DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Sunday, March 11, 2012

SI NAJIB “MURAHAN” DISELAR LAGI: MAMPUKAH DIA HABISKAN RM400K UNTUK SEBUAH MEJA MAKAN?

Written by Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

Nampak gayanya, rasuah semakin menjadi-jadi di Malaysia dengan peneraju utamanya adalah Najib Razak yang menjadi contoh untuk menteri kabinet yang lain. Jika tuduhan terhadap beliau adalah benar, Najib seharusnya dibawa ke muka pengadilan.

Bukan sahaja beliau dituduh menyalahgunakan kuasa, pemimpin berusia 59 tahun itu mungkin mengecewakan lagi rakyat apabila mereka mendapat tahu pada Jumaat lepas bahawa Perdana Menteri telah menggunakan wang rakyat bagi membayar perbelanjaan majlis pertunangan anaknya.

“Ini bukan perkara kecil. Ia mungkin hanya RM409 767 tetapi ia menunjukkan betapa teruknya kerajaan kita yang sanggup menggunakan dana kerajaan untuk membiayai perbelanjaan peribadi PM dan juga menteri kabinetnya,” ujar pengarah strategi PKR Rafizi kepada sidang media yang dinanti-nantikan pada juamaat lepas.

Rafizi menunjukkan bukti dengan sebuah salinan pesanan untuk majlis makan daripada Shangri La Hotel, yang menjadi penyedia makanan untuk majlis pertunangan yang diadakan di Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri. Inbois berjumlah RM 409,767 itu telah dibilkan kepada Jabatan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Rafizi juga memberitahu wartawan bahawa Najib mungkin membayar balik bil tersebut tetapi ia masih lagi satu penyalahgunaan kuasa kerana menggunakan jabatannya untuk menguruskan majlis tersebut yang dihadiri oleh 1000 orang jemputan. Menurut Rafizi lagi, perkara ini telah menimbulkan spekulasi mengenai pendapatan Najib.

“Jika dia telah bayar balik, kami mahu tahu dari mana dia dapat wang tersebut. Ia sangat banyak, hampir setengah juta untuk majlis pertunangan,” tambah Rafizi.

JPM tolak dakwaan Rafizi yang mungkin sudah melakukan banyak pembongkaran

Sementara itu, JPM telah menolak dakwaan tersebut dalam kenyataan 2 perenggan yang dikeluarkan mereka. Ini hanyalah membayangkan betapa Rafizi mungkin telah melakukan pembongkaran yang tepat.

Walaupun telah 3 tahun menjadi PM, Najib telah dihujani dengan pelbagai dakwaan rasuah. Masih kuat spekulasi yang mengatakan beliau terlibat dengan pembunuhan Altantuya dan juga menerima ganjaran RM 570 juta daripada sebuah firma Perancis, DCN yang menjual 2 buah kapal selam Scorpene pada tahun 2002.

“Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli sepatutnya memohon maaf atas dakwaan beliau yang palsu itu. Ia berupa fitnah dan memburukkan nama Perdana Menteri,” menurut kenyataan daripada JPM.

“Tiada dana rakyat yang digunakan untuk membiayai kos majlis pertunangan anaknya, ia telah dibiayai sendiri oleh Perdana Menteri dan keluarga beliau.”

Walaubagaimanapun, kontroversi pembiayaan majlis pertunangan anak Najib itu, Nooryana Najwa yang berkahwin dengan anak saudara pemimpin di Kazakhtan tahun lepas bukanlah kontroversi pertama. Semasa lawatan rasmi ke sana pada Jun lepas, Najib dan isterinya Rosmah Mansur telah didakwa membawa bersama mereka jemputan mereka untuk menghadiri majlis pertunangan Nooryana di sana.

Jemputan mereka itu didakwa telah diterbangkan ke sana menggunakan kelas Pertama sebagai sebahagian daripada delegasi lawatan rasmi. Perbelanjaan itu telah ditanya di Parlimen. Kementerian Luar terpaksa mengakui bahawa kos perjalanan berjumlah RM 1.1 juta.

Pembongkaran kecil daripada skandal-skandal yang lebih besar

Perbelanjaan mewah telah lama membelenggu pentadbiran Najib. Bukan sahaja rosmah yang menjadi perhatian kerana kemaruk membeli-belahnya, koleksi beg tangan Birkin dan cincin berlian benilai USD 24 juta, Najib sekeluarga juga telah diketahui pergi bercuti di Perth semasa Hari Malaysia.

Yang paling teruk, Najib telah menggunakan jet kerajaan untuk membawa tetamunya ke Perth. Apabila tertangkap, sebab yang mereka beri adalah mereka telah ke sana untuk majlis rasmi bersama pelajar Malaysia dan najib telah memberikan sebuah ucapan yang memberikan inspirasi kepada pelajar kita. Tetapi malangnya untuk Najib, para pelajar cepat-cepat menidakkan dakwaan tersebut di Facebook dan terus memburukkan situasi untuk keluarga Perdana Menteri.

“Ini mungkin sedikit sahaja daripada skandal-skandal besar yang kita tidak tahu. Sepatutnya ada siasatan dan penelitian dalam perbelanjaan JPM. Jawapan samar-samar dan memberi nilai secara keseluruhan tidak dapat diterima. Sepatutnya ada perincian perbelanjaan. Ini adalah perkara asas dan ia sepatutnya diketengahkan kepada rakyat demi kepentingan mereka,” ujar Rafizi.

Hubungan dengan Kazakhstan

Tetapi sekarang, semua mata tertumpu pada Kazakhstan. Baru-baru ini, diketahui bahawa pengarah Pusat Feedlot Kebangsaan telah membeli apartmen bernilai RM1.7 juta yang bakal digunakan sebagai ofis di Almaty, di bahagian selatan Kazakh.

Pengarah NFC adalah suami dan anak kepada Menteri Wanita, Shahrizat Jalil. Mereka telah didakwa menyalahgunakan kuasa dan menyalahgunakan pinjaman kerajaan berjumlah RM250 juta untuk membeli kondo mewah di Bangsar, Singapura dan sekarang, Kazakhstan.

Perjanjian pinjaman itu mengatakan bahawa ia hanya boleh digunakan untuk membangunkan projek ternakan lembu- mengukuhkan dan menguruskan “sebuah pusat Feedlot yang konsisten dengan polisi kerajaan Malaysia untuk membangunkan, mempromosi dan menjaga pengeluaran daging lembu dan produk daging lembu…”

“Berdasarkan perjanjian pinjaman, NFCorp sememangnya tidak menternak lembu atau mendapatkan dagingnya di Kazakhstan tetapi membeli apartmen di sana,” ujar Ahli Parlimen DAP PJ Utara Tony Pua dalam kenyataan beliau pada hari Khamis.

Najib menyaksikan penjanjian 5 memorandum persefahaman di Kazakhstan. Salah satu di antaranya adalah berkait dengan NFC yang membuat perjanjian dengan pihak Kazakh untuk mengimport daging lembu di Malaysia.

“Beliau tidak dapat lari lagi. Dalam kes Kazakh-NFC, beliau harus berterus-terang. Bagaimana beliau sebagai PM dan menteri kewangan boleh endorse perjanjian yang menyalahi perjanjian pinjaman NFC, yang bertujuan melindungi kepentingan rakyat Malaysia. Ini adalah wang rakyat. Sama juga dengan RN409 767 untuk majlis pertunangan anaknya di Putrajaya. Adakah kita akan membayar segalanya untuk mereka, baik kecil atau besar? Jika ini adalah penyalahgunaan kuasa, bukan sahaja ia salah tapi ia jenayah. Rasuah itu jenayah dan tidak boleh dibenarkan berlaku,” tegas Rafizi.

Malaysia Chronicle

No comments: