DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, June 21, 2012

RM26.1 JUTA WANG RAKYAT UNTUK LAWATAN NAJIB KE LUAR NEGARA


DAP mempersoalkan tindakan kerajaan Barisan Nasional membelanjakan hampir RM26.1 juta bermula April 2009 hingga Mei 2012 yang melibatkan Perdana Menteri dan pegawai-pegawainya untuk lawatan ke luar negara.


Setiausaha Hal-Ehwal Antarabangsa DAP Liew Chin Tong berkata, perbelanjaan itu amat besar bagi negara Malaysia yang mana rakyat masih memerlukan pembelaan dan bukannya membelanjakan wang rakyat untuk pemimpin negara membuat lawatan ke negara-negara asing.

Beliau juga kesal kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz tidak menjawab soalannya di Parlimen secara terperinci. Liew yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera telah meminta kerajaan menjelaskan kepada rakyat apakah manfaat dari lawatan-lawatan  tersebut kepada Malaysia dan rakyat Malaysia.

Dalam jawapan bertulis kepadanya, Nazri hanya menjawab bahawa sebanyak 74 lawatan yang telah diadakan dari 2009 hingga 2012.

“Hampir RM26.1 juta telah dibelanjakan dan seramai 1108 bilangan pegawai  turut terlibat  dalam lawatan tersebut.”

Pada 14 Jun lalu, Ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok telah mengemukakan soalan bertulis kepada Kementerian Kewangan mengenai lawatan kerja Perdana Menteri Amerika dan Eropah.

Nazri yang turut memberi jawapan bertulis menjelaskan bahawa lawatan Najib itu selama 11 hari pada bulan Mei lalu memakan belanja RM3 juta

2 comments:

Anonymous said...

Itu namanya PM haram jadah. Rasanya melantik PM dari kalangan kafir, jauh lebih berintegriti dan beramanah untuk membelanjakan wang rakyat dari melantik individu yang nama sahaja islam tetapi perangai dan kepala penuh dengan tahi dan penyangak, jauh lebih hina dari kafir lahanat. Tiada bezanya kita melantik PM dari kalangan penyamun dan perompak rasanya lebih baik dan mulia kerana kita dah tahu akan personaliti mereka lalu kita akan berwaspada sentiasa dari melantik Melayu yang selalu bercakap tentang bangsa, tetapi dia lah peruntuh bangsa dan agama di negara ini.

Tun_Telanai said...

Saya bersetuju namakan Najib sebagai PM HARAM JADAH.