Oleh : Aspan
Alias
Betulkah
pandangan Dr Mahathir jika PR kalah dalam pilihanraya nanti negara akan
huru-hara? Satu lagi yang menjadi persoalan ialah kata-kata Mahathir yang
jika UMNO kalah dan ditewaskan Melayu akan hilang kuasa politiknya? Kenapa
Mahathir alih-alih terlalu sayang kepada UMNO pula? Kenapa Mahathir alih-alih
dan tidak semena-mena terlalu sayang kepada orang Melayu yang selama ini
beliau pandang rendah? Persoalan-persoalan yang saya ajukan ini jangan
disalahfahamkan.
Saya
bertanya perkara ini, kerana orang Melayu telah hilang identiti asalnya oleh
kerana Mahathir. Apabila Mahathir kembali bercakap pasal masa depan orang
Melayu dan tentang ketakutannya kepada huru-hara negara ini, ia amat
bertentangan dengan apa yang beliau lakukan selama ini, terutamanya semasa
menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dahulu. Segala yang beliau lakukan
semasa sedang seronok berkuasa dahululah yang menjadi penyebab berlakunya apa yang
berlaku pada hari ini.
Saya
mempunyai keyakinan tinggi yang Mahathir sedang begitu panik dengan pergerakan
perubahan yang sedang berlaku dalam minda rakyat termasuk minda orang Melayu.
Yang pastinya Mahathir tidak mahu seboleh-bolehnya melihat UMNO ciptaan beliau
kecundang di hadapan mata beliau semasa beliau masih hidup. Kalau dinilai dari
sudut mana pun, mahu tidak mahu Mahathir merupakan orang yang ‘accountable’
terhadap kekeruhan politik negara kini.
Kecelaruan
politik negara tidak akan menjadi begini buruk dalam sekelip mata dan tidak
adil jika Mahathir dan konco-konconya meletakkan semua kesalahan kepada
kelemahan Abdullah Badawi sahaja. Malahan naiknya Abdullah Badawi itu adalah
kerana kesalahan Mahathir sendiri kerana Mahathir sememangnya mahukan Abdullah
menjadi PM kerana beliau menyangkakan Abdullah boleh beliau pengaruhi dalam
pentadbirannya.
Apabila
Abdullah tidak mahu mendewakan beliau semasa menjadi PM maka Mahathir merasakan
bahawa Abdullah telah mengecewakan beliau kerana tidak menurut kehendak dan
kemahuan peribadinya. Maka Abdullahlah yang menjadi kain buruk dan tidak elok
kepada Mahathir sampai ke hari ini. Sememangnya Abdullah tidak mempunyai
kelayakan untuk menjadi PM tetapi kehendak Mahathirlah yang menjadikan beliau
(Abdullah) menjadi PM yang dianggap oleh Mahathir sendiri sebagai PM yang tidak
berguna.
Mahathir
begitu berjaya melaksanakan pemerintahan ‘pecah dan perintah’ selama ini kerana
dengan ‘pecah dan perintah’ itu boleh menyematkan kuasa yang beliau genggam
itu. Dengan pemerintahan secara ini beliau telah berjaya mendapatkan kehendak
peribadi beliau, iaitu untuk menjadi kuat berseorangan dan yang lain-lain di
kelilingnya hanya kumpulan ‘yes men’ yang menawarkan peranan untuk menjadi
pahlawan untuk mempertahankan beliau (Mahathir).
Mahathir
terlalu ‘obsess’ untuk menjadi orang kuat berseorangan ini kerana beliau
memerlukan pembodek-pembodek di sekeliling beliau untuk menjaga kehendaknya
sehinggakan beliau seolah-olah menjadi maharaja yang dikelilingi oleh mereka
yang buta hati tanpa memikirkan ‘consequence’ perlakuan ini terhadap masa depan
politik, rakyat dan negara.
Mahathir
gagal untuk menjadi seorang ‘statesman’ tetapi hanya sekadar seorang ‘warlord’
politik semata-mata. Beliau tidak akan lagi berjaya untuk diakui sebagai
negarawan sampai bila-bila. Kata-kata dan tindakan beliau membuktikan bahawa
beliaulah yang dalam kegusaran jika PR memerintah seolah-olah beliau mempunyai
‘stake’ yang begitu besar jika PR memerintah.
Kata-kata
ugutan beliau itu sama sekali tidak mempunyai kredibiliti dengan menuduh
huru-raya yang akan berlaku jika PR kalah. Sebaliknya petanda awal menunjukkan
UMNOlah yang akan menghuru-harakan keadaan jika PR menang. Di mana-mana pihak
PR mengadakan perhimpunan untuk berceramah khususnya yang dilakukan oleh PKR,
samseng-samseng UMNO mengganggu sehinggakan berlaku kecederaan kepada yang
hadir seperti yang berlaku tiga hari yang lepas di Lembah Pantai.
Ceramah
Anwar Ibrahim diganggu oleh samseng upahan UMNO dengan membaling batu serta
telor ke arah penceramah dan yang hadir sehinggakan mencederakan beberapa orang
yang berada di situ. Banyak pihak berpendapat bahawa Mahathir amat takut jika
Anwar menjadi PM selepas pilihanraya yang akan datang kerana sebab-sebab yang
semua pihak tahu.
Mahathir
mahukan kepimpinan hari ini untuk terus memerintah walaupun beliau sendiri
mengakui bahawa UMNO itu sudah busuk sampai ke ususnya. Beliau jika mengakui
yang tinggal dalam UMNO hanyalah yang kurang pandai (bodoh) kerana yang pandai
sudah masuk PAS, yang bijak menyertai PKR dan yang pintar menyertai DAP.
Itulah
sebabnya Mahathir mahukan UMNO masih memerintah kerana pada beliau yang tidak
pandai (bodoh) sahaja boleh membela beliau sehingga ke akhir hayat beliau.
Kepada
rakyat yang ramai-ramai yang telah mengambil keputusan untuk melakukan
perubahan teruskan usaha itu dengan tatacara yang baik. Sampai sahaja PRU undi
sahaja mana-mana calon dalam PR kerana bak kata Mahathir yang pandai, yang
bijak dan yang pintar sememangnya berada di dalam Pakatan Rakyat.
Mahathir
amat takut PR akan mampu membuktikan pentadbiran negara yang lebih baik di
bawah PR jika PR memerintah Putrajaya, kerana bukti yang akan ditunjukkan oleh
PR itu akan membuatkan UMNO baru ini tidak boleh bangun lagi sampai bila-bila.
Sampai ke
hari ini Mahathir serta pemimpin UMNO yang lain tidak mengeluarkan kenyataan
tentang budaya samseng yang sedang berkembang di dalam UMNO pada masa ini.
Saudara,
segala yang berlaku pada hari ini menunjukkan bahawa UMNO itu memang sudah
sampai ke penghujung hayatnya. Hanya rakyat terpaksa memilih di antara dua
pilihan: untuk bersama dengan parti yang akan hilang kuasa atau dengan pihak
yang mengambilalih dan akan melakukan segala usaha untuk membentuk kerajaan
yang menghormati undang-undang, tidak rasuah, dan mempunyai aras ‘governance’
yang tinggi serta beretika. Jika Pakatan Rakyat memerintah, sudah pasti budaya
samseng akan tiada lagi dan sesiapa boleh berpolitik secara selamat dan aman
damai.
Sementara
menanti kejayaan itu, penyokong-penyokon PR jangan sekali-kali melatah. Gunakan
pemikiran yang bernas dan jangan sekali-kali menggunakan ‘buku lima’ atau pun
batu-batu dan kekasaran terhadap mereka.
Seperti kita
melayani orang yang hendak meninggal, kita mesti hormat kepada tubuh yang akan
berpisah dengan nyawanya. Apabila tiada lagi orang itu, aman damailah hendaknya
kita. tentu rakyat akan merasakan nikmat hidup dengan aman damai di bawah
naungan kerajaan yang baru.
Kita
buktikan bahawa pihak PR tidak melakukan apa yang Mahathir pernah lakukan dan
itu pun sebabnya kita berjuang untuk menunjukkan kelainan memerintah jika tidak
menjadikan agenda peribadi sebagai perjuangan kita.
Formula kita mudah sahaja: jangan jadikan Mahathir sebagai contoh dan ikutan. Selamat kita, Insya-Allah.
Formula kita mudah sahaja: jangan jadikan Mahathir sebagai contoh dan ikutan. Selamat kita, Insya-Allah.
1 comment:
kau ini merepek sajalah.tak ada yang bernas .Saya fikir akal kau ini sejemput macam kera hidung merah terdapat di sabah.
Post a Comment