Di
Pulau Pinang, Umno bersama sama dengan Perkasa dan Pekida menjerit terlolong,
terpekik sampai putus urat kentut, berdemo kerana dikatakan YAB Lim Guan Eng KM
Pulau Pinang, menjual tanah perkuburan, tapi depa diam bila Guan Eng
mengeluarkan 20 juta ringgit untuk membeli tanah yang dimiliki oleh orang bukan
Islam, dan kemudiannya dijadikan tanah perkuburan Islam.. Orang Umno kena
tengok laporan ini.
“Ia merupakan kes yang jarang berlaku di mana tanah bukan Islam diambil untuk tujuan perkuburan Islam di Pulau Pinang. Dari 3.208 ekar tanah yang terlibat, 1.55 ekar akan dijadikan tanah wakaf perkuburan manakala baki 1.657 ekar akan dijadikan perumahan am rakyat setempat yang menelan belanja RM60 juta lagi.”
Kemudian, orang Umno kena tengok pula gambar dibawah ini.
“Ia merupakan kes yang jarang berlaku di mana tanah bukan Islam diambil untuk tujuan perkuburan Islam di Pulau Pinang. Dari 3.208 ekar tanah yang terlibat, 1.55 ekar akan dijadikan tanah wakaf perkuburan manakala baki 1.657 ekar akan dijadikan perumahan am rakyat setempat yang menelan belanja RM60 juta lagi.”
Kemudian, orang Umno kena tengok pula gambar dibawah ini.
Dalam Daerah Larut Matang, satu lot tanah yang telah dikhaskan untuk tanah perkuburan Orang Islam seluas 1.18 hektar (3 ekar) telah dimansuh wartakan. Orang-orang Larut kena semak kawasan ini sebab takut nanti, jadi macam penduduk di Redang Sawa, Tualang Sekah. Depa keluar duit untuk bersihkan tanah, tiba-tiba tanah diberikan kepada orang lain.
Pasal apa Zambry ambil balik tanah kubur ini? Bukan satu kes, tapi kat bawah ni lagi satu.
Seluas 25.69 hektar (63.4 ekar) kawasan yang telah dikhaskan untuk Tanah Perkuburan Orang Islam dalam Daerah Kinta juga telah dimansuhkan baru-baru ini…dan telah diwartakan pada 5 Januari 2012.
Mintak lah kepada orang-orang Umno, cuba tengok balik MB kamu ni, apa yang dia dah buat. Yang admin tau, dia tengah sibuk dok menjual tanah sekarang sebab dia tau dia tak akan jadi MB lagi selepas ini. Ini baru dua lot tanah kubur.
Semenjak Zambry Kadir menjadi Menteri besar pada Mac 2009, dia telah memansuhkan lebih 8,000 hektar (25,000 ekar) hutan simpan. Habis kawasan balak di Perak dikerjakan oleh Zambry...
BENARLAH SKRIP DALAM FILEM ALLAHYARHAM TAN SRI P. RAMLEE.. ALI BABA BUJANG LAPOK... KASSIM BABA BERKATA APABILA MENYAMUN HARTA PENYAMUN... TAYAR BURUK KALAU DIJUAL PUN ADA HARGA DA... NASIB BAIK KAU PANAS.. KALAU TIDAK KAU PUN AKU KEBAS...
No comments:
Post a Comment