Oleh : Aspan
Alias
Isu
persaraan Anwar sekarang menjadi isu yang panas. Sebagaimana yang dijangkakan,
Mahathirlah yang akan memberikan reaksi yang paling awal terhadap pengumuman
persaraan Anwar jika PR gagal mendapat mandat rakyat dalam pilihanraya yang
akan datang ini. Mahathir memberikan reaksi secara sinis yang pengumuman Anwar
itu hanyalah sebagai helah pilihanraya sahaja.
Sebenarnya
itulah yang dikehendaki oleh Mahathir tetapi beliau memberikan reaksi sebegini
kerana beliau (Mahathir) mahukan kepastian yang kata-kata Anwar itu merupakan
satu kenyataan yang benar, berhenti jika PR kalah mengambilalih kerajaan. Saya
rasa sememangnya Anwar perlu berhenti jika gagal mengambilalih Putrajaya itu.
Tetapi Mahathir memberikan reaksi dengan menyamakan sikap beliau kepada Anwar.
Di Selayang
semalam Anwar berkata yang Mahathir terlalu takut beliau (Anwar) akan
merampas harta yang keluarga beliau telah ambil secara tidak betul dan bermoral
dari rakyat selama ini dan itu sememangnya menjadi persepsi rakyat juga. Anwar
menjawab dengan bertanya apa yang beliau (Mahathir) takutkan kerana yang dihina
selama ini adalah beliau sendiri. Yang dipenjarakan adalah beliau dan ditumbuk
serta ditelanjangkan adalah beliau.
Saya tidak
tahu samada Anwar benar-benar serius untuk bersara tetapi apa yang beliau
katakan itu adalah baik kerana semestinya beliau mesti bersara jika PR tidak
berjaya mengambilalih Putrajaya dalam pilihanraya yang akan datang ini. Itulah
semangat demokrasi sebenarnya.
Tetapi
Mahathir pula memikirkan yang Anwar akan melakukan perkara yang sama seperti
beliau (Mahathir) lakukan acapkali selama ini. Mahathir berfikir yang Anwar
adalah seorang pendendam seperti beliau juga jika mendapat kuasa. Anwar berkata
yang beliau bukannya marah kepada Dr Mahathir tetapi beliau (Anwar) tidak
bersetuju kerana rakyat tertindas oleh UMNO terutamanya oleh Dr Mahathir secara
sistematik.
Bagi saya
apa yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat kepada rakyat wajar diberi sambutan dan
ambil janji-janji itu secara positif. Kita tidak boleh menjadi defensif
keterlaluan seperti yang diambil oleh pemimpin-pemimpin BN. Janji Pakatan untuk
memberikan pendidikan percuma kepada rakyat itu wajar diterima secara positif
kerana itu bukannya perkara yang mustahil untuk dijayakan oleh PR jika
memerintah negara ini. Kita tidak boleh bersikap negatif semata-mata kerana BN
tidak mampu atau tidak mahu melaksanakannya.
Tuduhan
Najib, Muhyiddin, Mahathir dan BN yang negara akan bankrap jika rakyat
diberikan pendidikan percuma itu hanya menunjukkan kedhaifan pimpinan BN dalam
isu ini, kerana banyak negara di dunia ini memberikan pendidikan percuma kepada
rakyat mereka. Jika BN tidak mampu untuk melaksanakannya tidak mengapa.
Biar PR yang melaksanakannya. Berikan mandat itu kepada PR buat lima tahun yang
akan datang.
Dalam isu
pendidikan percuma ini kita mesti memberikan mandat kepada yang berjanji dan mampu
melaksanakannya. BN tidak boleh mengambil sikap jika mereka(BN) tidak mampu
melakukannya maka orang lain pun tidak mampu seperti mereka (BN). Pemimpin
UMNO/BN mesti mengakui yang kemampuan seseorang yang dianugerah Tuhan itu
memangnya berlainan tahapnya dengan seseorang yang lain. Itu adalah kenyataan
yang ditunjukkan oleh ‘nature’ dan UMNO tidak boleh membawa rakyat berfikir
seperti mereka (BN).
Contoh dan
bukti yang kemampuan seseorang itu berbeza diantara satu dengan lain itu mudah
kita lihat. Mirzan bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang besar
tetapi beliau kurang kemampuan sehinggakan Mirzan terpaksa menggunakan wang
rakyat hampir RM2 billion pada penghujung tahun sembilan puluhan dahulu untuk
menyelamatkan perniagaan beliau (Mirzan).
Mirzanlah
salah seorang yang telah mendapatkan subsidi terbesar dari rakyat untuk
mengapung dan menutupi ketidak mampuan beliau dalam bidang perniagaan. Rakyat
terpaksa menanggung kerugian anak pemimpin tersohor negara ini. Begitu jugalah
dalam isu pengambilalihan Exxon Mobil oleh anak Mahathir yang sama. Exxon Mobil
diambilalih dengan pengaruh keluarganya dengan harga yang terlalu rendah dari
harga pasarannya dan ini merupakan elemen subsidi yang sangar besar.
Subsidi ini
ditambah pula dengan menggunakan pengaruh keluarga nya lagi dengan memaksa
pihak MAS yang sedang tenat itu untuk mendapatkan bahan bakar bagi syarikat
penerbangan itu dari syarikat Exxon Mobil ini yang sekarang diberi nama baru,
Petron.
Oleh itu
rakyat begitu jemu dengan tanggungan yang diberikan terhadap mereka. Rakyat
yang tertindas tidak henti-henti dipaksa memberikan subsidi dan menanggung
semua kehendak anak-anak Mahathir dan anak-anak pemimpin yang lain. Di
sebaliknya pula kerajaan begitu tidak ikhlas untuk meneruskan pemberian susidi
untuk kehidupan rakyat yang ramai kerana segala peruntukan subsidi itu diambil
oleh keluarga pemimpin-pemimpin UMNO dan BN sekarang ini.
Jika rakyat
menolak BN kali ini, itu sememangnya satu tindakan yang sudah menjadi kewajipan
untuk mereka lakukan. Rakyat sudah tidak tertanggung lagi dengan kerenah
keluarga-keluarga yang menjadi penghisap darah mereka ini. Jika Pakatan
berkuasa, apa yang saya secara peribadi inginkan, ialah untuk memperkuatkan
sistem dan tidak payah berdendam-dendam. Jika kita melakukan dendaman kesumat
saya rasa hampir kesemua pimpinan yang ada pada hari ini yang telah
bersara terpaksa menghabiskan sisa-sisa kehidupan mereka dalam penjara dan
kem-kem tahanan.
Oleh itu
memperkuatkan sistem yang betul dan mudah dilakukan sepatutnya menjadi agenda
utama jika PR mengambilalih kuasa kerajaan negara kita. Biarkan sistem itu yang
mentadbir negara kita. Jika seseorang pemimpin itu terlanggar sistem itu maka
pemimpin itu harus menerima akibatnya. Sistem itu yang akan menentukan siapa yang
akan menghadapi rakyat dan undang-undang.
Seorang
Perdana Menteri yang mengambilalih kerajaan negara nanti jangan porak
perandakan sistem seperti yang dilakukan oleh Mahathir dahulu. Mahathir dahulu
tidak sesuai dengan sistem yang biasa. Beliau melanggar semua sistem demokrasi
dan sistem yang digunakan beliau ialah sistem peribadi beliau sahaja.
Sistem-sistem kehakiman, perundangan, kepolisisan dan yang lain-lain semuanya
dipecahkan oleh beliau dan yang mengambilalih sistem-sistem tersebut ialah sistem
Mahathir…’tepuk dada tanya selera’
Sekarang ini
apa yang ditakuti oleh Mahathir ialah sistem yang beliau bentuk itu akan
memakan diri beliau sendiri. Mahathir lupa yang pihak yang mahu mangambilalih
kerajaan ini bertujuan untuk membina kembali semua sistem yang telah
dirobohkannya semasa beliau memerintah selama 22 tahun dahulu..
Saya rasa
satu lagi perkara yang wajib dilakukan oleh kerajaan baru nanti ialah menubuh
‘Truth Commission’. We want to know the whole truth.
No comments:
Post a Comment