DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, February 17, 2012

POLA PEMIKIRAN POLITIK UMNO DAN PAS –SIRI 3 (AKHIR)

KRISIS PEMIKIRAN UMAT ISLAM KINI

Krisis pemikiran dan intelektual yang dihadapi oleh umat Islam sekarang akan menguatkan agenda musuh Islam untuk menguasai dunia Islam di bawah telunjuk mereka.

Menurut Datuk Dr. Ismail Ibrahim, bekas Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), umat Islam seharusnya lebih mengutamakan kesepaduan dan persamaan objektif dan matlamat di dunia dan akhirat dengan menekankan segala penyusunan strategi dan agenda berdasarkan ilmu pengetahuan dan keihlasan hati.

“Jika umat Islam mementingkan ilmu pengetahuan dan mempunyai visi global, maka mungkin segala masalah titik bengik dan isu sampingan seperti perselisihan mazhab feqah dan kefahaman yang tertentu, isu sama ada kita ini sekular atau tidak, isu pentafsiran keadilan dan kezaliman, dapat diselesaikan dengan penuh bijaksana tanpa mulai meretakkan kesatuan matlamat dan kesepaduan perjuangan ummah keseluruhannya” katanya.

Sesuatu yang membimbangkan, seandainya pemikiran umat Islam di negara ini sama seperti yang dialami oleh negara-negara Islam yang lain, sedang berkecamuk dengan pelbagai fatwa dan ajaran yang memberi gambaran bahawa gerakan Islam oleh beberapa golongan yang tertentu itu sahaja yang benar-benar Islam. Dalam kebigungan tidak tahu menentukan yang mana ‘haq’ dan yang mana ‘bathil’ kerana ia dikelirukan oleh agen-agen propaganda sang pengusaha, maka ditakuti golongan ini cuba memberi gambaran kepada masyarakat Islam, bahawa golongan mereka sahajalah yang berjuang dan menjalankan agenda Islam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w berdasarkan al-Quran dan Sunnah yang membawa para pengikutnya memasuki syurga. Hakikat, sebenarnya perjuangan golongan ini lari dari perjuangan Islam sebenar.

PAS dan UMNO merupakan parti yang menjadi persaingan dalam politik Malaysia. UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946, manakala PAS ditubuhkan pada 24 November 1951. Sasaran kedua-parti ini adalah orang Melayu yang beragama Islam. Masing-masing cuba untuk meraih sokongan. PAS sebagai sebuah parti yang menjadikan Islam sebagai dasar, sedangkan UMNO berjuang atas perjuangan bangsa.

Walaupun amalannya lebih kepada kebendaan dan tidak menjadikan Islam sebagai rujukan dalam tindakan. Maka sudah sampai masanya PAS menggantikan UMNO, ertinya orang Melayu perlu menyertai PAS sebagai wadah penyelamat di negara ini. Ini memandangkan UMNO semakin kehilangan arah. UMNO telah menjadikan ahlinya semakin kehilangan fokus, tidak lebih daripada mengejar status dan kemewahan.

Agenda perjuangan sudah tidak ada, kalau pun mereka bercakap soal memperjuangkan bangsa, tetapi tetap menyalah bangsa lain. Sedangkan apa yang mereka buat hampir setengah abad kepada bangsa sendiri ketika mereka diberi kuasa mereka buat tidak faham. Orang Melayu perlu mencari bahtera penyelamat, maka parti yang mempunyai landasan yang jelas, terbukti dan teruji ialah PAS.

Islam tidak menjadi dasar UMNO sejak awal lagi penubuhannya lagi, bukan untuk mempertahankan Islam. Islam hanya alat, bukan sebagai satu asas dalam perjuangan. Dasar UMNO yang pragmatis (ikut suasana). Kita pun tidak tahu apa dasar UMNO yang dipakai sekarang, Islamkah, Melayukah, mempertahan tanahairkah. Islam hanya kuda tunggangan UMNO. Ia bukan menjadikan Islam sebagai pedoman. UMNO memperalatkan Islam untuk kepentingan politik.

UMNO program Islam sebagai alat politik dengan meragakan dan memperkenalkan slogan Islam seperti ‘Islam hadhari’ di era Pak Lah memerintah, di era Najib Islam tunggang-langgang tidak ada satu dasar yang menjadi garis panduan untuk menjaga kesucian dan kemurnian Isalam. Kerajaan masih lagi melaksanakan projek-projek seperti mendirikan masjid dan balai raya. Pelaksanaan projek ini dijalankan bukan kerana segala kemudahan tesebut difikirkan perlu, tetapi kerana anggapannya yang salah kononnya langkah-langkah ini dapat memancing undi di di dalam pilihanraya yang akan datang.

Tidak pada PAS, walaupun ia menjalinkan permuafakatan politik dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat, namun dasar Islamnya seperti yang tertulis pada Fasal 5 dan Fasal 6, PAS sama sekali tidak akan mengadaikan prinsip perjuangannya selama ini. Biarlah UMNO menuduh PAS macam-macam yang seringkali diungkitnya PAS mengadai prinsip perjuangan Islamnya dan menjadi boneka DAP, sebenarya rakyat faham bahawa motif sebenar UMNO ialah untuk melemahkan Pakatan Rakyat.

Jika, PAS termakan hasutan ini, maka Pakatan memjadi lemah, maka UMNO akan bertepuk tangan kerana jarum hasutannya telah mengena. Fokus utama kita sekarang ialah menumbangkan UMNO dan BN dalam PRU ke-13 nanti. Apa saja isu-isu yang dimainkan oleh agen-agen propaganda UMNO/BN hanyalah untuk mengelirukan pandangan rakyat terhadap Pakatan Rakyat dan mengalihkan pandangan rakyat dari membincangkan sebuah kerajaan yang paling korup di dunia yang dipimpin oleh Najib bin Tun Razak.

No comments: