DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, June 8, 2012

SEJAUH MANAKAH KESAHIHAN KERAJAAN BN YANG TERPILIH?


Written by  Viktor Wong, Malaysia Chronicle

Pelbagai khabar angin tersebar baru-baru ini mengenai berkemungkinan besar pilihanraya umum ke-13 (PRU13) akan diadakan tidak lama lagi pada tahun ini dan jika ia benar-benar berlaku, rakyat akan sekali lagi keluar mengundi dan parti yang memperolehi jumlah kerusi parlimen yang paling banyak akan mengambil-alih tampuk pemerintahan kerajaan pusat.

Keputusan PRU yang lalu

Berbalik kepada pilihanraya umum ke-12 (PRU12) yang diadakan pada tahun 2008 yang lalu, daripada jumlah pengundi berdaftar seramai 10.9 juta orang, dilaporkan hanya 70 peratus sahaja yang telah keluar mengundi pada pilihanraya tersebut.

Berdasarkan keputusan PRU12 yang lalu, Barisan Nasional (BN) memperoleh lebih kurang 52 peratus undi dan memenangi 140 daripada 222 kerusi parlimen, manakala Pakatan Rakyat (PR) pula berjaya memperoleh 48 peratus undi dengan kemenangan sejumlah 82 kerusi parlimen.

Bagaimanapun, 30 peratus daripada 10.9 juta pengundi berdaftar tidak keluar mengundi pada hari tersebut. Jika sekiranya kadar tersebut diambil kira, BN hanya memperoleh sokongan pada 36 peratus sahaja, manakala PR pula 34 peratus.

Dan jika kita berpandukan pula dengan jumlah yang merangkumi 4 juta rakyat Malaysia yang berumur 21 ke atas dan tidak mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi, peratusan sokongan yang BN dapat hanya pada kadar 26 peratus, manakala PR pula akan mendapat 25% daripada itu.

Statistik daripada PRU12 jelas menunjukkan bahawa kedua-dua gabungan parti-parti kerajaan dan pembangkang hanya memperoleh kadar undi yang lebih rendah daripada jumlah pengundi berdaftar yang tidak keluar mengundi.

Oleh itu, persoalannya adalah, sejauh manakah kesahihan kerajaan BN yang ada sekarang untuk mendakwa diri mereka berhak untuk berkuasa dan memerintah negara ini? Hakikatnya adalah sejumlah besar rakyat Malaysia yang tidak mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi merangkumi kadar lebih kurang 27 peratus daripada jumlah mereka yang layak mengundi pada keseluruhannya.

Dengan itu, kedua-dua gabungan parti-parti kerajaan dan pembangkang hanya memenangi peratusan undi yang lebih rendah daripada yang dijangka oleh kerana agak ramai sekali rakyat Malaysia yang telah mencapai umur 21 tahun ke atas tidak mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi.

Kedudukan di dalam DBKL

Marilah kita memerhati dengan terperinci mengenai kedudukan perwakilan di dalam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di mana kesahihannya sebagai “pemerintah” yang sah boleh dipersoal haknya jika dipandang dari sudut demokrasi yang sebenarnya.

Di dalam PRU12 yang lalu calon-calon PR telah memenangi 10 daripada 11 kerusi parlimen yang ditandingi di kawasan-kawasan di dalam bandaraya Kuala Lumpur, tetapi tidak mempunyai seorang pun wakil PR di dalam lembaga penasihat DBKL. Ahli-ahli lembaga penasihat DBKL adalah dilantik oleh kerajaan persekutuan BN sejak pembentukan bandaraya Kuala Lumpur pada tahun 1972.

Ketua pemuda Gerakan Lim Si Pin adalah merupakan satu-satunya wakil BN yang menganggotai lembaga penasihat DBKL yang menasihati Datuk Bandar Kuala Lumpur di dalam urusan dan pentadbirannya pada setiap hari. Di dalam PRU12 yang lalu, Lim kalah kepada calon PKR Tian Chua hanya memperoleh sejumlah 20,330 undi. Peratusan yang Lim hnaya perolehi adalah hanya pada kadar 4.08 peratus sahaja.

Dengan hanya peratusan sokongan pada kadar 4.08 peratus sahaja, Lim berupaya untuk mempengaruhi urusan, dasar dan perjalanan pentadbiran DBKL yang mengurus ibunegara tersebut jika dibandingkan dengan ahli-ahli parlimen PR yang telah dipilih oleh rakyat.

Selain daripada itu, Datuk Bandar juga adalah merupakan seorang penjawat awam yang dilantik oleh kerajaan persekutuan.

Sejumlah 497,741 pengundi berdaftar mengundi untuk memilih 11 ahli parlimen di dalam kawasan metropolitan tersebut, dan daripada jumlah tersebut PR memperoleh sebanyak 308,377 undi iaitu 62 peratus berbanding dengan BN yang hanya mendapat 38 peratus.

Daripada statistik yang telah diketengahkan itu, ianya dengan jelas menunjukkan bahawa penguasaan kerajaan BN terhadap pentadbiran bandaraya Kuala Lumpur sememangnya bertentangan dengan amalan demokrasi dan kehendak rakyat yang bermastautin di bandaraya tersebut.

Pulihkan pilihanraya kerajaan tempatan

Bagi membentuk suatu perwakilan peringkat perbandaran yang akauntabel serta berasaskan kepentingan dan kehendak rakyat, cadangan untuk mengadakan pilihanraya kerajaan tempatan wajar diambil perhatian dan perlu dipulihan dengan segera.

Usaha untuk memulihkan pilihanraya kerajaan tempatan adalah merupakan manifesto PR di dalam PRU12 yang lalu dan tajuk tersebut dijangka akan terus menjadi bahan kempen yang utama di dalam PRU13 yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Sejak PR berjaya menawan negeri Selangor dan Pulau Pinang pada tahun 2008, kedua-dua kerajaan negeri telah menunjukkan inisiatif dan usaha mereka untuk memulihkan pilihanraya kerajaan tempatan di negeri masing-masing. Pulau Pinang secara umumnya telah mengadakan satu pemilihan berbentuk pilihanraya terhad di mana beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengelola pengundian tersebut untuk memilih wakil-wakil daripada kalangan NGO untuk menduduki kerusi-kerusi ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang telah diperuntukan untuk golongan tersebut.

Baru-baru ini juga, kerajaan negeri Pulau Pinang juga telah membentangkan Rang Undang-undang Pilihanraya Kerajaan Tempatan pada sidang Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan pilihanraya peringkat kerajaan tempatan diadakan.

Walaubagaimanapun, sehingga kini Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) masih enggan memberikan kerjasama untuk menguruskan pilihanraya kerajaan tempatan tersebut dan kerajaan negeri sedang menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap SPR di atas keengganan mereka untuk menguruskan pilihanraya tersebut.

Di pihak SPR pula, pihaknya telah memberikan alasan bahawa undang-undang pilihanraya kerajaan tempatan telah dibeku dan dimansuhkan berikutan warta yang dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan pada tahun 1976 dan oleh itu pilihanraya kerajaan tempatan hanya dapat dipulihkan jika satu rang undang-undang diusulkan di parlimen.

Di negeri Selangor pula, kerajaan negeri tersebut juga telah melancarkan usaha tersebut dengan suatu bentuk pilihanraya kerajaan tempatan secara olok-olok untuk memilih 30 peratus ahli-ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebagai suatu langkah awal percubaan.

Walaubagaimanapun, pilihanraya kerajaan tempatan ini akan hanya dapat diadakan dengan lebih berjaya selepas PRU13 yang bakal diadakan pada tahun ini.

Umumnya, kedua-dua BN dan PR perlu memberikan perhatian yang lebih serius terhadap pilihanraya kerajaan tempatan ini. Proses demokrasi peringkat kerajaan tempatan ini adalah merupakan suatu saluran di mana kehendak harian rakyat jelata perlu diambil kira secara lebih menyeluruh di peringkat politik tempatan.

Jikalau rakyat Malaysia memandang langkah pemisahan kuasa politik di antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan-kerajaan negeri adalah perlu, ianya juga perlu dilanjutkan ke peringkat kerajaan tempatan. Parti-parti yang kalah dalam pilihanraya peringkat negeri atau persekutuan bolehlah mengekalkan kedudukan relevan dan pengaruh mereka dengan berusaha memenangani kerusi-kerusi di dalam pilihanraya peringkat kerajaan tempatan.

Dengan adanya sistem pilihanraya kerajaan tempatan ini, ianya akan dapat membantu parti-parti yang tidak memerintah untuk terus memainkan peranan mereka untuk kepentingan rakyat dan pada masa yang sama mengekalkan kedudukan mereka di mata umum secara relevan serta mengelakkan parti-parti yang memerintah daripada memonopoli sepenuhnya kuasa mutlak untuk memerintah.

2 comments:

Amuraria said...

NAMPAK MACAM ALA-ALA KOMUNIS TERSELINDUNG NIH UMNO-APCO-BN PUNYA KERJA! KUASA YANG TAK CUKUP POPLAR TAPI MASIH MENGUASAI DENGAN CARA KUKU BESI YANG AMAT LICIK ! SEMUA HANYA KERANA HABIS DIMONOPOLI BERBAGAI JABATAN,AGENSI & PERUNDANGAN. ABU SAJA JAWABNYA !

Tun_Telanai said...

Sokong pandangan sdr. Kita perlu kerja lebih kuat lagi untuk memahamkan lebih ramai lagi rakyat yang didakyahkan alat propaganda umno-apco ni.