Siasatan keganasan polis pada himpunan Bersih 3.0
perlu disegerakan untuk memberikan gambaran sebenar kepada masyarakat
yang keliru dengan laporan yang disiarkan oleh media arus perdana dan media
alternatif di alam maya.
Justeru, Intelek Malaysia (IM) mengalu-alukan tindakan
kerajaan yang proaktif untuk menubuhkan satu panel bebas untuk menyiasat
tindakan ganas pihak polis dalam satu himpunan awam yang dikendalikan oleh
jawatankuasa Bersih 3.0 yang bertujuan untuk memperjuangkan pilihan raya yang
bebas dan adil.
“Sudah pasti ia
dapat memberikan ruang yang lebih adil kepada semua pihak yang terlibat dalam
perhimpunan ini untuk disiasat kerana setiap hari media berterusan memberikan
laporan satu hala sahaja,” kata presidennya, Khairul Faizi Ahmad Kamil dalam
satu kenyataan.
Namun, ujarnya IM merasa sangsi dengan penubuhan
badan bebas tersebut yang bakal dilihat 'tidak bebas' di atas perlantikan bekas
ketua polis negara Tun Haniff Omar untuk mengetuai panel bebas tersebut dan
menidakkan peranan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
Ia, jelasnya berpandukan kepada beberapa perkara,
antaranya Hanif telah memberikan signal awal terhadap perhimpunan itu dengan
meletakkan syak wasangka bahawa golongan pro-komunis yang terbabit dalam
demonstrasi pada tahun 1970-an dilihat dalam perhimpunan Bersih 3.0.
“Beliau yang
mungkin mempunyai daya ingatan yang tajam dapat mengecam golongan pro-komunis
ini daripada gambar-gambar dan imej yang disiarkan dalam media massa.
Tambahnya, Hanif adalah bekas Ketua Polis negara yang
mana insiden yang ingin disiasat adalah berkaitan dengan keganasan polis yang
akan memberikan ruang tidak seimbang untuk beliau menentukan keputusan yang
melibatkan kelompok pegawai polis tersebut.
Justeru, ujar beliau IM mencadangkan beberapa perkara untuk
dipertimbangkan iaitu memberikan amanah itu kepada Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia Malaysia (Suhakam) yang berkemampuan untuk mengendalikan kes tersebut.
Menurutnya, Suhakam mempunyai kepakaran dalam bidang
yang melibatkan hak asasi manusia yang diperakui 'track record' Suhakam yang
bertindak secara telus dan adil.
“Siasatan
tersebut diadakan secara terbuka dengan melibatkan semua pihak termasuk wakil
daripada penggerak Bersih, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan mereka yang
disebut sebagai mangsa keganasan polis dalam himpunan tersebut,” ujarnya.
Sumber : DISINI
Ulasan :
Hanif Omar tidak ada
sebarang kelayakan untuk dilantik sebagai Pengerusi JK Bebas (sebenarnya ia
awal-awal lagi tidak bebas dan berpihak kepada UMNO dan Najib), tetapi Najib
tetap memilih Hanif tidak memilih SUHAKAM kerana :
1.
Hanif akan mempertahankan keganasan polis
walau dengan apa cara sekali pun dan akan menyalahkan peserta bersih. Polis
akan mempertahankan polis seperti kes mata lebam Anwar Ibrahim yang memaksa
Mahathir menubuhkan Suruhanjaya DiRaja dan akhirnya terserlah Rahim Noor yang
menumbuk dan memukul Anwar. Adalah mustahil Hanif membelasah polis. Macam
pencuri menyiasat pencuri. Tentulah pencuri akan diselamatkan.
2.
SUHAKAM adalah badan hak asasi manusia yang
bertindak bebas dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Selama ini, SUHAKAM
dalam beberapa kes demontrasi yang melibatkan keganasan polis, adalah didapati
SUHAKAM tidak pernah menyalahi pasukan polis (di Bersih 3.0 berlangsung,
Pegawai dari SUHAKAM turut turun membuat pemantauan) yang sememangnya ganas,
samseng dan kurang ajar.
3.
Jadi, untuk menyelamatkan maruah pasukan
polis (sekarang sudah pun tercemar ke seluruh dunia), maka Hanif terpaksa
dicari dan dilantik untuk menyiasat yang mana keputusan JK ini telah diskripkan
untuk memulihkan imej pasukan polis dan imej. Namun, usaha itu tidak akan
berjaya malah ia akan menjadi cemuhan dan bencian rakyat jelata dan dunia
antarabangsa. Keputusan JK itu nanti tidak ada sebarang kewibawaan dan akan
dipertikaikan.
4.
Manusia bernama Hanif ini sendiri tidak ada
kelayakan alasannya seperti dalam gamnbar-gambar berikut :
No comments:
Post a Comment