Setelah komitmen awal Najib menamatkan undang-undang drakonian, akhirnya ISA dimansuhkan. GMI dan rakyat bersyukur dan berterima kasih. Belum sempat rakyat dan khasnya mangsa memaafkan kesilapan regim yang menganiaya mereka,  pentadbiran Najib merangka Akta Kesalahan Keselamatan 2012 yang lebih zalim dan drakonian.

Terkini, setelah didesak untuk 45 tahanan ISA dibebas atau dihadapkan ke mahkamah, Najib membuktikan bahawa beliau tidak sebenar melalui ‘reformasi minda’ sebenar. Beliau masih buat-buat pekak terhadap 9 orang tehanan yang telah mogok lapar selama berbalas hari. GMI kembali kecewa dan rakyat terus bingung dengan sikap Najib. Lebih mengejutkan bahawa beliau mengaku ISA dimansuh kerana tidak lagi memberi pulangan politik kepadanya, sebaliknya kepada tahanan. Apakah jiwa demokrat palsu terselak dan terdedah?

Bagitu juga halnya dalam ‘transformasi ekonomi dan pentadbiran’. Najib memaparkan dirinya sangat mahukan matlamat GTP atau ‘Program Transformasi Kerajaan’ tercapai, tetapi melakukan segala yang sebaliknya contohnya dalam komitmen kepada ‘tender terbuka’ sebagai lambang kepada ‘ketelusan dan kebertanggungjawaban’ sebuah kerajaan.
Terkini ialah pemberian kontrak dalam LRT-Ampang mengulangi keburukan amalan kronisme dalam pemberian kontrak LRT Kelana Jaya dua tahun lalu. 

Kalau dulu Ingress-Balfour Betty tidak diberikan walaupun telah ditetap oleh Prasarana (SPNB) sebagai yang termurah (RM610 juta) dan punya pengalaman teknikal yang baik. Berulang lagi pemberian kontrak (RM960 juta) yang dikatakan akan diberikan juga kepada Konsortium George Kent yang jelasnya memperolehi markah terendah dalam penilaian teknikal dan gagal di dalam penilaian kewangan. Berbanding 7 pembida, George Kent jauh terkebelakang bukan sahaja di segi berpengalaman teknikal tetapi juga keupayaan kewangan kerana yang lain, ada telah siapkan projek menjangkaui RM5 bilion. Sangat malang.

Najib menangguhkan pembubaran parlimen tentunya untuk memberikan ruang kepada pentadbiranya untuk membaikki imej dan ‘approval rating’nya di kacamata rakyat dan  pengundi. Berapa banyak lagi program ‘bela rakyat’ yang terpaksa dilakukan sebelum beliau berani bubar parlimen?

Demokrat tulen punya batasan dalam memberi ‘hadiah’ yang  tidak menjejaskan ‘reformasi ekonomi jangka jauh’ yang diperlukan negara. Pemberian runcit-runcit tidak mengizinkan rakyat hidup bermaruah bahkan sebaliknya terus meminta-minta dan menanti-nanti. Apakah ini yang mahu dibina oleh seorang pemimpin demokrat dan negarawan tulen?

Sebaliknya semakin lewat beliau tangguh PRU ke-13 semakin ketara bahawa beliau tidak punya komitmen untuk membawa reformasi dan transformasi negara ini ke arah satu prestasi daya-saing yang tinggi dan mengangkat pendapatan rakyat dengan lebih mapan. Tegasnya beliau hanya mahu terus kekal berkuasa.

Kalau begitu, sukar hendak ditolak dakwaan bahawa Najib adalah seorang Demokrat Palsu!
Sumber : HD

Catatan :

Ya benar Najib memang DEMOKRAT PALSU seperti yang disiarkan dalam akhbar Kanada yang mengkategorikan Perdana Menteri, Najib  sebagai "demokrat palsu"(false democrat), dengan meletakkannya sebaris dengan autokrat (diktator) lain dunia.Antara yang tersenarai bersama Najib ialah Presiden Russia Vladimir Putin, Presiden Palestine Mahmoud Abbas, Perdana Menteri Ethiopia Meles Zenawi,  Menteri Kemboja Hun SenSlobodan Milosevic dan Hosni Mubarak yang baru digulingkan dan dihukum penjara seumur hidup.

Antara ciri-ciri utama yang membolehkan Najib mendapat gerlaran tersebut ialah beliau mengadakan demokrasi tapi tidak ada niat untuk melepaskan kuasa. Beliau pembohong mengadakan tranformasi, tetapi pada masa yang sama beliau mengubal undang-undang yang lebih mengancam demokrasi itu sendiri.Kehidupan politik Najib bergantung kepada keupayaan beliau untuk berbohong kepada rakyat setiap masa.

No comments: