Oleh : Aspan
Alias
Berbagai-bagai
analisis yang kita dengar berhubung dengan keputusan pilihanraya yang akan
datang ini. Banyak pihak yang membuat analisis ini secara formal atau secara
rambang berdasarkan kepada ‘mood’ yang berada di bawah ini. Saya tidak membuat
apa-apa analisis secara formal tetapi saya tahu PR akan menawan mandat rakyat
kali ini. Lain-lain perkataan ianya adalah pertukaran kerajaan dari BN kepada
Pakatan Rakyat.
Pertukaran
ini tidak boleh dianggap ganjil kerana mana-mana kerajaan akan bertukar
akhirnya jika kita memilih demokrasi sebagai cara pentadbiran negara. Negara
yang tidak demokratik pun mesti mengalami pertukaran kerajaan tetapi
negara-negara seperti ini selalunya berhadapan dengan keadaan huru-hara sebelum
pertukaran itu dapat dilakukan.
Di
negara-negara Arab demokrasi tidak wujud dan kebanyakan negara rantau itu dikuasai
oleh ‘absolute monarchy’ yang autokratik. Tetapi dengan berlakunya ‘Arab
Spring’ baru-baru ini di beberapa buah negara rantau itu, terbukti bahawa
kerajaan tetap bertukar walaupun cara mana sekali sesebuah negara itu
diperintah. Memang ‘natural’ yang segala-galanya akan berubah dan tidak ada
yang kekal. Perubahan merupakan fenomena yang tidak dapat kita elakkan di dalam
dunia ini.
Begitu juga
di negara kita...perubahan itu nampaknya sudah tidak dapat dielakkan lagi. Kita
tidak boleh menganggap yang apa yang berlaku di tempat dan negara lain tidak
akan berlaku di negara kita. Bermacam-macam analisis sedang kita dengar di
mana-mana. Ada yang mengatakan bahawa BN akan menang dalam PRU ini tetapi
kemenangannya amat tipis, lebih tipis daripada apa yang dicapai oleh Pak Lah
pada tahun 2008 yang lalu.
Sesetengahnya
pula berpendapat bahawa PR akan berjaya mendapat mandat dari rakyat dengan
majoriti yang tipis. Walau apa pun pandangan banyak pihak lain saya tetap
merasakan bahawa BN kali ini akan direhatkan oleh rakyat untuk mengambil masa
memperbaiki 'penyakit-penyakit terminal' yang dihadapi oleh ‘coalition’ itu
setidak-tidaknya selama tempoh lima tahun.
Kali ini
rakyat pula yang akan membetulkan segala kesilapan dan kesalahan kerajaan yang
memerintah hari ini. Rakyat telah sedar bahawa jika mereka (rakyat) tidak
melakukan sesuatu untuk kepentingan rakyat dan negara mereka (rakyat) khuatir
yang negara kita akan mengalami apa yang dialami oleh banyak negara yang hancur
lebur kerana kelalaian semua pihak untuk menjaga negara mereka dengan baik dan
bertanggungjawab.
Rakyat mahu
kembalikan negara ‘back to basic’. Rakyat mahukan mereka (rakyat) diberikan
keamanan dan kesenangan berfikir. Rakyat mahukan tiada lagi kegiatan tidak
bertanggungjawab pemerintah berlaku dengan sewenang-wenangnya di hadapan mata
mereka kerana itu semua menyemakkan pandangan dan kehidupan mereka. Rakyat yang
sudah lama bersabar dengan tingkah dan laku UMNO Baru serta BN sejak hampir
tiga dekad yang lalu sudah hilang kesabaran dan mereka telah membayangkan
dengan jelas yang kali ini adalah giliran mereka untuk membetulkan keadaan
buruk ini.
Rakyat tidak
mahu lagi mereka dipecah dan diperintah oleh BN lagi. Mereka mahu bersatu
tetapi bersatu di luar BN khususnya UMNO Baru. Rakyat sudah tidak lagi mahu
mendengar hujah-hujah UMNO Baru untuk meminta rakyat mengekalkan mereka kerana
mereka sudah jemu dengan hujah yang sama sejak puluhan yang lalu. Setiap kali
pilihanraya sampai UMNO Baru selalu memainkan isu perkauman dan UMNO Baru
merasakan jika ada perpecahan di antara kaum, itulah kesempatan bagi mereka
(UMNO) Baru untuk mengambil kesempatan menyatukan rakyat khususnya orang Melayu
untuk terus mendokong mereka tanpa had.
Sudah
terbenam dalam benak pimpinan UMNO Baru yang orang Melayu khususnya boleh
ditakut-takutkan dengan isu perkauman dan UMNO Baru tidak putus-putus mahu
mengekalkan perasaan takut orang Melayu untuk menghadapi kehidupan masa depan
tanpa UMNO Baru. Mereka diyakinkan yang ‘there is no life’ after UMNO Baru.
UMNO Barulah segala-galanya. UMNO Barulah yang berhak untuk menentukan baik
buruk kehidupan orang Melayu dan UMNO Barulah yang menjadi penentu selamat atau
tidaknya kehidupan orang Melayu.
Kuasa
politik yang dipegang oleh UMNO Baru dimanipulasi oleh pemimpin-pemimpin dan
kroni-kroni pimpinan dan yang amat menyakitkan hati rakyat ramai ialah
keputusan parti dan pimpinan ditentukan oleh ‘seekor dua’ kroni yang berada di
sekiling pucuk pimpinan negara. Sementara mengaut segala kekayaan negara,
mereka memberikan cebisan kepada rakyat yang dibiarkan berada di dalam budaya
menadah tangan memohon ikhsan dari pemimpin yang mereka (rakyat) berikan mandat
itu.
Rakyat
digula-gulakan dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, maka
beraturlah rakyat di tengah panas terik matahari untuk mendapatkan tempias
daripada kekayaan kroni-kroni ini. Dengan RM500 itu dapatlah rakyat membasahkan
tekak untuk beberapa hari, tetapi oleh kerana kekeringan tekak rakyat sejak
beberapa lama itu jumlah yang sejemput itu ibarat menyiram secawan air di
padang pasir yang kering kontang sahaja.
Lepas ini
pula akan dikeluarkan sedikit lagi bantuan BR1M ini dan ini sajalah caranya
UMNO Baru untuk mempertahankan kuasa…beli, beli dan membeli sokongan. UMNO Baru
sentiasa membeli perasaan rakyat, dan jiwa orang ramai. Bagi UMNO Baru pimpinan
Najib ini cara yang paling mudah tanpa menggunakan pemikiran, ialah dengan
membeli perasaan rakyat. Apabila duit yang sejemput itu rakyat dileterkan
supaya menggunakan wang itu dengan berhemah dan berwasatiyah.
Dalam
ramai-ramai manusia di negara ini adakah Najib orangnya yang betul untuk
menasihatkan orang lain untuk berbelanja secara wasatiyah? Kalau Tok Guru Nik
Aziz yang bercakap tentang wasatiyah ini, boleh juga diterima. Tetapi Najib
yang telah membelanjakan wang rakyat untuk kegunaan beliau sendiri yang
berjumlah berbillion-billion ringgit itu tidak layak untuk bercakap tentang
berbelanja secara wasatiyah itu.
Bagi Najib
kita semua mesti berbelanja secara wasatiyah tetapi beliau membelanjakan wang
rakyat seperti wang ibu bapa beliau sahaja…tanpa malu dan silu. Beliau tidak
sedar bahawa rakyat sedang memerhatikan tingkah beliau setiap waktu dan masa.
UMNO Baru
sedar bahawa rakyat sudah jemu dengan kehadirannya sekarang. Dalam keadaan keadaan
ini UMNO Baru dan pimpinan sudah hilang segala punca untuk meyakinkan rakyat
sekali lagi. Apabila seorang pimpinan kehilangan punca maka segala tindakan
mereka tidak akan lagi tepat dan betul. Seseorang yang dalam kegelisahan akan
selalunya kehilangan punca dan hidayah.
Kalau pun
mereka terjumpa dengan ‘formula’ yang baik, masa tidak mengizinkan lagi kerana
untuk meyakinkan rakyat ia memakan masa yang panjang. Itu sebabnya kita membaca
setiap hari, banyak kali pemimpin-pemimpin bercakap bercanggahan di antara satu
dengan lain dan ini membuatkan rakyat bertambah keliru. Hidup dalam keadaan
was-was adalah tegahan agama kita…bagaimanakah UMNO Baru untuk meminta rakyat
ramai untuk menyokong mereka tanpa was-was sedangkan mereka sendiri dalam
keadaan was-was dalam semua keputusan penting terus-terusan.
Segala
tindakan pimpinan adalah dalam keadaan was-was sentiasa dan itu jugalah yang
membuatkan mereka (pimpinan) sentiasa ‘flip-flop’ dalam banyak keputusan
penting yang mereka ambil.
“In
actuality UMNO Baru leaders have lost all plots to manage the nation,” kata
seorang pemimpin UMNO Baru itu sendiri dalam pertemuannya dengan saya baru-baru
ini.
“Bro, I
appreciate your courage and your intelligibility of thought by joining DAP,”
katanya kepada saya serius.
No comments:
Post a Comment