Written by Viktor Wong,
Malaysia Chronicle
Ada
beberapa pihak yang mengemukakan cadangan mereka agar Jawatankuasa Pilihan
Parlimen (PSC) bagi Pembaharuan Pilihanraya dinaiktarf menjadi satu PSC yang
tetap bagi memerhati dan mengawalselia pembaharuan sistem pilihanraya di negara
ini dalam semua aspek dan jadual perlaksanaan, dan pada masa yang sama PSC itu
juga boleh bertindak sebagai satu badan pemantau dan penasihat kepada
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
Di
pihak SPR pula, menurutnya mereka telahpun mengumumkan dengan begitu cepat
sekali bahawa mereka telah bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya umum
ke-13 (PRU13) yang akan datang pada bila-bila masa. Persoalannya adalah
bagaimana dengan 32 cadangan pembaharuan yang telah dikemukakan oleh PSC bagi
Pembaharuan Pilihanraya sebelum ini?
Apakah
perkembangan terbaru mengenai hasil perlaksanaan 32 cadangan yang diketengahkan
oleh PSC itu? Adakah SPR betul-betul telah menjalankan tanggungjawabnya dengan
perlaksanaan 32 cadangan tersebut? Siapakah yang akan memantau perlaksanaan
pembaharuan tersebut? Inilah persoalan yang masih tidak dapat dijawap oleh SPR
sehingga ke hari ini. Sama ada pihak pengurusan SPR itu degil atau hanya tunduk
kepada arahan para pemimpin Umno dan BN, itu kita tidak dapat pasti.
Pada
bulan Februari 2012 yang lalu, kerajaan pusat BN telah memberi arahan
perlaksanaan agar dakwat kekal itu digunakan pada PRU13 yang akan datang bagi
memastikan agar para pengundi tidak mengundi lebih daripada sekali. Pada hujung
April 2912 pula, SPR telah mengumumkan bahawa pihaknya telah berjaya
mengurangkan bilangan pengundi yang tidak dapat dikenalpasti, tersalah senarai,
tidak wujud, nama palsu dan sebagainya daripada senarai daftar pemilih kepada
40,803 daripada jumlah sebelum ini iaitu pada 42,000 pada Januari 2012 yang
lalu.
Walaubagaimanapun,
sejauah manakah pembaharuan pilihanraya itu telah dilaksanakan dan bagaimanakah
ianya dijalankan masih menjadi tanda tanya dan dipersoal banyak pihak akan
kesahihannya.
Selain
daripada itu, SPR juga didapati tidak serius di dalam menangani masalah senarai
daftar pemilih yang mempunyai ramai pengundi yang tidak dapat dikenalpasti,
tersalah senarai, tidak wujud, nama palsu dan kes-kes terlalu ramai pengundi
yang bermastautin di dalam satu alamat rumah. Ekoran daripada itu, PSC juga
telah mencadangkan agar MIMOS Berhad dipertanggungjawabkan memantau masalah
tersebut dan melaksanakan proses mengemaskinikan senarai daftar pemilih. Namun
begitu, cadangan tetap cadangan dan ianya masih belum dilaksanakan sehingga ke
hari ini.
PSC
sebelum ini juga telah mengesyorkan agar SPR segera mempamerkan senarai daftar
pemilih kepada umum dalam masa 45 hari sebagai salah satu daripada langkah awal
untuk mengemaskinikan senarai tersebut. Setelah lebih daripada 7 minggu
cadangan PSC itu dikemukakan, SPR masih gagal mengambil langkah tersebut yang
disifatkan rakyat jelata sebagai keterlaluan dan kurang ajar.
Saranan jadikan PSC badan tetap
Oleh
keraa SPR tidak prihatin dan sehingga pada hari ini gagal mengambil
langkah-langkah pembaharuan yang sewajarnya seperti yang telah disyorkan oleh
PSC, jawatankuasa bertaraf parlimen tersebut seharusnya dilantik semula dan
dinaiktarafkan sebagai sebuah badan tetap bagi memantau pembaharuan-pembaharuan
yang perlu dilaksanakan, menjalankan kerja-kerja mengaudit perlaksanaan di
dalam SPR, memeriksa sistem dan pengurusan dari masa ke semasa dan sebagainya.
Walaupun
PSC itu tidak mempunyai kuasa untuk mengarah SPR untuk melaksanakan beberapa
siri pembaharuan tersebut, namum PSC seperti yang telah disebut tadi dapat
memainkan peranan mereka dari segi pemantauan, sebagai juruaudit atau pemeriksa
urus dan pada masa yang sama memberikan penekanan yang berterusan melalui
sidang parlimen agar ianya dapat diajukan kepada SPR sebagai arahan untuk
perlaksanaan tersebut dijalankan.
Selain
daripada itu, hasil usaha dan pengalaman ahli-ahli PSC yang lalu tidak
seharusnya disiar-siarkan dengan begitu sahaja dan peranan mereka wajar
diteruskan bagi memastikan agar perlaksanaan pembaharuan pilihanraya tersebut
dijalankan dengan sepenuhnya.
Kurangnya usaha dan pendekatan politik
Kenapa
apabila ahli-ahli parlimen daripada Pakatan Rakyat mengemukakan beberapa usul agar
SPR dipantau mengenai cadang pembaharuan tersebut, ahli-ahli daripada BN pula
yang menentang keras dengan mengatakan bahawa perlaksanaan pembaharuan di dalam
SPR itu tidak memerlukan campurtangan politik?
Bukankah
telah disahkan baru-baru ini yang pengerusi dan timbalan pengerusi SPR adalah
juga ahli-ahli Umno? Akibat daripada itu, SPR jelas telah diUmnokan.
Dan
jikalau pembaharuan tersebut tidak dipantau dengan desakan-desakan politik,
yakinkah pembaharuan tersebut akan dilaksanakan dengan sepenuhnya? Jawapannya
adalah tidak, kerana sekiranya rakyat biasa atau NGO yang akan memberikan
penekanan tersebut, adakah ianya akan berkesan? Tidak! Kerana SPR akan menjawab
balas dengan mengatakan rakyat jelata dan NGO tidak dapat berbuat demikian
kerana pengurusan dalam SPR adalah tertakluk pada Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Walaupun
ada cadangan agar PSC bagi Pembaharuan Pilihanraya harus dikekalkan dan
dijadikan sebagai sebuah badan tetap, terdapat perbezaan pendapat di kalangan
umum yang mengatakan PSC itu tidak mempunyai pendekatan politik yang berkesan
bagi memastikan agar cadangan dan usulnya digunapakai dengan sepenuhnya.
Oleh
kerana tidak ada undang-undang yang memperuntukan PSC itu untuk menguasai
proses dan perlaksanaan, kerajaan tidak semestinya akan mengikuti segala
cadangan dan usul yang dikemukakan PSC tersebut.
Selain
daripada itu, jumlah keahlian yang terbahagi di antara ahli-ahli parlimen BN,
Pakatan dan Bebas itu juga didapati tidak seimbang. Oleh kerana bilangan
ahli-ahli BN adalah lebih ramai, BN juga dapat mengambil kesempatan dengan
menggunakan majoriti mereka untuk menolak sebarang cadangan dan pendapat yang
dikemukakn oleh ahli-ahli Pakatan dan Bebas.
Dalam
pada itu, secara teknikal, sesebuah PSC itu adalah di bawah parlimen dan jika
sekiranya parlimen dibubarkan, maka PSC itu akan juga terbubar secara
automatik.
Negara
kita ini telahpun mempunyai pelbagai institusi-institusi dan ianya sudah
mencukupi untuk menggerakkan sesuatu perlaksanaan dasar pada umumnya. Namun,
kelemahan pada sistem yang ada sekarang adalah kerana kurangnya pendekatan
politik terhadap usaha-usaha tersebut. Kelemahan tersebut adalah disebabkan
kerajaan BN yang mempnyai majoriti di dalam parlimen tidak dan enggan
menghormati sepenuhnya proses demokrasi tulen dan konsep perkongsian kuasa di
negara ini dengan amalan ketelusan, kejujuran, kecekapan dan akauntabiliti bagi
membolehkan sistem perkhidmatan awam negara ini menjadi sebuah badan
profesional.
Oleh
yang demikian, kita tidak mempunyai pilihan lagi, walaupun rakyat jelata dan para
NGO tidak mempnyai kuasa untuk memantau, namum, rakyat jelata dan para NGO yang
begitu ramai masih mempunyai kekuatan yang tidak terbilang jumlahnya melalui
Bersih 2.0 dan 3.0 dapat berkumpul dan berhimpun secara beramai-ramai di
seluruh negara bagi membantah ketidakprihatinan dan kediktatoran kerajaan BN
yang cuba menyekat dan mengekang amalan demokrasi.
Bagi
mendidik dan memastikan rakyat jelata sedar dan faham akan hak asasi mereka,
Jawatankuasa Pengelola Bersih seharusnya meneruskan beberapa siri program murni
mereka ke seluruh pelusuk tanahair bagi menjelaskan kepada rakyat jelata
mengenai perlunya pembaharuan di dalam pilihanraya itu dilaksanakan dengan
segera bagi memastikan hak mengundi rakyat kita terjamin dan kedudukan politik
negara kita ini tidak terus dicerobohi oleh pendatang asing tanpa izin (PATI)
yang kebanyakannya telah berjaya menyusup masuk ke dalam senarai daftar
pemilih.
Sumber
: Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment