DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, March 9, 2012

RAFIZI: NAJIB GUNA WANG RAKYAT UNTUK MAJLIS PERTUNANGAN ANAK PEREMPUAN

Oleh Mohd Farhan Darwis
PETALING JAYA, 9 Mac —
Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli hari ini mendakwa Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak telah menggunakan hampir setengah juta ringgit wang rakyat
bagi menanggung kos majlis pertunangan anak perempuannya di Seri Perdana tahun lalu.
Menurut Rafizi, majlis
pertunangan anaknya dengan pasangan dari Kazakhstan telah menelan belanja
RM409,767 itu berlangsung di Seri Perdana dan ditanggung rakyat kerana
berdasarkan dokumen pembayaran yang dikeluarkan pihak katering majlis tersebut
dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri.
“Sejurus selepas majlis itu
dilangsungkan, pimpinan PKR telah mempersoalkan sama ada majlis tersebut
ditanggung oleh rakyat,” kata Rafizi ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di
sini. “Dr Tan Kee Kwong, ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, telah tampil menyebut
bahawa ada ura-ura ia ditanggung oleh rakyat Malaysia kerana dibayar oleh
Pejabat Perdana Menteri.
“Hari ini kami tampil dengan
bukti kukuh bahawa majlis tersebut dibiayai oleh rakyat Malaysia apabila
keseluruhan urusan tempahan dan pembayaran dibuat oleh Pejabat Perdana
Menteri,” katanya.
Tambah Rafizi, ketika Najib
sibuk mempromosikan menu rakyat 1Malaysia kepada rakyat, majlis pertunangan
anaknya sendiri beliau lebih memilih untuk menghidangkan makanan mirip santapan
di raja kepada tetamu yang hadir.
“Tetamu tidak dihidangkan
dengan menu rakyat 1Malaysia, sebaliknya menu yang mirip santapan di raja
termasuklah daging panggang Australia, makanan-makanan laut dan pelbagai juadah
yang di luar kemampuan dan imaginasi rakyat biasa,” katanya.
“Adalah sangat memualkan
apabila wang rakyat digunakan memenuhi nafsu dan citarasa mereka itu. Pada masa
yang sama, Perdana Menteri membayar perunding-perunding untuk membina imej
seorang yang makan bersama-sama rakyat dan menampilkan kesederhanaan.”
Tambahnya, PKR telah membuat
semakan dan berjaya mengesahkan bahwa individu-individu yang dinamakan di dalam
dokumen tersebut adalah sahih dan bekerja di organisasi masing-masing.
Tambah Rafizi, perkara itu
bukanlah sesuatu yang remeh walaupun jumlahnya hanyalah RM409,767 kerana ia
melambangkan sikap sambil lewa kerajaan, bermula dari Perdana Menteri hinggalah
ke menteri-menterinya menggunakan wang rakyat bagi kemewahan peribadi.
“Dengan pendedahan-pendedahan
setakat ini yang melibatkan menteri-menteri dan timbalan menteri, kami
berpendapat sudah sampai masanya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi
menyiasat penyelewengan wang rakyat oleh Perdana Menteri, menteri-menteri dan
timbalan menteri yang telah didedahkan setakat ini.
“Perkara ini akan dibincangkan
bersama-sama rakan di dalam Pakatan Rakyat (PR) untuk dibawa ke sidang Dewan
Rakyat yang bermula minggu depan,” kata Rafizi.
Berdasarkan dokumen bil
pembayaran tersebut, syarikat katering daripada hotel terkemuka di ibu negara
itu telah memperincikan kos untuk jamuan VIP seramai 36 orang untuk RM522
seorang berjumlah RM18,792, kos jamuan tetamu seramai 862 orang untuk RM359.60
seorang yang berjumlah RM309,975, serta kos pengendalian berharga RM81,000,
serta jumlah keseluruhan RM409,767.
Sumber :
themalaysianinsider

No comments: