DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, April 27, 2012

NAJIB DALAM PERHATIAN APABILA DUNIA MULA MEMERHATI BERSIH 3.0


Oleh Clara Chooi
April 28, 2012

KUALA LUMPUR, 28 April — Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak akan menjadi perhatian dunia hari ini apabila rakyat Malaysia berhimpun sekali lagi untuk menguji komitmen kerajaan berkenaan perubahan demokrasi, beberapa bulan sebelum pilihan raya.
Penganalisis dan pemimpin politik pembangkanh berkata Najib harus menangani Bersih 3.0 dengan lebih cermat berbanding perhimpunan sebelumnya menuntut pilihan raya adil dan bersih pada 9 Julai tahun lalu.

Jawatankuasa Pemandu Bersih, Hishammuddin Rais berkata kepada The Malaysian Insider bahawa media antarabangsa mula hadir acara petang itu, cubaan ketiga Bersih menuntut pembaharuan pilihan raya.

Sehubungan itu, keganasan terhadap orang awam yang berhimpun di jalanan hari ini akan menjadi tajuk hangat antarabangsa yang menunjukkan kekurangan kebebasan umum di Malaysia.

“Tiada siapa yang ingin melihat gambar orang awam dipukul pihak polis. Bagi kerajaan, sekiranya polis jalankan tanggungjawab sebagai pelindung, episod ini akan berlalu,” kata Ibrahim Suffian, pengarah penyelidik bebas Merdeka Centre.

Namun ramai menganggap tidak akan berlaku insiden di mana peserta demonstrasi akan digari, diheret ke dalam trak polis, atau pulang ke rumah dalam keadaan cedera akibat gas pemedih mata, kegatalan kulit akibat tembakan meriam air.

“Tindakan polis akan terhad akibat kekhuatiran seperti dahulu yang akan memberikan kesan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN),” kata Ketua Publisiti DAP, Tony Pua.

“Saya tidak mampu membaca fikiran Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, namun saya tidak yakin polis akan melepaskan gas pemedih mata seperti dahulu,” kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Hishammuddin (Rais) turut berkata, “polis akan berhati-hati” atau mereka akan “membunuh diri apabila mereka bertindak ganas terhadap peserta demonstrasi aman kerana mereka hanya akan duduk sahaja.”

Penganalisis pilihan raya, Dr Ong Kian Ming turut percaya, peserta akan diberi kebenaran melepasi halangan yang dibuat di Dataran Merdeka, lokasi bersejarah yang menjadi pertikaian antara penganjur dan pihak berkuasa sejak beberapa minggu lalu.

“Saya rasa polis akan lebih menumpukan kepada kawalan keselamatan kali ini dan saya percaya walaupun terdapatnya perintah mahkamah, pihak berkuasa akan membuka Dataran Merka dan membenarkan demonstrasi “Duduk Bantah” diteruskan,” katanya kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi semalan.

Selain Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berulang kali menegaskan menolak permohonan Bersih untuk menggunakan dataran terbabit, polis turut mendapat kebenaran majistret untuk menghalang publik menghampiri kawasan bersejarah tersebut.

Bersih hari ini bercadang untuk berkumpul di enam lokasi sebelum berarak dan bergabung di lokasi tersebut, dan menegaskan mereka tidak akan berganjak daripada lokasi nenek moyang mereka mengumumkan Kemerdekaan.

“Arahan mahkamah itu hanya merangkumi Dataran. Bersih tidak akan melanggar perintah mahkamah atau melepasi halangan ... kami akan pergi sehampir mungkin dengan Dataran.
“Tapi kami berharap pihak berkuasa akan bertolak ansur dan memberikan kebenaran, mereka boleh lakukan,” kata Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenavasan kepada pemberita semalam.

Timbalan Komisioner Ketua Polis Bandaraya, Datuk Mohmad Salleh telah memberikan lampu hijau untuk Bersih di luar kawasan Dataran Merdeka, berdasarkan peruntukan di dalam akta baru, Akta Perhimpunan Aman 2011, yang membenarkan masyarakat berhimpun.Namun, peruntukan itu tidak menyatakan pergerakan dalam berhimpun.

Ini menyebabkan para demonstran melihat berlakunya perbalahan dengan keganasan polis apabila mereka berarak daripada enam lokasi menuju ke Dataran Merdeka.

Namun, bersetuju dengan pendapat ahli politik dan penganalisis, ini bakal menyaksikan kejatuhan mendadak populariti Najib yang sedang meningkat naik.

“Sekiranya berlaku pertempuran, atau imej individu dipukul, dengan pantas, pembangunan politik yang Najib cuba bawa akan hancur. Beliau perlu bermula kembali dari sifar,” kata Ibrahim.

Hishammuddin berkata, Najib dan BN bukan sahaja akan kehilangan undi, tapi juga peluang untuk mendapat sokongan kumpulan kelas bawahan.

“Pengundi atas pagar, kami dengar ada 40 peratus daripada sistem pemilih, mereka mungkin menentang BN. Pengundi ini adalah amat penting untuk menentukan arah tuju negara,” katanya.

Ong lebih menjurus kepada pendekatan neutral, berkata tindak balas tersebut akan menyebabkan berlakunya kelemahan dalam perisai BN, ia mungkin tidak memenangi pemilihan untuk pembangkang.

Walaubagaimanapun, Najib dilihat tidak akan menggunakan peluangnya, ahli akademik itu  berpendapat, perdana menteri akan menangguhkan pilihan raya ke-13 sehingga beberapa bulan meredakan gelombang Bersih 3.0.

Namun, tiada pemerhati ini menjangkakan Bersih 3.0 akan mencapai objektif mereka.
Adakah sistem pilihan raya Malaysia akan bersih menjelang PRU13?

“Saya rasa, sekiranya jangkaan saya adalah benar, tidak akan berlaku keganasan, perhimpunan itu akan kekal aman dan saya rasa Najib akan tetap dengan laporan PSC (Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen) dan tidak melakukan perubahan drastik sebelum pilihan raya,” kata Ong. Bersih 3.0 menayatak rasa ketidak puasan hati terhadap cadangan PSC.

Ibrahim berkata, adalah sukar untuk menjangkakan apa akan berlaku “selepas Bersih 3.0”, mengakui, mungkin hanya akan kembali normal.

“Saya tidak pasti. Jangkaan publik mungkin tinggi, tapi semuanya berdasarkan kerajaan. Sekiranya tiada perkara yang dilakukan cukup untuk menambah baik mutu pilihan raya, kerajaan masih lagi berjalan seperti iasa dan menang pilihan raya walaupun kebenaran kemenangan mereka itu dipersoalkan,” katanya.

Nurul Izzah bersetuju dengan pendapat penganalisis tersebut.

“Saya tidak rasa Najib akan menyerah, dengan pelbagai perkara akan dipertaruhkan,” katanya.

Bersih 3.0, perhimpunan besar-besaran ketiga gabungan 84 NGO, dijangka turut disertai oleh perhimpunan di seluruh negara dan 71 bandar melibatkan 29 negara di sekuruh dunia.
Sumber : DISINI

No comments: