DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, February 18, 2012

LGE GESA NAJIB CONTOHI MEREKA DAN DEBAT DENGAN ANWAR

Dengan selesainya debat yang dinanti-nantikan antara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, - Lim menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mencontohi mereka.

"Debat ini adalah langkah pertama yang baik tetapi kecil, langkah besar
seterusnya akan tiba apabila Datuk Seri Najib berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Lim dalam sidang akhbar selepas debat mereka di Kuala Lumpur petang ini.

Chua yang turut hadir berkata, ia terpulang kepada pemimpin Umno untuk memutuskan sama ada mereka ingin berdebat.





Bagaimanapun, presiden MCA berkata beliau telah bersetuju untuk berdebat semula dengan Lim, kali ini dalam bahasa Inggeris atau Melayu, yang dijangka diadakan bulan depan.

"Masa dan tarikhnya akan diputuskan tetapi tajuk akan berbeza," katanya.

Perdebatan hari ini, yang berlangsung di penghujung persidangan
sehari "Cina Malaysia di Persimpangan Politik" anjuran bersama Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) serta kumpulan pemikir MCA, Insap, di ibunegara, disiarkan seara langsung.

Ditanya sama ada mereka berdoa mengelak menjawab soalan dari hadirin, Chua mempertahankan Lim dan dirinya, dengan berkata: "Hanya ada tiga minit, bagaimana kita boleh menjawab lima soalan dalam masa yang singkat."

Sumber : Malaysiakini

Ulasan :

Najib bukan seorang lelaki yang berani kerana asas kehidupan beliau adalah dari golongan bangsawan yang dikelilingi kemewahan. Ia 24 jam perlu dilindungi. Curak kehidupan begitu di bawa sehingga ia menjadi PM. Ia hanya ayam jantan kampong yang berani berkokok berjauh-jauhan dan berlumuran tahi di ponggoq.

Baca artikel di bawah :

Dewan gamat 'gergasi' MCA, DAP bersemuka

Guan Eng ulangi kesediaan bersara

Chua: Undi kepada DAP rintis jalan PAS jadi 'Taiko'

Chua: Msia akan bankrap jika laksana Buku Jingga

No comments: