DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, April 28, 2012

BERSIH 3.0 BERJAYA MENCAPAI SASARAN


Bersih 3.0 telah mencapai sasarannya. Menurut Ambiga (Pengerusi bersama Bersih 3.0 dengan Pak Samad Said) lebih 250,000 orang secara sukarela turun ke KL untuk menuntut supaya PRU ke-13 yang akan datang dilaksanakan secara adil dan saksama seperti yang dituntut oleh semua rakyat dari semua peringkat dan kaum.

Bersih 3.0 telah berjaya mengerakkan seluruh rakyat sedar akan penipuan SPR selama ini yang bersekongkol  dengan UMNO untuk UMNO mengekalkan kuasa. Disebabkan zaman sudah berubah dan rakyat semakin pandai, cerdik dan pintar, maka penipuan, penyelewegan dan menyalahgunaan kuasa (memperkudakan Jabatan-jabatan kerajaan) dengan mudah dapat dihidu dan dikesan serta dibongkar kepada khalayak seluruh rakyat. Rupa-rupanya SPR adalah Suruhanjaya Penipu Rakyat.

Bersih 3.0 berjaya dari segi penganjuran dan pernyertaan, tetapi adalah pasti 8 perkara yang dituntut tidak akan diendahkan oleh pentadbiran Najib. Oleh itu BERSIH perlu memulakan kempen di peringkat antarabangsa supaya menekan kerajaan Najib supaya melaksanakan demokrasi khususnya perlaksanaan pilihan raya secara adil dan bebas, tidak seperti dilaksanakan oleh zaman akhir-akhir pemerintahan Suharto, Marcos, Shah Iran dan lain-lainnya. Pilihan yang ada lagi sekiranya gagal adakan pilihanraya yang adil dan saksama, maka BOIKOT adalah kaedah terbaik baik mengajar Najib dan kerajaannya.

Kita mencabar UMNO dan PERKASA sekiranya mereka boleh menganjur perhimpunan sebesar itu dan semegah itu TANPA menyediakan pengangkutan (pergi-balik), duit saku, makanan, kemudahan penginapan, mempergunakan kemudahan jabatan-jabatan kerajaan dengan memaksa kakitangan awam menghadirinya dan sebagainya.Biarkan ahli-ahli dan pendokongnya datang sendiri seperti peserta-peserta Bersih.

Lihat gambar-gambar sekitar perhimpunan Bersih 3.0 yang berjaya mencapai penyertaan lebih 250,000 orang yang terbesar setakat ini :




4 comments:

Anonymous said...

nampak frust je... jgn hipokrit la.. ngaku je la bersih 3.0 gagal.. toksah la letak pic2 yang dah di photoshopedkan tu.. lagi jgn la tunjuk pic bersih 2.0... hakikatnyanya bersih 3.0 adalah satu kegagalan... secara jujurnya paling tinggi pun 20,000 je...

Anonymous said...

Tun Telanai,satu je aku nak cakap " KO BODOH!!!"Hahahahahaha

Anonymous said...

susah betul nk jumpe org melayu yg 'cerdik' arini.. majoriti org melayu arini dah kena suap.. sbb tu ramai yg sokong BN. yg kene suap lain..yg kene rasuah lain..

ade tu plk..nmpak yg zahir je..yg batin x nmpak.. ap yg media kate..sume die sokong.. media kate A. die sokong A. bkn nak siasat ke ap ke dulu..main percaye trus bulat2..ingat BN tu malaikat ke..media tu malaikat ke? media berat sebelah x pernah nak BERSIH

haiiish..ape dah jadi ngan melayu kito la ni.. bukak la sikit minda tu..kete dah maju..fikiran tu pun maju laa sikit..asyik duk takuk lame je...

Anonymous said...

*ade tu plk..nmpak yg tersurat je..yg tersirat x nmpak