DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, March 23, 2012

LANGKAH 'PRE-EMPTIVE' NAJIB GAGAL: PELUANG BERUBAH ARAH, PRU-13 SELEPAS PEMILIHAN UMNO

Written by Nawawi Mohamad, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

Sejak 12 pilihanraya umum yang lepas,UMNO dapat menentukan tarikh untuk mengundi bila-bila masa tanpa bimbang dan ragu.Penuh yakin pemimpin mereka ,setiap kali diumumkan pembubaran Parlimen, mereka sentiasa tersenyum lebar,melangkah bertenaga dan sentiasa menunggu dengan penuh debar.

Calun-calun untuk kerusi negeri dan parlimen dengan segera nya akan mengesahkan pesanan dengan tukang jahit mereka, yang akan mula menerima tempahan untuk sut baru dengn songkok, untuk di pakai oleh klient mereka yang ‘sudah pasti terpilih’ pada majlis angkat sumpah di hadapan Agong atau Sultan kelak.

Tapi keadaan tersebut dah berlalu bagi yang pasti menang, bila jenaka kegemaran ramai ialitu jika Umno mencalunkan batang pokok pun, batang pokok tersebut pasti akan ke Parlimen.Malahan masa lampau tersebut mungkin telah berlalu selama nya ,sejak tsunami politik 2008 bila parti tersebut mengalami kejutan besar bila hampir diundi keluar dari Putrajaya oleh para pengundi yang semakin bosan.

Dibawah PM Najib Razak sejak 2009, UMNO semakin berubah, yang sedihnya kearah keburukan. Najib sendiri telah menjadi seperti agar-agar, beliau amat risau keadaan parti yang telah 56 tahun memegang tampuk pemerintahan kerajaan persekutuan makin hampir ke titik akhir dibawah pemerintahan beliau. Beliau akan dikenang dalam sejarah,bukan saja sebagai PM terakhir UMNO tapi juga sebagai yang paling pendek penggal pemerintahannya.

Hadapi kenyataan

Setelah 30 tahun lebih dalam politik, Najib,58 tahun, tahu yang tiada tarikh terbaik untuk pilihanraya umum ke 13. Tarikh ideal hanya bila ekonomi dalam keadaan baik, parti2 komponen BN kuat dan bersatu, rakyat gembira dan berkeupayaan, pemimpin UMNO dan BN tiada skandal untuk dijawab dan parti pembangkang bergaduh antara satu sama lain.

Malangnya , scenario ini berlaku sebaliknya. Pembangkang lebih bersatu padu dari tahun 2008, skandal dan kontroversi menghantui pemimpin UMNO dan BN. Setiap hari, ada saja salahlaku,ketamakan dan rasuah seperti penjualan Maju Expressway bernilai RM1.7 juta yang didedahkan oleh Rafizi Ramli dari PKR hujung minggu lepas.

.Rakyat tidak puas hati dan marah dengan kenaikan kos sara hidup,kejatuhan kualiti hidup manakala harga hartanah makin meningkat sehingga diluar kemampuan golongan berpendapatan sederhana. Pari2 komponen BN masih cuba menjatuhkan sesama sendiri dengan Presiden MCA Chua Soi Lek yang keji dan masih cuba menjatuhkan pengganti nya Ong Tee Keat supaya keluar dari MC walaupun PRU 13 telah makin hampir. Dari segi ekonomi,Najib yang juga menteri kewangan sentiasa merujuk keadaan ekonomi berdasarkan kepada statistik Bank Negara yang sentiasa mengikut kehendak beliau, dipercayai satu angka yang jauh lebih rendah dari hakikat sebenar.

Perselisihan dalaman UMNO juga makin hebat, bukan hanya dapat kerana ahli merasakan tahun ini merupakann tahun terakhir beliau berkuasa. Senarai calun yang boleh menang Najib yang di keluarkan kepada perwakilan dalam mesyuarat agung parti tahun lepas mengeruhkan lagi keadaan dan boleh memusnahkan parti pada bila-bila masa saja. Berbanding lain-lain parti komponen nya, UMNO adalah yang paling sakit.Memandandangkan UMNO memegang jumlah kerusi terbesar, jika ianya hilang,BN juga akan lenyap.

Sebab ini jugalah, bagi para pemerhati , semakin tarikh PRU13 dilengahkan, semakin teruk keadaannya untuk UMNO. Jadi, peluang UMNO untuk menang dengan majoriti mudah adalah lebih baik jika pilihanraya diawalkan. Tiada siapa yang terfikir pasal majoriti dua pertiga lagi bagi BN. Jika Najib berharap keadaan bertambah baik,beliau memang jahil dan buat kerja sia-sia.Sedihnya bagi rakyat-inilah yang dilakukan oleh Najib.

Untuk berlaku adil kepada beliau, mungkin beliua tahu tiada apa yang dapat dilakukan untuk membetulkan keadaan atau sudah terlambat sekarang. Tiada wang dan masa yang cukup untuk membaiki ekonomi.Dan mustahil baginya untuk selesaikan perselisihan dalam UMNO dan parti komponen BN atau menyelesaikan semua skandal yang menyelubungi UMNO-BN terutamanya skandal besar yang beliau juga sama terbabit.

Hanya 2 pilihan dan Najib dalam keadaan panik

Apa yang terbaik yang boleh beliau lakukan sekarang ialah menipu rakyat dan terus menipu-salah satu tabiat buruk yang makin berleluasa sejak UMNO berkuasa. Pada asasnya, hanya ada 2 keadaan untk Najib pertimbangkan dan pilij.Bagaimanapun, beliau masih belum memilih yang mana satu .Dan ini menjadi punca masalah.

Najib ialah faktor utama melengahkan pilihanraya umum.Beliau sentiasa tidak dapat buat keputusan dan menukar fikirannya, satu trade mark nya , akibat kurang bijak dalam mengkaji secara berhati-hati sebarang keputusan besar. Pengkritik berkata beliau ialah ‘macro’. ( terma yang sopan untuk orang yang malas memikir hal-hal terperinci) ,lebih suka habiskan masa di luar negara dengan lawatan2 rasmi dimana beliau boleh dilihat berjabat tangan dengan pemimpin-pemimpin terkenal dan memimpin kroni2 nya terus mengkayakan UMNO dan penyokong kuat beliau.

Najib tidak pasti dan risau akan PRU 13- satu keputusan yang penting dalam karier pollitik beliau. Malangnya, beliau tiada sesiapa untuk menasihat, kerana pemimpin terdahulu seperti Mahathir,Abdullah Badawai atau Daim Zainuddin semua mempunyai agenda mereka sendiri untuk PRU 13 yang hanya untungkan diri dan penyokong mereka sahaja. Najib akan terus tidak keruan, dan beliau sendiri tiada idea bila PRU 13 dan beliau sendiri mengakui “ Saya pasti anda dapat faham kenapa saya tidak dapat mendedahkannya…walaupun jika saya tahu,saya harus menyiimpan rahsia ini,” Bernama dipetik sebagai melapurkan demikian beberapa hari lepas.

Dua perkara jelas PRU 13 ialah sebelum atau selepas pemilihan parti UMNO. Ramai penasihat Najib memberitahu beliau langkah pre emptive boleh menghalangnya. Sediakan medan perang tetapi secara senyap- memberi kejutan kepada semua. Malah ahli UMNO sendiri tidak sedar atau seperti Mahathir, mereka mula sibuk sibuk dan merangka plan mereka sendiri yang mungkin bakal menggangu rancangan besar Najib.

Jelasnya, cadangan tersebut ialah satu percaturan yang berisiko dan peluang besar untuk menambah kekeliruan dan memakan diri kecuali jika Najib dan penasihatnya telah benar2 mengkaji sedalam dalam nya. Perlu diberi perhatian yang keputusan spontan dan berani bukan nya sebahagain dari DNA Najib, maka langkah pre emptive jika ianya berlaku, akan menjadi kejutan.

PRU 13 selepas perhimpunan agung UMNO

Jika perhimpunan agung UMNO dijalan kan dulu, kemungkinan Najib akan kekal sebagai Presiden UMNO memang terjamin kerana beliau akan memastikan mereka yang hadir bahawa mereka berada dalam senarainya untuk dipilih sebagai calun pilihanraya bagi kerusi negeri atau parlimen. Dan mereka akan menyokong beliau sepenuhnya. Stail ahli silap mata UMNO.

Sebaliknya, mereka yang tidak puashati akan sabotaj UMNO ketika PRU13 dijalankan. Ahli UMNO yang berpengaruh besar juga mungkin meninggalkan Najib, yang lebih berkesan dari cuba menggantikan beliau dengan pemimpin lain. UMNO-BN mungkin tewas dalam PRU 13.Tapi mereka yang sabotaj tidak akan terkesan kerana jika UMNO menang, mereka tidak akan dipelawa oleh Najib untuk berkongsi kekayaan. Jika UMNO-BN tewas, ini akan menghalang saingan mereka dari sebarang peluang dan menyokong semula UMNO. Ini lah dipanggil pergeseran dalaman.

Pergeseran dalamna juga sebabnya jika UMNO menang,Najib mungkin tidak kekal sebagai PM atau Presiden UMNO lagi. Majoriti undi BN-UMNO akan kurang,dan beliau akan diserang terus-terusan oleh mushnya dalam UMNO sehingga beliau tiada usaha serius untuk mempertahankan kedudukan nya atau terus memerintah negara. Najib akan terlalu sibuk untuk menangkis serangan tersebut dan lebih banyak skandal peribadinya akan terdedah. Akhirnya beliau mungkin diusir lebih awal dari Badawi. PRU 12 yang dijalankan pada bulan March 2008, dan pada bulan Oktober Badawi sudah dipaksa keluar dan menerima plan bersara awal.

UMNO dan pemimpin besar nya seperti Mahathir tidak risau kerana UMNO masih berkuasa-hanya Najib yang risau.Beliau akan digantikan,sebagaiman cadangan mantan menteri kewangan Daim-samada oleh orang no 2 dalam UMNO Muhyiddin Yassin atau pencabar baru. Najib berharap untuk melengahkan masa dan mencari lebih banyak sokongan.Beliau akan berusaha menjadi Mr Nice Guy kepada pemimpin besar UMNO, membuat perbagai rundingan,rancangan dan urusniaga politik dan beberapa urusniaga kewangan kepada musuh0musuhnya. Dengan cara ini,Najib bleh melengkapkan penggal pemerintahan sebagai PM dan mengumumkan PRU13 bila penggal tersebut tamat.

Sementara itu, makin anyak skandal akan didedahkan. Peneyenaraian Felda mungkin tidak menjadi. Inititif ekonomi beliau yang lain juga mungkin tidak berjaya. MAS-AirAsia mungkin yang seterusnya. Dan perbicaraan berkaitan kes imbuhan RM570 juta kapalselam Scorpene serta rayuan 2 bekas pengawal peribadinya dalam kes bunuh Altantuya.

Dengan berbagai skandal dan salahlaku,Najib tidak boleh berharap sehingga kepada PRU 14, hanya PRU 13.Betapa lemahnya beliau dan helahnya sekarang Cuma senarai calun nya.

PRU 13 sebelum perhimpunan agung UMNO

Menjalankan PRU 13 sebelum pemilihan parti UMNO juga tidak lari dari risiko tapi dengan masa yang tepat. Najib boleh menggunakan mood ahli UMNO dan penyokongnya untuk kepentingan beliau. NST melapurkan pada 24 Feb ulangtahun ke 66 UMNO bakal disambut pada 11 Mei 2012 di Stadium Merdeka dan Najib berjanji ia akan menjadi satu detik kenangan yang akan menyatu dan mengerakakan moral UMNO dan untuk meyakinkan ahli UMNO beliau la h orang yang terbaik untuk menjadi Presiden UMNO dan PM Malaysia.

Ini masa sesuai untuk Najib menggunakan langkah pre emptive dan umumkan tarikh PRU 13-dua minggu sebelum tarikh nya. Semua akan tidak bersedia termasuk pembangkang. PRU 13 dulu, kemudian perhimpunan agung UMNO sebaik saja selepas PRU 13. Serampang dua mata Najib.Kejutan untuk ahli UMNO. Ahli UMNO yang berhasrat mensabotaj beliau tidak punya masa untuk merancang plan mereka.

Jadi dengan keputusan segera, masa yang tepat dan kejutan,Najib boleh menjalankan helah tersebut. Atau itulah yang difikirkan oleh strategis beliau. Kerana misi nnya ialah untuk menang,walaupun dengan majoriti mdah dalam kedua pilihanraya. Masalahnya, berani kahNajib berbuat demikian? Malah,sejak details berkenaan plan ini diketahui ramai, dimana –mana blog, dimana elemen kejutan dalam plan tersebut? Sudah pecah tembelang.

Melihat betapa cepatnya macam2 konflik dalam UMNO berlaku.Najib mungkin tiada pilihan. Tapi semakin hari semakin menakutkan bagi belaiu untuk menekan ‘butang merah’.Mungkin peluang makin hampir ke arah PRU 13 selepas perhimpunan agung,kerana tidak seperti Badaw, Najib sudah menyiapkan diri dengan senjata kuasa tinggi-senarai calun.Ini dapat membantu beliau memantau ketua2 bahagian yang berhajat untuk berada dalam senarai tersebut.

Sumber : Malaysia Chronicle

No comments: