Hanif harus
tampil ke hadapan sebelum penyiasatan Bersih 3.0 untuk mengesahkan bukan sahaja
sokongan padu terhadap dakwaan melulu Perdana Menteri bahawa Bersih 3.0 adalah
satu percubaan untuk merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan, tetapi
dakwaannya sendiri pembabitan “individu-individu pro-komunisApa yang menarik adalah
ironi dalam temubual Sinar. FM pagi ini bersama Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak di mana beliau telah menyatakan bahawa kepimpinan beliau tidak
mampu sama sekali untuk melakukan apa-apa kesilapan dan “jika kita perlu
membuat 10 keputusan penting, kita perlu memastikan bahawa keputusan itu adalah
yang paling tepat, iaitu 10 daripada 10” tetapi hakikatnya, beliau mungkin
telah membuat keputusan yang paling dahsyat dan teruk dalam tempoh tiga tahun
sebagai Perdana Menteri.
Ini adalah perlantikan bekas Ketua Polis Negara Tun
Haniff Omar sebagai Pengerusi Panel Penasihat Bebas yang terdiri daripada 6
ahli untuk menyiasat keganasan dan kekejaman Bersih 3.0.
Bermula dari saat pengumuman Menteri Dalam Negeri,
Datuk Seri Hishammuddin Hussein petang semalam, perlantikan Hanif sebagai
pengerusi panel penyiasatan Bersih 3.0 telah menerima cemuhan, bantahan dan
kutukan kerana ia langsung tidak sesuai untuk mencerminkan bahawa bukan sahaja
penyiasatan itu tidak bebas tetapi juga menghilangan kredibiliti dan kesahihan
panel tersebut.
Saya berpendapat bahawa dalam tempoh 54 tahun sejarah
negara ini, rakyat Malaysia tidak mungkin akan dijamu dengan kutukan daripada
pemegang amanah dan disingkiran setelah pengumuman dibuat tentang komposisi
dalam panel penyiasatan awam kerajaan dalam isu ini.
Jawapannya adalah jelas. Hanif adalah orang terakhir
untuk mengetuai penyiasatan keganasan Bersih 3.0 kerana tiada sesiapapun akan
mempercayai kedudukan beliau sebagai seorang yang tidak berat sebelah dan tidak
memihak kepada sesiapa setelah pengakuan beliau dalam sokongan padunya yang
terhadap Najib dalam dakwaannya bahawa perhimpunan aman “duduk-bantah” Bersih
3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April sebenarnya adalah satu percubaan pihak
pembangkang untuk merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan apabila tidak ada
sekumit pun bukti yang menuding terhadap perhimpunan tersebut.
Dan apakah bukti yang ada pada Hanif untuk beliau
menyokong dan mengesahkan dakwaan melulu Najib bahawa Bersih 3.0 sebenarnya
adalah satu percubaan untuk merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan?
Ini adalah jawapan Hanif yang dangkal yang telah
dilaporkan dalam akhbar Berita Minggu pada 6 Mei: “Sudah tentu ia berasas
kerana Perdana Menteri tidak bercakap begitu saja. Ia memang boleh berlaku.
Orang yang menunggu peluang melaku sesuatu demi kepentingan diri memang ada
setiap masa.”
Akhbar Berita Minggu juga telah melapor Hanif yang
menyatakan juga Najib barangkali telah membuat dakwaan tersebut setelah
menerima maklumat risikan daripada Cawangan Khas.
Persoalannya adalah sama ada Najib telah menerima
maklumat “risikan” daripada “Cawangan Khas” bahawa Bersih 3.0 sebenarnya adalah
satu percubaan oleh pihak pembangkang untuk merampas kuasa dan menggulingkan
kerajaan sebelum atau selepas Bersih 3.0 pada 28 April, dan jika ianya sebelum
perhimpunan tersebut, bagaimana Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin telah diberi
taklimat “maklumat risikan” yang berlainan yang menyebabkan beliau mengeluarkan
kenyatana bahawa Bersih 3.0 bukanlah satu ancaman kepada keselamatan negara
kerana ia mempunyai “kuasa tarikan” yang kurang.
Tambahan pula, mengapa Najib tidak dedahkan “maklumat
risikan” mengenai percubaan untuk merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan
sebelum April 28?
Jika Panel Bersih 3.0 merupakan sebuah panel yang
komprehensif dan berkuasa untuk menyiasat keganasan Bersih 3.0, Najib dan
Hishamuddin mesti tampil ke hadapan untuk memberi keterangan berkenaan dengan
“maklumat risikan” yang telah diterima mengenai Bersih 3.0, sebelum dan selepas
28 April.
Malah, Hanif merupakan orang terakhir untuk
dipertimbangkan sebagai pengerusi penyiasatan Bersih 3.0 kerana beliau
sepatutnya menjadi saksi “berwibawa” untuk mengesahkan dakwaannya bahawa
perhimpunan Bersih 3.0 adalah satu percubaan merampas kuasa dan menggulingkan
kerajaan yang melibatkan para pesimpati pro-komunis.
Pada 1 Mei jam 6:25pm, media Bernama melaporkan berita
yang telah disiarkan dalam akhbar The News Straits Times pagi keesokannya yang
berbunyi:
'Elemen Pro-Komunis kelihatan di Perhimpunan Bersih’
SHAH ALAM: Bekas Ketua Polis Tun Hanif Omar menyatakan
bahawa individu-individu dengan ideologi pro-komunis yang terlibat dalam
demonstrasi 1970an kelihatan dalam perhimpunan pada hari Sabtu di Kuala Lumpur
yang telah bertukar menjadi ganas.
“Saya kenal, dari gambar-gambar dan imej-imej siaran
media dari perhimpunan itu, golongan pro-komunis yang terlibat dalam
demonstrasi 1970an,” Hanif berkata semalam.
“Taktik yang menggunakan ajen-ajen provokasi yang
telah menyebabkan peserta demonstrasi untuk bertempur dengan pihak polis dengan
beriring kanak-kanak dengan niat mencederakan kanak-kanak itu merupakan taktik
yang dipelajari dari bekas peserta demonstrasi pro-komunis.
Hanif menjelaskan kenyataannya berkenaan dengan
laporan Bernama pada hari Isnin yang memetik komennya bahawa perhimpunan
tersebut mungkin dirancang oleh pelbagai pihak, termasuklah beberapa individu
yang telah cuba menyebarkan ideologi komunisme. - Bernama.
“Pro-communist
elements seen at Bersih rally'
SHAH ALAM: Former inspector-general of police Tun
Hanif Omar said pro-communist individuals involved in the 1970s demonstrations
were seen in Saturday's rally in Kuala Lumpur, which turned violent.
"I recognise from the photos and broadcast images
(taken from the rally), the pro-communist people who were involved in the 1970s
demonstrations," Hanif said yesterday.
"The tactics of using provocateurs to cause the
demonstrators to clash with police and to bring children along in the hope they
would get injured were tactics learnt from past pro-communist
demonstrations."
Hanif was clarifying a Bernama report on Monday which
quoted him as saying that the gathering could have been masterminded by various
parties, including several individuals who tried to spread the communist
ideology. Bernama”
http://www.nst.com.my/nation/general/pro-communist-elements-seen-at-bersih-rally-1.79784
Hanif harus tampil ke hadapan sebelum penyiasatan
Bersih 3.0 untuk mengesahkan bukan sahaja sokongan padu terhadap dakwaan melulu
Perdana Menteri bahawa Bersih 3.0 adalah satu percubaan untuk merampas kuasa
dan menggulingkan kerajaan, tetapi dakwaannya sendiri pembabitan
“individu-individu pro-komunis yang telah terlibat dalam demonstrasi 1970-an”
dalam perhimpunan Bersih 3.0 dengan menggunakan “pro-komunis”, “taktik ejen
provokasi” untuk mencetus pertempuran diantara piak polis dengan beriring
kanak-kanak dengan ‘harapan’ ada di antara yang akan tercedera”.
Tanpa apa-apa niat untuk mencemarkan atau merendahkan
integriti Hanif, saya ingin membuat satu cadangan dengan penuh hormat yang
Hanif sepatutnya mengundur diri dari penyiasatan Bersih 3.0 dan badan
pentadbiran Najib dan daripada dimalukan oleh orang ramai dengan menolak
perlantikan beliau sebagai pengerusi penyiasatan Bersih 3.0 untuk satu sebab
mudah bahawa beliau perlu menampil diri dan disiasat sebagai saksi “berwibawa”
berbanding dilantik sebagai pengerusinya dengan mengambil kira pengumuman
pendapat beliau mengenai perhimpunan Bersih 3.0.
Selain daripada perlantikan Hanif sebagai pengerusi
penyiasatan itu, komposisi ahli (terutamanya nama-nama wakil Suhakan dan Majlis
Peguam yang tidak tersenarai) serta kekurangan terma rujukan yang boleh
digunapakai juga adalah masalah yang membelenggu semua warga Malaysia yang
ingin melihat siasatan yang tidak memihak terhadap keganasan Bersih 3.0 untuk
mempastikan mangsa-mangsa keganasan Bersih 3.0 diberi keadilan tanpa mengira
pihak polis, wakil-wakil media atau penunjuk perasaan aman dan untuk
berdemonstrasi bahawa Malaysia memang mampu secara matang untuk menjadi sebuah
negara dengan “sistem demokrasi yang terbaik di dunia”.
Sumber : Harakahdaily
Baca artikel di bawah :
Hanif ketuai panel bebas terus dipertikai
Ulasan :
Rakyat sudah tahu
kesimpulan yang bakal dibuat oleh JK ini seperti apa yang Hanif katakan. Bersih
3.0 dipersalahkan. Polis mesti pertahankan polis walau bagaiamana cara sekali
pun. Oleh sebab itulah, Najib awal-awal lagi menolak cadangan melantik JK bebas
dari luar.
Persetankan dengan JK bebas
yang tidak bebas ini. Rakyat mesti terus mara ke hadapan hadapi PRU ke-13 ibu
segala peperangan dalam pilihanraya.
Situasi begini adalah biasa
bagi mana-mana negara yang diperintah secara diktator terpaksa memakan korban
darah dan air mata. Lihatlah era pemerintahan Suharto. Marcos dan lain-lain tokoh diktator turut menggunakan kaedah yang Najib gunakan ini. Tetapi sampai masa Allah hancurkan juga kerajaan mereka itu.
No comments:
Post a Comment