DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, June 19, 2012

RIBUT SCORPEAN MELANDA MALAYSIA-POLIS DAN SPRM BUAT PEKAK BADAK KERANA IA MELIBATKAN NAJIB


Mahkamah Luar negara sudah mula pun bicara hal berkaitan skandal Scorpean yang melibatkan Najib Razak dan Razak baginda, tapi kes ini kalau cerita pada orang kampung, ramai yang tidak tahu, ini semua peranan media yang menutup isu ini dari perhatian umum.


Bila kes ini sudah mula dibicarakan di mahkamah negara luar, bermaksud ini bukan satu tuduhan tidak berasas, memang ada kes kerana ianya sudah menjadi perhatian antarabangsa.

Sehubungan dengan itu, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) membuat laporan polis seluruh negara agar siasatan dan pendakwaan berhubung penglibatan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak dalam skandal urus niaga pembelian kapal selam Scorpene dan penjualan dokumen rasmi pertahanan negara dimulakan segera.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, setakat ini 10 negeri selesai membuat laporan manakala selebihnya akan menyusul sehingga Jumaat ini.

Laporan tersebut digerakkan melalui jentera AMK Negeri yang diketuai Ketua AMK Negeri masing-masing.

Shamsul berkata, laporan turut dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar membuka kertas siasatan sebagai langkah susulan jika tiada respon segera dan telus oleh pihak PDRM kerana didapati adanya elemen rasuah.

Laporan polis dan SPRM adalah untuk memastikan agar kasus berprofil tinggi yang melibatkan Najib Razak termasuk pihak berkaitan dengan kes penyelewengan paling korup dalam sejarah politik negara ini tidak ditutup dan tidak terlepas daripada muka pengadilan akibat kesalahan penggunaan kuasa dan pengaruh politik sewenang-wenangnya” katanya dalam satu kenyataan

AMK sehubungan itu menyelar tindakan Perdana Menteri dan mereka yang terlibat dalam perbuatan jenayah dagangan di mana ianya melibatkan jumlah transaksi melampau bagi tujuan peribadi serta sanggup menjual kehormatan negara. 

Baca juga artikel di bawah :
Khairi Perli Najib Terang-terangan

Sumber : TukangLawan

No comments: