DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Monday, June 25, 2012

ANWAR IBRAHIM : ISU RAFIZI & FAEKAH BUKAN KRISIS


Anwar: Isu Rafizi & Faekah bukan krisis

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu peletakan jawatan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli daripada pejabat penasihat ekonomi Selangor dan isu sekitar pegawai kanan menteri besar Faekah Husin bukanlah krisis politik.

Menurut Anwar - penasihat ekonomi Selangor - Rafizi meletakkan jawatan bagi memfokuskan tenaganya kepada kerja-kerja parti.

Rafizi akan membuat kenyataan bagi menjelaskan situasi sebenar, kata Anwar yang juga ketua pembangkang dan ketua umum PKR.

Rafizi kini berkhidmat sepenuh masa untuk parti setelah menimbangkan tindakan itu sejak tahun lalu, kata Anwar kepada pemberita di Pulau Pinang.

Rafizi pada 21 Jun membuat keputusan mengejut itu atas alasan perlu berehat, memberi tumpuan kepada ibadat dan ia "tiada sebarang dimensi politik".

Beliau juga berkata, semua pertanyaan selepas itu hendaklah ditujukan kepada kerajaan negeri atau Anwar sendiri.

Sementara itu, Anwar juga ditanya tentang surat menyurat antara Khalid dan Faekah, sebuah firma guaman dan syarikat berkaitan kerajaan Selangor./MalaysiaKini

No comments: