Oleh : Aspan
Alias
Apa yang
dikatakan oleh Dr Mahathir di Jitra semalam mendapat perhatian saya. Beliau
meminta supaya pemimpin UMNO serta ahli-ahli partinya tidak sabotaj UMNO dalam
pilihanraya nanti. Beliau berkata yang beliau yakin BN akan menang jika semua
pihak dalam UMNO membuang sikap suka mensabotaj parti.
Kenyataan Dr
Mahathir ini membuktikan yang apa yang saya katakan selalu yang pada PRU yang
lalu lebih dari 1.5 juta ahli UMNO telah mengundi parti-parti pembangkang dan
telah menunjukkan kepada semua yang UMNO sudah tidak lagi boleh mengaku yang
parti itu adalah parti yang mewakili orang Melayu dalam politik negara.
Beliau
pastinya memahami keadaan sabotaj menyabotaj dalam UMNO itu adalah satu
kenyataan yang hakiki. Ini ialah kerana beliau sendiri merupakan penyabo kepada
UMNO dalam pilihanraya dahulu ketika UMNO sedang membuat persiapan untuk
menghadapi pilihanraya ke-12 pada tahun 2008 dahulu.
Sabotaj yang
dilakukan oleh Dr Mahathir sendiri merupakan salah satu dari banyak sebab
kenapa ramai calon-calon UMNO jatuh tersembam dalam pilihanraya umum itu. Dr
Mahathir telah keluar dari UMNO di saat UMNO memerlukan penyatuan di antara
semua ahli-ahli dan pemimpinnya. Tetapi Mahathir telah bertindak keluar kerana
yang lebih di utamakan oleh beliau ialah untuk merudumkan kepimpinan UMNO
semasa itu yang dipimpin oleh Abdullah Badawi.
Mahathir
tidak peduli dengan segala-galanya terhadap parti. Yang terpenting bagi beliau
Abdullah Badawi mesti dijatuhkan walaupun ia membawa risiko yang amat tinggi
kepada UMNO dan BN. Sekarang ini beliau pula yang meminta supaya ahli-ahli dan
pemimpin UMNO tidak menyabo mana-mana calon yang diturunkan walaupun
calon-calon itu datangnya dari langit atau dari rimba.
Tetapi yang
lebih jelas dalam kenyataan Mahathir ini, ialah tindakan mensabotaj calon BN
sendiri itu sudah menjadi budaya dalam BN teraju UMNO ini. Ini lebih
dijelaskan pada Perhimpunan Agong UMNO yang lepas dalam mana setiap perwakilan
telah berdiri membaca baiah perwakilan untuk tidak mensabotaj calon-calon UMNO
dalam pilihanraya yang bakal diadakan nanti.
Itulah
sebabnya saya selalu meminta supaya UMNO menjaga parti mereka sendiri dan
janganlah menyibuk hendak memberikan komen terhadap parti-parti lain dan
membuat fitnah jahat semata-mata untuk mengalihkan pandangan ahli-ahli UMNO dan
rakyat dari kelemahan mereka sendiri.
Bagi saya,
tindakan sabotaj mensabotaj parti dalam UMNO semasa pilihanraya nanti merupakan
isu yang besar bagi BN. Yang penting sekali ialah kerja sabotaj mensabotaj ini
tidak mungkin dapat dihindarkan lagi kerana tidak ada tindakan disiplin
bagaimana ketat sekali pun akan mampu membaiki keadaan. Tidak salah jika saya
katakan yang UMNO sudah menghadapi penyakit dalaman yang terlalu teruk dan
sudah terlalu ‘advanced’ dan tidak mungkin boleh diperbaiki lagi.
Yang menjadi
persoalan sekarang ini ialah samada pimpinan UMNO dan BN bersedia untuk menghadapi
proses pengambil alihan kuasa oleh rakyat dari mereka. Sampai kehari ini Najib
atau kepimpinan tertinggi parti masih belum ada membuat kenyataan yang mereka
bersedia utuk menyerahkan kuasa jika itu yang dikehendaki oleh rakyat dalam
pilihanraya nanti. Yang kita dengar selama ini hanyalah kenyataan Najib yang
UMNO akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan Putrajaya.
Banyak
parti-parti yang memerintah dinegara-negara maju menerima kekalahan dengan
‘gentleman’ dan menyerahkan kuasa secepat mugkin setelah rakyat memberikan
mandat kepada phak lain. Gordon Brown tahu yang parti Buruhnya akan kalah dalam
pilihanraya yang lalu. Tetapi oleh kerana menghormati sistem demokrasi yang
tulin, pimpinan parti Buruh tidak pula bertindak dengan melakukan tektik kotor
terhadap parti Conservative atau parti Liberal Demokrat sebelum menghadapi
pilihanraya negara Britain awal tahun lepas.
Tidak ada
penyokong-penyokong parti Buruh menonggengkan punggung mereka dihadapan rumah
pemimpin parti pembangkang dan pemimpin NGO di Britain. Tidak ada pula
‘function’ parti pembangkang diganggu oleh gangster-gangster parti Buruh
malahan parti Buruh tidak mempunyai gangster-gangster upahan untuk mengganggu
program parti Liberal Demokrat.
Walaupun
parti Buruh tahu yang mereka akan kalah, tidak ada pula kita mendengar
penyokong parti itu mengambil video pemimpin-pemimpin Conservative semasa
mereka berada di dalam bilik air atau tandas.
Yang penting
Najib dan UMNO patut belajar ialah untuk melalui pengalaman kekalahan dalam
pilihanraya kerana UMNO terlalu angkuh seolah-olah kemenangan pilihanraya itu
hanyalah hak UMNO sahaja. UMNO tidak pernah diduga dan merasakan pahit maungnya
berada dipihak pembangkang kerana hasil kerja buruk mereka sendiri. Saya tidak
mahu mendahului Tuhan, tetapi hukum mengatakan yang UMNO kali ini seperti juga
makhluk-makhluk kejadian Tuhan itu tetap akan merasa giliran untuk menerima
dugaannya kali ini.
Selama ini
UMNO hanya diduga dengan kemewahan dan kesenangan tetapi belum pernah
merasakan dugaan melalui kesusahan. UMNO perlu melalui proses ini untuk
mematangkan lagi perjuangannya dan kembali kepada ‘basic’ iaitu untuk melakukan
kerja dan ubudiah baik bagi rakyat yang ramai ini.
Rakyat
sekarang dalam kerinduan untuk melihat pimpinan kerajaan memberikan fokus
kepada rakyat yang ramai dan berhenti menjadi satu parti yang menjaga
‘exclusivity’ bagi kumpulan kecil sahaja. Rakyat tidak mahu
lagi melihat UMNO itu sebagai sebuah kelab ekslusif
semata-mata.
Rakyat sudah
tidak menerima lagi laungan 'acronym' besar-besar seperti NKRA, ETP, TTP,
KETIAK, RTM, SPRM, KTM, TDM, dan banyak lagi acronym yang menjadi laungan yang
entah apa-apa itu. Rakyat mahukan ‘substance’ bukannya ‘form’ yang terlalu
lazim digambarkan oleh pimpinan negara kita.
UMNO,
seperti yang saya sebut dalam posting yang lepas sepatutnya berehat dan membuat
‘introspeksi’ mendalam dan menilai kembali apakah mereka telah berjaya berjuang
selama ini terutamanya dalam menentukan nasib orang Melayu sebagai yang
dilaungkan sejak lebih dari lima dekad yang lalu.
Pilihanraya
kali ini adalah pilihanraya diantara rakyat dengan pimpinan BN sebenarnya. Jika
rakyat yang menang, mereka akan menang melalui mandat yang akan diberikan
kepada parti-parti dalam Pakatan Rakyat, PAS, DAP dan PKR. Jika
Pemimpin-pemimpin BN yang menang maka itu adalah kemenangan bagi segelintiran
‘warlords’ dalam UMNO yang telah menenggek diatas kuasa rakyat yang dimandatkan
kepada BN.
Tetapi
seperti yang saya nyatakan diatas tadi jauh disudut sanubari saya, PR akan
mendapatkan mandat itu dari rakyat dalam PRU yang akan datang ini.
Itulah
sebabnya saya cuba untuk mengingatkan pemimpin-pemimpin BN khususnya UMNO
supaya menerima kekalahan itu dengan ‘gentleman’ dan bersama-sama melakukan
penyerahan kuasa itu dengan baik dan bertertib.
Kalau Gordon
Brown telah menyerahkan kuasa kepada parti Conservative hanya dalam tempoh 6
jam selepas kekalahanya dalam pilihanraya umum Britain, kita tidak nampak
kenapa BN harus menyusahkan proses peralihan kuasa itu dalam pilihanraya yang
akan datang.
Barulah
demokrasi terlaksana dalam erta kata yang sebenarnya. Najib dan pimpinan BN
jangan merasa marah dengan penolakan rakyat terhadap kepimpinan mereka. Kita
perlu ingat yang Adam Alaihissalam pun dikeluarkan dari syurga bersama Hawa.
Apa yang
lebih enak selain dari berada di dalam syurga. Itu pun Adam telah menerimanya
dengan senang penuh takzim dan terus melakukan tanggungjawabnya walau pun telah
dikeluarkan dari syurga.
Apa nak
dihairankan jika Najib keluar dari Putrajaya jika dibandingkan dengan Adam yang
telah keluar dari syurga itu.. Apakah yang lebih enak dari syurga? Ia lebih
enak dari berada di Putrajaya.
No comments:
Post a Comment