KUALA
LUMPUR: Selepas menang dua saman terhadap Utusan sebelum ini, Lim Guan Eng
memfailkan lagi saman terhadap akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, News
Straits Times dan Pertubuhan Pribumi Melayu Perkasa (PERKASA) berhubung laporan
fitnah yang disiarkan.
Kali ini
beliau menuntut RM50 juta dari media Umno berkenaan.
Dalam sidang
media di Parlimen semalam, beliau menegaskan, laporan yang disiarkan itu
menuduh seolah-olah beliau adalah pengkhianat negara dengan menjual maklumat
kepada negara asing.
“Kedua-dua
surat khabar dan Utusan memohon maaf kepada Datuk Kalimullah Hassan berhubung
perkara ini tetapi saya tidak faham kenapa kedua-dua akhbar ini tidak memohon
maaf kepada saya,” kata Guan Eng.
Tuduhan itu
adalah berkenaan dakwaan wujudnya pertemuan di antara Guan Eng dengan pemimpin
tertinggi di Singapura khususnya daripada PAP dalam satu majlis makan malam
yang diadakan di negara itu.
Kata Guan
Eng, saman malu itu dibuat kerana dakwaan yang dilemparkan amat serius.
“Menuduh
saya menjual maklumat rahsia negara adalah dakwaan serius kerana kalau benar
dituduh menjual rahsia negara itu adalah perbuatan khianat yang akan dihukum
dengan hukuman yang berat (hukuman gantung).
“Saya
terpaksa mengambil tindakan, ini bukan kali pertama Utusan Malaysia membuat
tuduhan seperti ini, ia adalah usaha untuk mempertahankan nama baik saya,”
katanya.
Mahkamah
Tinggi Pulau Pinang pada 14 Disember tahun lalu mendapati Utusan memfitnah Lim
Guan Eng dan diarahkan membayar RM200,000 kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu
ekoran laporan fitnahnya.
Mahkamah itu
juga mendapati Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak anti Melayu atau anti Islam
tetapi itu adalah niat buruk Utusan.
Sebelum itu,
pada 22 Jun, kerana laporan kononnya Lim Guan Eng mahu menghapuskan Dasar
Ekonomi Baru (DEB), Mahkamah Tinggi Pulau Pinang juga mendapati lidah rasmi
Umno, Utusan Malaysia, telah melakukan fitnah.
Justeru,
mahkamah mengarahkan Utusan membayar pampasan RM200,000 kepada Ketua Menteri
Pulau Pinang itu serta RM20,000 kos mahkamah.
Guan Eng
menyaman Utusan terhadap satu tulisan bertajuk “DEB: Guan Eng Tetap Berdegil”
bertarikh 15 Mac 2008 yang mendakwa kononnya Setiausaha Agung DAP tersebut mahu
menghapuskan DEB.
No comments:
Post a Comment