DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Monday, February 20, 2012

KENYATAAN PAS-DAP NAJIB TANDA PENAMAT 1MALAYSIA KATA PAKATAN

Oleh Yow Hong Chieh dan Shannon Teoh

February 20, 2012

Cubaan Datuk Seri Najib Razak menghubungkan PAS dan DAP menunjukkan beliau telah menolak prinsip 1 Malaysia demi kepentingan politik bangsa, menurut para pemimpin pembangkang.

Perdana Menteri itu berkata semalam semasa perhimpunan ulama, undi untuk PAS bermakna undi untuk DAP.

Kenyataan itu dikeluarkannya sehari selepas Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memberitahu pengundi Cina bahawa undi kepada DAP akan memperkukuhkan PAS, yang mana menurutnya akan menekan nilainya kepada bukan Muslim.

“Najib telah meninggalkan segala pembaharuan dan transformasinya. Beliau kembali kepada cara lama politik menggunakan wang dan bangsa,” kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

Menurutnya, perkara itu agak lucu kerana Barisan Nasional (BN) masih lagi mengamalkan teknik pecah dan perintah seperti dulu sedangkan sekarang ini rakyat sudah mempunyai kemudahan yang tidak terhad untuk mendapatkan maklumat, dan menambah pemerintah sedia ada berada dalam keadaan “panik” kerana pilihan raya semakin hampir.

Rafizi turut menegaskan Pakatan Rakyat (PR) tetap dengan pendirian untuk tidak membangkitkan soal bangsa dan keturunan sebaliknya hanya “ menggunakan satu suara dan bahasa.”

“Setiap polisi yang kami amalkan di negeri di bawah kepimpinan kami juga tidak menggunakan pendekatan bangsa. Itu adalah komitmen kami selama ini,” katanya.

Ali Jawatankuasa PAS pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kenyataan Najib yang mengulas Dr Chua, bermaksud membangkitkan semangat perkauman dalam kemajuan negara.

“Saya katakan 1Malaysia Najib sedang jatuh. Najib dalam keadaan terdesak dan cuba untuk memainkan sentimen perkauman ... jadi ianya merupakan politik perkauman BN,” katanya.

Tegasnya, PR berusaha menghapuskan cubaan seperti itu dalam politik, kerana barisan pengundi muda tidak lagi akan mengundi untuk isu perkauman, sebaliknya lebih kepada isu yang objektif.

Ahli DAP, Zairil Khir Johari menggelar perdana menteri seorang yang “keliru”, kerana Najib sering menggunakan politik perkauman dan terdesak menonjolkan dirinya sebagai pemimpin yang sederhana.

“Sama ada beliau tersedar satu hari nanti dan merasakan kadangkala 1 Malaysia dan tidak, beliau sebenarnya sangat keliru,” katanya.

PR tidak akan terjatuh ke dalam perangkap perkauman yang dibuat Najib, yang mana kenyataannya menyemarakkan sentimen kepada masyarakat Melayu walaupun BN telah berikrar mengunakan platform berbilang kaum, tambahnya.

Tanpa menamakan parti, Najib semalam mencadangkan satu undi untuk PAS, merupakan undi untuk DAP, yang mana menurutnya akan menjadi musibah yang besar untuk umat Islam.

“Walaupun kita mengundi parti itu, mereka yang tidur sebantal sekalipun akan mendapat manfaatnya,” katanya selepas majlis pelancaran Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya di sini.

“Cina berdebat dengan Cina lain. Muslim juga berada di seberang, pilihan raya semakin hampir. Kita mesti memilih mereka yang boleh mempertahankan Islam.”

Kenyataan Najib itu dilihat bertentangan dengan kenyataan Dr Chua, yang memberi amaran bahawa undi DAP bermakna undi untuk PAS, yang mana akan menyaksikan PR mewujudkan negara Islam sekiranya memerintah.

Bagaimanapun, Datuk Abdul Rahman Dahln mempertahankan kenyataan kedua-dua mereka dan mengesahkan kenyataan tersebut konsisten dan ia adalah ketidakupayaan pembangkang merupakan kunci utama PKR untuk mengawal dasar-dasar yang berlebihan antara sekutunya.

Sumber : themalaysianinsider

No comments: