1).
Adakah Bersih 3 diperlukan?
Ya,
ianya diperlukan memandangkan masih tiada komitmen untuk perubahan sebelum
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berlangsung. Malah, kami masih menemui
bukti-bukti penyelewengan yang masih belum ditangani.
2).
Mengapakah bertindak terburu-buru untuk diadakan pada 28 April 2012 ?
Semua
tanda-tanda menunjukkan parti pemerintah akan mengadakan pilihan raya dalam
jangkamasa yang terdekat. Jika kerajaan tulus untuk melaksanakan perubahan,
mereka boleh membuatnya kerana mereka masih mempunyai masa sehingga June 2013
untuk mengadakan PRU 13. Kita harus bertindak cepat jika kita mahukan perubahan
dilaksanakan sebelum PRU 13.
3).
Adakah Bersih dirampas oleh parti pembangkang?
Bersih
dianjurkan oleh pertubuhan awam dengan sokongan dari 84 badan bukan kerajaan.
Ia adalah perhimpunan badan bukan kerajaan dan tidak boleh dirampas atau
diambil alih oleh mana-mana parti politik. Malah, ahli-ahli SEMUA parti politik
dijemput menyertainya sebagai rakyat.
4).
Adakah anda berpuas hati dengan sebarang kandungan laporan Jawatankuasa Pilihan
Khas Berhubung dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC)?
Ya.
Kami telah mengenal pasti beberapa perkara baik seperti yang disebutkan dalam maklum
balas kami yang terperinci terhadap 22 cadangan dalam laporan tersebut . Namun begitu, tiada cadangan
yang akan dilaksanakan sebelum berlangsungnya PRU 13. Ini menunjukkan yang
tuntutan untuk membersihkan daftar pemilih dan mengubah baik undian pos belum
lagi ditepati seperti yang diharapkan. Tuntutan untuk menghapuskan rasuah dan
politik kotor berkaitan dengan kesalahan pilihan raya dan piawaian tatalaku
tidak disentuh langsung oleh PSC.
5).
Adakah ianya wajar bagi cadangan untuk akses media yang bebas dan adil?
Ya.
Walaubagaimanapun, ianya terhad kepada akses media sepanjang tempoh berkempen
sahaja. Sekiranya kerajaan tekad untuk membuat perubahan seperti yang
dikatakan, mereka tiada halangan untuk memastikan akses media yang bebas dan
adil dengan serta-merta.
6).
Apakah sebab-sebab munasabah mengapa pengundi di luar negara dinafikan hak
pengundi sebagai (absentee voters)?
TIADA.
Juga, cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas untuk meneliti lebih lanjut perkara
ini tidak boleh diterima.
Pertubuhan awam telah mengemukakan cadangan terperinci bagi membantu pengundi
di luar negara untuk mengundi. Tanpa undian pengundi di luar negara,
dianggarakan 1 hingga 2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan hak mengundi.
Cadangan ini PATUT DILAKSANAKAN.
7).
Mengapakah BERSIH 3.0 diadakan di seluruh negara ?
Inilah
masanya untuk semua rakyat Malaysia, baik di dalam dan luar negara, bersuara
bagi hak mereka menjalani pilihan raya yang bebas dan adil serta proses yang
berdemokrasi. Malaysia adalah negara kita semua. Kita hanya mahu yang terbaik
untuk negara kita.
8).
Mengapakah Himpunan Hijau menyertai Bersih 3.0 ?
Bersih
3.0 adalah peluang untuk rakyat Malaysia menuntut pilihanraya yang bebas dan
bersih. Himpunan Hijau percaya tanpa pilihanraya yang bersih tidak akan ada
alam yang bersih. Kami menerima sokongan mereka.
9).
Mengapakah ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dituntut meletak jawatan ?
Selama
ini, SPR telah menggugat integriti proses pilihan raya. Mereka telah gagal
melaksanakan tanggungjawab mereka di bawah perlembagaan Malaysia kepada rakyat.
Perletakan jawatan ahli-ahli SPR ini adalah langkah pertama ke arah reformasi
yang tulus.
10).
Mengapakah pemerhati antarabangsa diperlukan semasa pilihan raya umum akan
datang ?
Dengan
adanya pemerhati antarabangsa, ia akan menggalakkan keyakinan orang ramai di
samping mengelakkan penyelewengan dan penipuan. Kehadiran pemerhati
antarabangsa adalah amalan yang diterima di seluruh dunia dan memainkan peranan
yang penting dalam memberikan penilaian yang tepat dan saksama terhadap
integriti proses pilihan raya dalam tatanegara demokratik.
No comments:
Post a Comment