Minggu lepas aku ke Kedah . Aku ke sana dua hari jumpa rakan bisnes. Salah
seorang rakan bisnes aku adalah kawan lama aku sejak dari sekolah menengah
asrama penuh lagi.
Biasalah kawan lama sekali-sekali jumpa, sambil makan minum kami bersembang
berkenaan Pakatan Rakyat, PAS, PKR, DAP, UMNO Jahanam dan MB Kedah Azizan
Razak.
Kawan aku ni adalah penyokong kuat PAS sejak balik dari luar negeri dalam tahun
80an lagi, cuma dia tidak pernah memegang apa-apa jawatan dalam parti. Dalam
bersembang tu timbul cerita Azizan Razak MB Kedah.
Kawan aku kata "Azizan jadi MB Kedah ni karut. Memang karut".
"Pasai apa pulak" Aku tanya sebab dia kata begitu.
"Dia MB dari PAS ka dari UMNO?" kawan aku tanya aku balik.
"Hang ni bodo jugak macam orang PAS lain yang dok walak membabi buta
tuh" dia perli aku. "Hang tengoklah Azizan ni.... perangai.... cara
kerja... pemikiran macam orang UMNO" sambung kawan aku.
"Mana ada!" aku cuba menafi tanggapannya pada MB Azizan.
"Aku tengok ok saja." tambah aku lagi.
"Nih hang bukan dok sini, hang mai pun sebulan sekali dua aja.....
hang mana tau" kata kawan aku.
"Cuba hang perati betoi-betoi... negeri Kedah ni BN dengan UMNO buat
tak tau saja.... depa tak ambik pot.... tak kacau lebih-lebih la syeikh"
katanya "Tengok Pineng dengan Selangok tak putuih-putuih depa kacau.
Lepaih satu isu... timbui lagi isu. Hang tau pasai apa UMNO sial tu tak kacau
Kedah? Ala takat UMNO bisin sikit-sikit tu wayang saja... Aku tanya hang ni....
hang agak pasai apa?" dia menekan tanya aku.
"Mana aku tau aku tengok elok saja... hari tu ada lah sikit 2 exco
buat hai tapi dah setel" aku menjawab soalannya.
"Tu lah hang.... jawabnya Azizan Razak tu perintah Kedah ikut suka
dia, kalau ikut suka dia cara PAS dengan Pakatan Rakyat tak pa jugak..... ni
ikut sebijik macam UMNO suwey tu... tuihh!" suara kawan aku makin kuat.
"Cara dia perintah Kedah UMNO dajai tu senang-senang saja boleh ambik
balik negeri kat depa.Hang tengok aku nak cerita sebijik-sebijik kat hang.....
nombor satu kononnya dia tak mau konfrontasi dengan UMNO dia nak jadi MB baik
di mata UMNO.... tuihh" kawan aku cakap sambil ludah bila sebut UMNO!
"Mahathir peraun pelaq tu si Azizan boleh buat baik... state gomen
boleh bagi kemudahan kat dia kalau dia balik mai Kedah..... Apa jasa kelin tua
kutuk tu kat PAS Kedah?" sambil kutuk Azizan dia maki si Keling Tua pulak.
Aku diam saja.
"Kedua cara si Azizan ni perintah Kedah sebijik salin tak tumpah macam
UMNO ..... hang tengok BDB... Bina Darulaman... ada macam-macam anak
syarikat.... yang dok berlawan dengan kontrektor Melayu pun ada... macam Kedah
Sato" kawan aku terang dengan panjang lebar.
Sambung kawan aku "Kedah Sato ada lesen kontrek kelas A.... kalau
state gomen pangge tender diapun masuk sama. Boleh kat dia la. Hang pi tanya
pegawai-pegawai yang urus tender... depa kata MB utamakan Kedah Sato.
Kadang-kadang harga depa tah bukan-bukan mahai, tapi menang tender jugak. Jadi
depa ni yang dok terpacak dalam Kedah Sato tak gaduh teruk cari kerja, projek
tentu ada." aku diam tak terkata hanya mendengar saja.
"Lagi... lagi... BDB... zaman UMNO dulu depa nak dapat duit mudah hang
tau macamana depa buat?" tanya kawan aku. "Tunggu state gomen bagi
projek la" jawab aku ringkas. "Salah" balas kawan aku.
"Dulu ada satu polisi, permit pasiaq dan batu.... syarikat atau orang
perseorangan kalau nak mohon permit ambik pasiaq dengan batu kena pi cari
BDB...... BDB yang akan mintak permit ataih nama depa, bila dah luluih depa
bagi kat orang ka syarikat asai tadi yang betoi-betoi nak usaha keluaq pasiaq
batu.... depa paw dua tiga puluh ringgit selori. Duit doket pejabat tanah lain
pulak syeikh." terang kawan aku dengan panjang lebaq.
Aku hanya berkata "Oo lagu tu ka?". "Ha lagu tu la"
balas kawan aku.
"Tu cerita zaman UMNO suwey.... tapi sejak Azizan jadi MB dia tak bagi
BDB buat macam tuh". kawan aku terus bercerita. "Ok lah tu"
pantas aku pertahankan MB Azizan.
"Ni syeikh... hang jangan bagi aku panaih!.... si Azizan tu ustaz!..
uztaz!" kawan aku sebut kalimah 'ustaz' macam arab lidah
tebal. "Azizan sudah tukaqla syeikh! Tempat BDB la ni Yiked pula
ambik alih" dia terus bercakap.
"Yiked tu cina mana pulak? Takkan ustaz PAS pun dok cari cina
jugak?... ali baba ka?" soal aku. "Yiked tu bukan cina la....
Y-I-K-E-D.... Yayasan Islam Kedah la syeikh" kawan aku siap mengeja
menerangkan berkenaan Yiked.
"Modus operandi ambik duit mudah sama saja. Cuma tukaq beneficiary
saja. Ganti penerima. Bodo punya Azizan.... dia ingat dia pandai. Bukan dia nak
ajar depa bagi pandai meniaga cari duit sendiri tapi dok kena suap jugak. Jadi
UMNO dengan PAS sama saja kalau jaga negeri" panjang lebar kawan aku
hentam Azizan.
"Sepatutnya dia galakkan pengusaha... kontrektor... peniaga... mencari
macam-macam peluang yang ada dalam negeri Kedah.... mudahkan depa dapat lesen
dengan permit. Anak syarikat kerajaan tak boleh ada lesen macam lesen kontrek
yang dok lawan dengan kontraktor lain yang nak dapat satu kerja dalam
setahunpun susah". ujar kawan aku.
"Sama jugaklah dengan kuari batu dengan pasiaq. Pasai apa ikut cara
UMNO? Bagilah permit direct kat pengusaha yang sebenaq. Bukan bagi kat GLC yang
dok goyang kaki duit masuk. Gaji depa ribu-ribu. Ni ali baba cara baru... itu
sebab harga pasiaq mahai di Kedah syeikh." aku hanya diam dengar celoteh
kawan aku.
"Azizan ni cakap kadang-kadang kurang ajaq. Hang tengok youtube
macamana dia cakap dengan reporter. Memanglah dia nak patahkan hujah tapi ada
cara la.... bukan boleh kasaq kurang ajaq.... tengok MB Perak... Nizar
Jamaludin.... dia ada gaya ada cara cakap dengan orang.... Azizan ni ustaz
takkan dia tak tau akhlak Islam.... aku yang kuat PAS nipun naik meluat....
orang lain yang ataih pagaq lagu mana?" kawan aku mengungkit perangai
Azizan.
"Lagi ha.... sampai la ni..... hari ni... adakah Azizan gerakkan sungguh-sungguh
PAS untuk kerja keraih nak pertahan kerajaan PR Kedah.... aku tengok tak
dak.... tak dak... depa dok nganga.... tambah pulak yang dah jadi Ketua
Kampong... apa nama? ada Majlis Ketua Kampong..... Tok Ketua dok nganga tunggu
elaun.... hang tau kerja dengan orang kampong sapa buat? JKKKP yang buat...
JKKKP tu federal gomen yang buat.... maknanya UMNO yang buat" kawan aku
buka pula tembelang orang PAS Kedah.
"Hang tau.... aku pi satu kampung.... aku jumpa ketua kampung yang
jadi ketua PAS situ, sembang dengan dia.... celah tu sampai sorang orang
kampung dok crita problem dia.... minta tolong kat tok ketua.... hang tau tok
ketua ni kata apa?" tanya kawan aku dan aku hanya terlopong dengar
cakapnya.
"Mana aku tau!" jawab aku. Kawan aku terus cerita "Tok Ketua
kata kat orang tu hang pi cari JKKKP lagi senang depa peruntukan banyak, kami
ni ada apa ja..... hang tengok lagu tu depa servis rakyat.... lagu tu kalu
mampuih... mampuih!".
"Wei.... kita ni dok sembang lama jugak.... hang tak mau tambah ayaq
ka?" tanya kawan aku sambil memerhati gelas teh tarik aku yang dah kosong.
"Dei!! Teh tarik dua" kawan aku memesan minuman dari pelayan
kedai mamak.
"Kita minum dulu"
·
http://leecopperten.blogspot.com/2012/04/pru13-bye-bye-mb-azizan-razak.html
No comments:
Post a Comment