UMNO: Tak payah guna kepala,
sekarang guna punggung pula
Oleh : Aspan
Alias
Saya berasa geli
hati dengan gelagat UMNO yang kian hari kian memalukan. Pagi semalam sekumpulan
penyokong parti itu telah berbaris di hadapan kediaman Ambiga, Pengerusi
Bersih, dengan menonggeng dan menunjukkan bontot pada rumah Ambiga. UMNO sudah
menjadi parti lawak dan telah benar-benar jatuh martabatnya dengan sikap yang
ditunjukkan oleh penyokong tegarnya itu.
Kemasukan
saya ke dalam DAP dahulu disambut oleh seorang dua sebagai tindakan politik
bangkrap. Tetapi sebenarnya apa yang berlaku semalam itu merupakan betul-betul
politik bangkrap yang tidak ada tolok bandingnya.
Nampaknya
politik UMNO ini tidak lagi boleh lari dari bontot dan punggung, sejak 14 tahun
yang lalu. Sudah tidak terlarat untuk membesarkan isu bontot dan punggung.
Saiful, sekarang mereka memanjangkan lagi perjuangan berlandaskan pada bontot
dan punggung.
Dalam
kesemua 213 negara yang berkerajaan di dunia ini, Malaysialah yang parti
pemerintahnya mempertahankan kuasa dengan menggunakan bontot dan punggung dan
ini amat memalukan. Saya tidak tahu bagaimanakah perasaan mereka-mereka ini
semasa melakukan kerja keji ini.
Malah
nampaknya mereka berbangga melakukannya. Masa demi masa UMNO melakukan
kerja-kerja yang tidak menunjukkan tamadun yang asas sebagai rakyat sebuah
negara yang mengaku sebagai negara sedang membangun yang termasyhur di dunia
ini. Melakukan kerja menonggeng terhadap rumah Ambiga itu merupakan kerja
sia-sia dan ianya amat mengerikan untuk memberikan mandat kepada parti yang
sudah bangkrap politiknya.
Tidak
beberapa lama dahulu UMNO telah mengejutkan rakyat dengan tindakan penyokongnya
menghantar kek berbentuk tahi kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Apabila politik BN sudah sampai ke tahap ini, bagaimana sesetengah pemimpin
UMNO masih mengaku bahawa parti itu boleh mempertahankan maruah Melayu dan
menjaga Agama Islam, agama anutan kesemua orang Melayu itu.
Mengapa UMNO
sanggup melakukan kerja-kerja yang tidak semenggah ini, tetapi begitu marah
apabila parti itu dikritik dan tidak mendapat sokongan orang Melayu yang
rata-ratanya beragama Islam? Apa Islamnya dengan tindakan sekumpulan manusia
yang hidup pada zaman ini melakukan ‘exercise punggung’ di hadapan rumah
Ambiga?
Inikah
mentaliti yang berjanji untuk membawa transformasi kepada negara dalam segala
bidang sedangkan penyokong kepada kepimpinan yang ada pada hari semalam telah
menunjukkan sikap kuno dan menjijikkan. Berapakah upah yang mereka terima untuk
melakukan itu tidak dapat dipastikan tetapi yang pasti UMNO sudah bangkrap dan
saya jangka masih ada yang mempertahankan kerja itu sebagai kerja mulia dan
perlu untuk menyambung kuasa politik UMNO dan BN itu.
Tidak dapat
dibayangkan bagaimanalah masyarakat antarabangsa memandang terhadap kita
semua. Sekolot-kolot negara-negara Afrika tidak ada kejadian seburuk dan
sehina ini berlaku dalam politik mereka.
UMNO memang
sah sebagai sebuah parti yang sudah hilang hidayah kerana mereka berbangga
dengan melakukan kerja-kerja yang memalukan ini. Tidak pernah terfikir yang
UMNO sudah jatuh sedemikian rendah darjat dan martabatnya.
Sesungguhnya
kelemahan yang sedang dihadapi oleh UMNO ini berpunca dari kelemahan UMNO itu
sendiri. UMNO sudah menjadi parti yang penuh dengan kekalutan dan marilah kita
bertindak dan berdoa agar selepas pilihanraya ini nanti tidak akan ada
lagi kejadian-kejadian sehina ini lagi berlaku dalam politik negara kita lagi.
Ianya amat
memalukan kita semua. Kadang-kadang kesian juga melihat UMNO ini. Tapi sudah
tidak dapat lagi berbuat apa-apa kerana ia sudah terlalu jauh tersasar dari sasaran
perjuangan. Hilang agama, hilang budaya dan hilang adab serta adat Melayunya.
Melayu telah hilang segala identitinya. Itulah sumbangan terbesar UMNO terhadap bangsanya.
Melayu telah hilang segala identitinya. Itulah sumbangan terbesar UMNO terhadap bangsanya.
No comments:
Post a Comment