DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Wednesday, June 27, 2012

BANGSA UMNO WAJIB BACA, JANGAN BODO SAMPAI KE TUA...


Perbezaan PAS - Umno

Oleh MUHAMAD FAIZAL CHE YUSOF

PERTEMBUNGAN antara dua parti orang Melayu iaitu Umno dan PAS bukanlah satu hal yang remeh. Pertembungan antara kedua-duanya bukanlah sekadar perbezaan pendekatan dalam memperjuangkan Islam. Perjuangan Umno berteraskan kebangsaan, PAS pula mendaulat Islam. Jarak kedua-duanya bagai langit dan bumi.

Malangnya ramai masih keliru. Pertembungan dua parti itu boleh diberi penilaian langsung oleh rakyat. Siri perdebatan yang dijadualkan suatu ketika dahulu terhenti begitu sahaja pada saat-saat akhir apabila ada yang bimbang lantas peranan Yang di- Pertuan Agong digunakan.

Pemimpin Umno sebaliknya berterusan mencanang Malaysia sebuah negara Islam. Persoalannya adakah cukup untuk Malaysia meletakkan Islam sebagai asas pada sistem kenegaraannya?

Diwujudkan bank mengamal muamalah Islam, adanya jabatanjabatan menjaga perihal agama Islam. Adanya Universiti Islam dan sebagainya. Hujah itu digambar mereka Malaysia sebuah negara Islam. Malangnya pernyataan tersebut berbeza di sisi institusi perundangan negara.

Dalam satu kes iaitu Che Omar Che Soh vs Pendakwa Raya, [1988] 2 MLJ 55, Mahkamah Agung mendedahkan persoalan yang sering dikelirukan sebagaimana di atas.

Dalam sidang lima hakim Mahkamah Agung ketika itu, Ketua Hakim Salleh Abas, Wan Suleiman, Seah, Hashim Yeop Sani & Syed Agil Barakbah satu keputusan berkaitan kedudukan Islam dalam undang-undang negara telah dibuat.

Dalam kes berkenaan tertuduh merayu atas sabitan hukuman mati kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya dan Senjata Api (hukuman lebih berat).

Peguam pihak tertuduh menghujah bahawa hukuman mati yang disabitkan terhadap tertuduh tiada dalam undang-undang Islam. Kesalahan yang disabitkan terhadap tertuduh tidak terjatuh di bawah hukum Qisas yang boleh mengenakan hukuman bunuh balas.

Disebabkan Islam merupakan agama rasmi Persekutuan sebagaimana Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, maka sabitan hukuman tersebut bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan sekali gus menjadikan ia terbatal di bawah Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan.

Sebaliknya, Mahkamah Agung telah menjelaskan kedudukan hujah yang dikemukan oleh pihak perayu dalam konteks undangundang Malaysia. Dengan kata lain, adakah Islam dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan bersifat kerohanian dan keagamaan sahaja atau bersifat menyeluruh sebagaimana Islam itu sendiri?

Jelasnya Mahkamah Agung mengiktiraf bahawa Islam adalah satu cara hidup yang mana ajarannya merangkumi setiap aspek kehidupan. Islam bukanlah suatu dogma agama semata-mata yang hanya terhad kepada perkaraperkara ibadat dan kerohanian.

Bagi menjawab persoalan ini, Mahkamah Agung telah menyingkap kedudukan Islam yang asalnya diterima sebagai undang-undang atau hukum yang merangkumi seluruh aspek kehidupan dan ia kian berubah dalam tempoh penjajahan.

“… The question here is this: Was this the meaning intended by the framers of the constitution? For this purpose, it is necessary to trace the history of Islam in this country after the British intervention in the affairs of the Malay States at the close of the last century…”

Kesimpulan daripada sejarah yang disingkap, Mahkamah Agung telah memutuskan Islam dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan bukanlah Islam sebagaimana yang difahami. Islam dalam perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan bukanlah menjadikan hukum Islam yang bersifat menyeluruh itu terpakai dalam negara ini. Bahkan Malaysia sehingga ke hari ini kekal dengan status negara sekular iaitu negara yang bukan berteras kepada agama.

Dengan ungkapan yang penuh keinsafan, Mahkamah Agung merakamkan penghargaan kepada peguam yang mewakili tertuduh iaitu perayu dalam kes yang dibicarakan.

Salleh Abas yang pada ketika itu Ketua Hakim Negara telah bersetuju dengan hujah peguam yang bukanlah mereka yang beragama Islam. Namun beliau menegaskan persetujuan peribadinya itu tidak boleh mengubah hakikat status undangundang sekular negara hari ini.

Keputusan Mahkamah Agung yang tidak membenarkan rayuan tertuduh dalam kes ini adalah jelas beralasankan undang-undang berkaitan kesalahan mengedar dadah tidak boleh dipadankan dengan hukum yang ada dalam syariat Islam.

Inilah alasan utama yang disebut sebagai Ratio Decidendi dalam proses sesuatu penghakiman. Perakuan bahawa Islam itu bukan sekadar dogmadogma bukanlah satu Ratio Decidendi yang boleh menjadikan negara ini berasaskan kepada Islam.

Berdasarkan apa yang diungkapkan Mahkamah Agung di atas, kini terpulang kepada parlimen dan ahli politik yang bertanggungjawab sepenuhnya jika status undang-undang sedia ada ingin diubah. Wajarlah kini kita berfikir akan peranan kita yang bertanggungjawab memilih dan melantik ahli-ahli politik yang menduduki parlimen.

Kes di atas telah juga disebut dan dipersetujui dalam satu kes Mahkamah Persekutuan.

Kedudukan Mahkamah Agung dan Mahkamah Persekutuan adalah sama pada hierarkinya.

Secara organisasinya, PAS diwujudkan untuk menegak prinsip-prinsip Islam yang menyeluruh dalam perundangan negara. Sebaliknya Umno tidak berminat ke arah itu.

Usaha dilakukan PAS bukanlah suatu yang mudah. Namun janji Allah kepada hambanya bahawa Dia akan menolong hamba-Nya yang menolong menegakkan agamanya.

Maka tiada alasan lain selain seluruh umat Islam berfikir dan berikhtiar untuk meletakkan Islam pada tempatnya. PRU-13 bakal menjadi saksi tindakan kita.

No comments: