Berapa banyak pula amalan
buruk UmnoBn?,….
Rakyat tidak
boleh berharap kepada pembangkang untuk menentukan masa hadapan mereka kerana
pembangkang mengamalkan tiga nilai buruk iaitu janji tidak perlu ditepati, budi tidak
perlu dihargai dan hutang tidak perlu dibayar, kata Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak.
PR
tidak menepati janji? Mengarut !,. ini satu tuduhan yang TIDAK BENAR
! Banyak kemajuan telah dibuat,.. banyak janji telah ditunai. Lihat saja
di Pulau Pinang dan Selangor ! Tentang budi,.. siapa kata PR tak kenang
budi? Kalau yang berbudi itu orang baik-baik tak ada sebab mereka tak
kenang, tetapi kalau yang berbudi itu perompak dan penyangak !,.
faham-fahamlah!!
Satu lagi
tuduhan Najib,... Pakatan Rakyat amalkan budaya tak mahu bayar hutang?! Hoi
Najib! janganlah nak buat fitnah! Jangan cuba nak membohongi atau mengelirukan
rakyat. Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia mahu satu dasar baru, iaitu dasar
pelajaran percuma dengan mengahapuskan PTPTN. Tak ada kena mengena dengan soal
hutang atau tak mahu bayar hutang!! Kalau bercakap pasal tak mahu
bayar hutang jangan tuduh orang PR. kerana mengikut rekod ramai orang Umno cuba
nak lari atau sudah lari dari hutang! lalu kerajaan yang tolong bayar. Contoh,..
Tajudin Ramli(Mas), Sharizat Jalil (NFC) anak Mahathir dan ramai lagi.
Nampak
sungguh Najib sedang berusaha keras untuk memutarbelitkan kenyataan dan
kebenaran. Najib tanpa rasa malu terus nak menipu rakyat, padahal Pakatan
Rakyat sudah membuktikan kesungguhan. Pakatan Rakyat telah pun
menunaikan sebahagian besar janji kepada rakyat, sebagaimana yang
berlaku di empat buah negeri, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.
Mari kita lihat pula amalan buruk UMNO
1.Menanam dan menyuburkan
semangat perkauman
2.Mengambil kesempatan
mengikis tanah rezab dan hak istimewa orang Melayu
3. Memperalatkan Islam
untuk kepentingan UmnoBn
4. Mengamalkan budaya
rasuah dan penyelewengan kuasa 5.
Mengamalkan budaya fitnah dan menipu
6. Matlamat berpolitik
semata-mata untuk wang
7. Mengutamakan perut
sendiri, keluarga dan kroni.
PERTIMBANGKANLAH
KEBURUKAN PR DENGAN BN - MANA LEBIH BERAT - TAPI INGAT ! - JANGAN GUNA
PENIMBANG / DACING BN KERANA DACING BAGHDAD ITU SUDAH KETINGGALAN
ZAMAN,.. SENGET SEBELAH DAN KIAN REPUT !!
No comments:
Post a Comment