Beku PTPTN: Umno BN amal politik ‘zaman batu’
Dewan
Pemuda PAS Negeri Selangor mengecam tindakan zalim, angkuh dan biadap kerajaan
Pusat terhadap pelajar-pelajar baru Universiti Industri Selangor (Unisel) yang
ingin memohon pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
hanya kerana disebabkan oleh perbezaan ideologi politik di antara Pakatan
Rakyat dan Barisan Nasional.
Hanya
disebabkan ‘dendam politik’ maka Umno dan Barisan Nasional bertindak membekukan
pinjaman kepada pelajar-pelajar Unisel tersebut.
Dewan
Pemuda PAS Negeri Selangor menganggap ‘keseronokan’ Menteri Pengajian Tinggi,
Datuk Mohamed Khaled Nordin di atas arahan untuk ‘membekukan’ pinjaman tersebut
dan kenyataan dangkal Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh
Omar yang menyatakan bahawa pinjaman tersebut akan hanya disambung sekiranya
PKR mengaku salah secara jelas menunjukkan bahawa Umno dan Barisan Nasional
mempraktikkan budaya politik ‘zaman batu’ yang cukup jijik.
Hanya
kerana dendam kesumat disebabkan perbezaan pandangan politik menyebabkan Umno
dan Barisan Nasional hilang pertimbangan kewarasan selaku pemerintah sehingga
sanggup untuk menzalimi rakyat sendiri.
Dewan
Pemuda PAS Negeri Selangor mengingatkan Umno dan Barisan Nasional bahawa
sejarah telah menunjukkan para penzalim akan dibiarkan berleluasa dan
berseronok dengan kezaliman yang mereka lakukan sebelum daripada mereka
‘dijatuhkan’ dengan secara hina oleh Allah Taala tanpa mereka sedari.
Dan
insyaAllah hasil daripada kezaliman Umno dan Barisan Nasional ini, seluruh
rakyat dan para mahasiswa pasti akan bangkit untuk menumbangkan Umno dan
Barisan Nasional di dalam pilihanraya umum yang akan datang.
Dewan
Pemuda PAS Negeri Selangor turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah
dan terima kasih kepada Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar
Selangor di atas kenyataan beliau yang menyatakan bahawa pihak Unisel akan
menggunakan aset mereka untuk membantu menangani kesusahan yang menimpa
pelajar-pelajar tersebut sebagai langkah jangka masa pendek.
Proses
perbincangan dengan pihak kerajaan pusat untuk menyelesaikan masalah ini masih
terus dijalankan.
Semoga
keprihatinan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat
Negeri Selangor akan dapat meringankan beban pelajar-pelajar Unisel yang
dizalimi oleh Umno dan Barisan Nasional.
Juga
sekalung tahniah diucapkan kepada Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy
Jamaluiddin yang turut tidak bersetuju dengan pembekuan pinjaman PTPTN kepada
pelajar Unisel.
Dewan
Pemuda PAS Negeri Selangor menasihatkan Umno dan Barisan Nasional supaya
berubah kepada politik yang lebih matang dan berhemah serta meninggalkan budaya
politik dendam dan fitnah kerana ianya tidak membawa kebaikan kepada
pembangunan masyarakat yang bertamadun.
Sudah
tiba masanya untuk rakyat ‘menurunkan’ Umno dan barisan nasional daripada
tampuk kekuasaan negara kerana mereka kini semakin dikuasai oleh nafsu serakah
untuk terus memerintah kerana hendak menjaga kepentingan diri dan kroni
semata-mata dan bukan lagi memberikan khidmat untuk keselesaan rakyat
seluruhnya.
Rakyat
perlu memberikan sokongan dan undian kepada Pakatan Rakyat untuk menggantikan
Barisan Nasional selaku pemerintah negara bagi merealisasikan pendidikan
percuma kepada seluruh rakyat sepertimana yang diperjuangkan oleh Pakatan
Rakyat.
No comments:
Post a Comment