DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Sunday, February 19, 2012

UMNO DIDAKWA GUNA TAKTIK LIAR ELAK KUBUNYA DIGEMPUR

BN didakwa menggunakan taktik liar dalam usaha terdesak bagi menghalang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menembusi kubu-kuat tradisional Umno di penempatan Felda.

Aksi ganas penyokong BN di Felda Tun Ghafar Baba di Machap, Melaka pada Isnin lalu adalah petanda awal apa yang boleh diajngkakan oleh Pakatan Rakyat apabila pilihan raya umum ke-13 semakin hampir.

Ahli parlimen Kota Melaka Sim Tong Him yang hadir pada kejadian Isnin itu memberitahu Malaysiakini, ketika kejadian penyokong BN tiba-tiba muncul dengan kira-kira 20 hingga 30 motosikal serta puluhan lagi kereta bagi mengganggu ceramah Pakatan.

"Sejurus sebelum ceramah bermula, sekumpulan penyokong Umno telah menampar seorang lelaki ahli PKR yang cuba meletakkan bendera parti sebagai persiapan ceramah.

“Tidak lama kemudian, sekumpulan 20 hingga 30 motosikal dan kereta BN pula tiba dan berkumpul di kawasan itu sehingga mengganggu lalu lintas.

"Walaupun semasa saya berceramah, mereka membuat bising dengan menekan minyak motosikal,” kata Sim.

Menurutnya, beliau kemudiannya menasihatkan kumpulan itu supaya tidak membazirkan petrol dan bahawa jika mereka mahu berbahas, maka lakukan dengan betul dan tidak mengganggu ceramah itu. Namun, nasihatnya itu tidak dipedulikan.

Sim berkata kira-kira 200 hingga 300 orang di penempatan Felda itu yang datang untuk mendengar ceramah berkenaan.

"Ramai juga peneroka lain yang membuka tingkap rumah untuk mendengar ceramah pembangkang. Namun tingkah laku penyokong Umno itu amat dikesali.

"Mereka banyak membuat bising, khususnya semasa Anwar berucap dan cuba mengejeknya dengan pelbagai panggilan. Antaranya Anwar dituduh sebagai tali barut Yahudi dan khaki liwat,” katanya.

Sumber : Malaysiakini

Ceramah PKR diganggu lagi, kereta Anwar dipecahkan

Ulasan :

Saya cukup hairan dengan kepimpinan Pakatan Rakyat. Mereka boleh membiarkan keganasan demi keganasan dilakukan oleh puak-puak UMNO yang diupah sekupang dua untuk menganggu ceramah dan aktiviti Pakatan.

Mereka sepatutnya menubuhkan segera ‘SKUAD’ mempertahankan diri dari dibolly oleh puak-puak samseng UMNO yang diupahkan. Ketahuilah pihak polis ‘kerja untuk UMNO’, berapa banyak laporan telah dibuat, tetapi hasilnya. Puak-puak samseng UMNO terus bermaharajalela.

Kaedah bagi mengatasi perkara ini, Pakatan perlu ada ‘SKUAD’ ini di setiap negeri, daerah dan cawangan. Tubuh segera bagi menghadapi gerombolan ini semakin ganas. Kalau Negara ini bertamadun yang boleh menerima perbezaan pendapat, maka ‘SKUAD’ mempertahankan diri ini tidak perlu ditubuhkan, hanya diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menguruskannya.

Keganasan perlu ditangani dengan KEGANASAN jua. Baru adil namanya. Mereka menjual, sepatutnya kita yang membelinya.




No comments: