Written by Mathias Gomes,
Malaysia Chronicle
Kehadapan
PM Najib,
Jika
anda ingin menang dan lebih cemerlang dari 2004 pada Pilihan raya umum ke 13,
apa yang anda perlu buat adalah menggemparkan rakyat dengan melakukan perkara
seperti berikut:
1.
Mengeluarkan waran tangkap terhadap sahabat anda Abdul Razak Baginda dan
mendakwa dirinya di mahkamah kerana bersubahat atas pembunuhan Altantuya
Shaariibuu-ya buat kali yang kedua. Rakyat sememangnya mengesyaki dia
bersubahat dalam pembunuhan itu kerana dia memegang peranan utama dan mendapat
habuan yang besar dalam pembelian Scorpene. Sebenarnya, rakyat juga mengesyaki
anda dan isteri anda juga terlibat tapi tindakan harus diambil satu persatu.
Apa pun, tindakan ke atas Baginda mungkin akan melepaskan kamu sedikit sebanyak
dari skandal mengurangkan kesan negatif dari kredibiliti anda dalam pembunuhan.
2. Menahan
Samy Vellu serta merta kerana MAIKA, MIED dan skandal saham Telekom dan
mendakwanya di mahkamah. Orang India akan lebih banyak menyokong anda, walaupun
ada Hindraf, dan mereka akan lebih yakin terhadap anda dalam PRU ke-13.
3.
Sesudah itu, berikutan skandal PKFZ di mahkamah, carilah Ling Leong Sik dan
hantar dia ke penjara serta-merta. Ini akan membuat orang Cina mengambil
perhatian manakala orang Melayu akan benar-benar berbangga dengan anda dan
memberi ganjaran kepada anda apabila mereka mengundi.
4.
Sumbat Khir Toyo ke penjara kerana rasuah dan pecatnya daripada UMNO, dia telah
dilantik oleh Mahathir Mohamad sebagai Menteri Besar dan ini bukan petanda baik
bagi kredibiliti bekas PM itu. Dengan mengambil tindakan ini, anda mungkin
memenangi Selangor tanpa perlu bekerja terlalu keras, seperti yang anda telah
dakwa akan menjadi 'ambang' untuk berbuat demikian. Menang dengan ketara akan
meningkatkan imej anda kerana anda adalah Ketua Barisan Nasional bagi Selangor.
5.
Pecat Shahrizat Jalil dengan segera dari semua jawatan dalam UMNO dan bekukan
semua aset yang dimiliki NFC serta firma persendirian milik keluarga yang
berkaitan dengan NFC dan setiap sen harus dikira. Ini mungkin akan
mempertahankan kamu dari skandal kondo Kazakhstan yang bakal meletup. Ia juga
akan menaikkan mata anda dalam UMNO dengan rakyat yang bakal memberi
Pembangkang serangan jantung!
6.
Berterus-teranglah tentang sikap berbelanja isteri anda buktikan cincin berlian
AS $ 24 juta telah dikembalikan ke New York. Dan jika anda berani, jadikan ia
satu permulaan untuk mengawal isteri anda setiap masa. Jika perlu, anda tidak
perlu takut untuk menebat mulutnya. Anda perlu tunjukkan kepada rakyat bahawa
anda pembuat keputusan utama dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan
kerja anda juga perlu mengisytiharkan kepada rakyat bahawa Wanita Pertama
Malaysia sebenarnya adalah Permaisuri Agong Seri PadukaBaginda Raja, isteri
Yang di-Pertuan Agong. Isteri anda hanyalah isteri Perdana Menteri.
6.
Tahukah anda YAB Perdana Menteri, jika anda benar-benar melakukan ini, undi
semua wanita akan menjadi milik anda dan ini akan membantu anda secara mendadak
untuk menang dengan majoriti dua pertiga yang kita tahu anda dan Umno cuba
dapatkan dengan apa jua cara. Mengapa? Maaf untuk jika bunyinya kasar, tetapi
isteri anda adalah orang yang paling dibenci selepas Mahathir di Malaysia.
7.
Minta maaf secara terbuka atas skandal Perak dengan cara merampas kuasa dan mengakui
ia adalah kesilapan yang serius. Ini akan membantu anda untuk mengekalkan kuasa
ke atas Perak. Juga, semasa anda berada di sana, berilah tamparan ke muka Hee
Yit Foong untuk semua orang Cina di Perak. Mereka akan mengundi untuk anda
selepas itu.
8.
Memenuhi semua permintaan BERSIH 2.0 terhadap 8 reformasi pilihanraya tanpa
sebarang alasan. Katakan pada rakyat yang anda ikhlas dalam reformasi
pilihanraya dan anda tidak perlu menipu untuk menang.
9.
Ini adalah cabaran yang sebenar. Ia akan sama ada melemahkan atau menjadikan
anda juara. Tangkap Mahathir Mohamed untuk semua kesalahan dimana dia telah
terlibat semasa pemerintahan 22 tahunnya. Kuasa kini di tangan anda. Adakah
anda boleh lakukannya?
Jika
anda boleh lakukan, maka anda akan menang tanpa perlu banyak berusaha, tidak
kiralah jika Pakatan Rakyat mempunyai pasukan yang sangat berbakat. Anda akan
mendapat sokongan seluruh rakyat dengan mandat yang akan menjadi sukar untuk
ditewaskan oleh mana-mana ketua UMNO yang lain selama beberapa dekad yang akan
datang.
10.Dan
akhirnya, singkirkan PERKASA dan jauhi diri dari Hassan Ali dan JATI. Dan yang
paling penting, mengaku anda adalah ‘Orang Malaysia dahulu dan Melayu
kemudiannya' - tidak seperti Muhyiddin Yassin yang cuba untuk membuat lawak dan
membuli orang bukan Melayu tetapi lihatlah di mana dia sekarang. Jadi,
dukunglah 1 MALAYSIA dengan adil untuk semua kaum di Malaysia.
Juara Rakyat
Jika
anda benar-benar boleh melaksanakan semua cadangan ini, anda akan menjadi
"Juara Rakyat" dan anda boleh menikmati tempoh pemerintahan yang
kedua dengan berbekalkan ini sahaja.
Tetapi
peluang anda untuk memenuhi salah satupun cadangan ini adalah mustahil. Jadi,
anda perlu tahu bahawa anda akan kehilangan kawalan kedua-dua UMNO dan Barisan
Nasional.
Pakatan
Rakyat akan bersedia untuk membentuk Kerajaan seterusnya. Mudah-mudahan, untuk
sekali, anda mungkin akan melakukan sesuatu yang cemerlang dengan menjadi
pembangkang yang digeruni kepada mereka.
Sumber
: Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment