Ahh !! kasar
bunyi tajuk ini...
Tetapi ia
ada berkemungkinan beliau di pecat atau menghadapi jawatan kuasa disiplin
Umno ..kerana sekeping gambar ini memperlihatkan Tan Sri Anwar telah
menyertai satu kumpulan NGO (Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti
Kelantan ) semalam dalam usaha menyokong kerajaan negeri menuntut duit royalti
dari Petronas.Lebih 20,000 tanda tangan telah berjaya di perolehi termasuk
salah satu dari Anwar musa sendiri ( gambar atas) .
Dengan
menandatangani sokongan ini seolah olah Anwar Musa menyokong usaha kerajaan
negeri yang di terajui oleh Parti Pas, sudah tentu akan menimbulkan kemarahan
dari puak puak Umno ( kita tunggu dan lihat ) .Umum mengetahui dalang di
sebalik kemelut duit royalti minyak ini datangnya dari Umno Parti yang di
sertai oleh Anwar Musa bukannya dari Petronas.Sebagai yang terjadi dan
apa yang pernah berlaku diTerenganu bila mana perjanjian di cabuli oleh
Kerajaan Pusat (UMNO) apabila mereka tewas pada Pru ke 10 pada tahun 1999
dengan merampas hak kerajaan baru Trangganu di bawah Pas pada masa itu.
Menjadi
tanda tanya adakah Anuar Musa menongkah arus didalam polemik isu Royalti
diantara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan ? sedangkan kita
mengetauhui bahawa Anwar Musa adalah diantara orang kuat Umno Kelantan dan
pernah menjadi Adun Merlor serta pernah memegang jawatan Menteri Belia
dan Sukan serta pernah menjawat jawatan ahli majlis tertinggi Umno.
Adakah
tindakan Anwar Musa benar benar ikhlas atau hanya sekadar dia
menagih sokongan dari peminatnya di Bukit Jalil ,kerana kerana kita tahu
pada 5 april 2012 beliau telah di gantung oleh FAM selama 30 bulan dari
bergiat dalam bola sepak negara. Ianya menjadi satu tanda tanya buat diri saya
. Jika Anwar Musa benar benar ikhlas menanda tangani saya ucapkan syabas kepada
beliau.
Sebaiknya
Tan Sri Anwar Musa sebagai anak jati negeri Kelantan sepatutnya mengenepikan
sentimen parti dalam isu tuntutan ini, Umno atau Pas yang
memerentah yang penting kembalikan wang kepada yang hak . Jangan kamu
(Umno Pusat ) mencabuli perjanjian yang di menterai demi dendam kesumat
serta berpolitik sempit.Kerana esok apa yang di lakukan akan di persolakan oleh
Allah di Akhirat kelak. Di akhir kata apa yang berlaku du bukit jalil semalam
akan membuka lembaran baru di dalam kemelut ini tuntutan royalti antara
negeri dan pusat.
** Taniah
Kelantan kerana menjadi juara piala FA semalam.
Sumber : Di SINI
No comments:
Post a Comment