Dr
Zulqarnain Lukman,
|
Beberapa
laporan akhbar pada 31 Mei (hari ini) menyiarkan berita bahawa Timbalan
Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyatakan bahawa gambar karikatur
tidak dibenarkan sepanjang tempoh kempen PRU 13 nanti. Dalam respon segera oleh
kartunis terkenal, Zunar beliau mengatakan bahawa beliau akan terus
berkempen menggunakan karikatur.
Pertamanya,
agak tidak tepat laporan Utusan dan Bernama itu kerana semakan saya mendapati
tidak wujud Akta Pilihan Raya 1994. Yang ada adalah Akta Pilihan Raya 1958.
Tetapi kandungan seksyen 4(a) itu tidak menjurus kepada maksud pengharaman itu.
Saya fikir mungkin wartawan tersalah dengar atau tersalah catat. Yang
sebenarnya mungkin seksyen yang menjadi taruhan Timbalan Pengerusi SPR adalah
seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Seksyen tersebut menyatakan:
Kesalahan
mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan
4A.
(1) Mana-mana orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan
raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui
mana-mana orang lain bagi pihaknya, melakukan apa-apa perbuatan atau
membuat apa-apa pernyataan dengan tujuan atau dengan kecenderungan untuk
mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati atau pemusuhan antara orang
yang terdiri daripada kaum yang sama atau kaum yang berlainan atau
daripada golongan yang sama atau golongan yang berlainan penduduk
Malaysia untuk mendorong mana-mana pemilih atau pengundi supaya mengundi
atau tidak mengundi dalam sesuatu pilihan raya atau untuk mendapatkan
atau berusaha untuk mendapatkan mana-mana orang dipilih boleh, apabila
disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda
tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan dan didenda
kedua-duanya.
Seksyen
ini tidak menyatakan samada karikatur atau banner atau poster atau gambar yang
menjadi kesalahan. Yang menjadi kesalahan adalah mengembangkan perasaan jahat
atau permusuhan antara kaum yang sama atau berlainan. Justeru, hujah Timbalan
Pengerusi SPR itu jelas tidak relevan.
Selain
itu, apakah yang dimaksudkan 'mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati
atau permusuhan'. Apakah karikatur sahaja sudah cukup untuk mengembangkan
perasaan jahat. Bagaimana pula dengan anak-anak kita. Nampaknya semasa musim
pilihan raya nanti anak-anak sudah tidak boleh melihat karikatur di televisyen
lagi jika ini tafsiran SPR. Sebab itu, saya mendapati hujah Timbalan
Pengerusi SPR itu amat tempang. Itu belum lagi dipersoalkan apakah kuasa SPR untuk
memberikan takrifan kepada seksyen 4A ini kerana setahu saya, hanya Mahkamah
yang diberikan kuasa untuk membuat pentafsiran undang-undang.
Yang
peningnya, (saya seorang peguam pun pening) bila membaca seksyen ini. Bahasanya
berbelit. Tidak tahu di mana letaknya koma dan noktah. Kalau dibaca dalam satu
nafas boleh bikin semput dada. Mungkin yang mendraf seksyen ini adalah
orang yang gagal ujian Bahasa Malaysia. Kalau bahasanya berbelit sebegini
payah, maka perlaksanaannya dalam proses pendakwaan dan perbicaraan tentu lebih
sukar lagi. Sebab itu, kewujudan seksyen ini tidak digeruni samada oleh
pihak yang berpolitik. Rakyat tidak faham, orang politik tidak faham, peguam
tidak faham, malah hakim pun barangkali tidak faham. Sepanjang ingatan saya,
belum pernah ada sesiapa yang didakwa di bawah seksyen ini semenjak seksyen ini
diluluskan oleh Parlimen.
Akhirnya,
SPR secara amnya, dan secara khususnya Timbalan Pengerusi SPR tidak usah
memandai-mandai memberikan tafsiran kepada statut. SPR tumpukan dahulu kepada
usaha pembersihan daftar pemilih yang masih kotor. Usah dihalang inisiatif dan
kreativiti rakyat untuk berkempen. Jika berlaku pun perlanggaran seksyen 4A ini
boleh tangkap sahaja orang yang melanggar seksyen ini dan boleh dibuat
pendakwaan. SPR hendaklah ingat fungsi sebenarnya adalah untuk menjadi
pengadil yang adil yang tidak berpihak kepada mana-mana parti yang bertanding.
Baca
juga artikel di bawah :
No comments:
Post a Comment