Anwar, Bakal Perdana Menteri Terbaik
Parti Keadilan Sejahtera (PKS) hari ini berharap pilihan raya umum di Malaysia yang dijangka berlangsung tidak lama lagi dapat berjalan dengan adil, jujur dan telus.
Dengan keadaan itu, kata setiausaha agungnya Fahri Hamzah , ia membolehkan rakyat Malaysia memilih “kepimpinan yang sejati” dan memberikan pentadbiran yang baik.
Tanpa menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak secara jelas, beliau bagaimanapun memuji Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya mampu “menganyam kepimpinan masa lalu dan sekarang” demi kebaikan negara serumpun.
“Figura Bapak Anwar boleh menjadi pemimpin transisi yang boleh memimpin negara dan seluruh polisi untuk maju ke depan,” katanya dalam majlis dialog delegasi tokoh politik Indonesia bersama kerajaan Selangor di Shah Alam.
Turut hadir dalam majlis itu barisan exco negeri dan mantan menteri koperasi dan usahawan kecil dan menengah Indonesia Adi Sasono.
Fahri turut mengakui “hubungan terbaik” Indonesia-Malaysia sewaktu Anwar menjadi timbalan perdana menteri yang menjalin kerjasama dengan presiden Indonesia ketika itu BJ Habibie.
“Saya bersetuju sebagai anak muda, kami merasakan hubungan kemesraan (diplomatik) yang luar biasa,” katanya.
Fahri turut mengakui sering diajak bertemu dan bekerjasama dengan pelbagai organisasi daripada Malaysia ketika itu.
PKS yang ditubuhkan pada 1998 antara parti Islam paling popular di Indonesia dengan penguasaan 57 daripada 560 kerusi dalam parlimen di republik itu.
Inilah sebabnya kenapa Anwar Ibrahim sangat dihirmati dunia luar, "tukanglawan" mahu bertanya soalan paling mudah kepada anda
"Diantara Anwar Ibrahim dan najib razak, secara Iklas dari hati anda, Siapa yang paling layak menjadi Perdana menteri untuk memimpin negara?"
Sumber : Tukanglawan
No comments:
Post a Comment